Perginya ’Iron Lady’ Datuk Maznah Hamid Tiada Galang Gantinya, Al Fatihah

Share

Kira-kira jam 6.10 petang tadi Datuk Wira Dr Maznah Hamid, 62 yang amat dikenali dengan jolokan ‘Iron Lady’ menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN). Ikon wanita ini juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.

Sebelum ini, Datuk Maznah dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam. Ikon wanita ini begitu dekat di jiwa wanita. Kata-katanya seringkali menjadi penguat jati diri usahawan wanita.

Ikon Wanita Dekat Di Jiwa

Beliau lambang wanita yang tak kenal erti putus asa. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi pengawal keselamatan, sampailah akhirnya menjadi pemilik syarikat pengawal keselamatan sendiri.

Hebatnya wanita ini dalam karier mahupun membentuk motivasi kehidupan tiada galang gantinya. Dekatnya beliau dengan para wanita tidak ternilai dek kata-kata. Kini, beliau sudah tiada namun semangat kentalnya sentiasa ada dalam jiwa para wanita yang pernah menerima nasihatnya.

Mohon rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan semoha roh Allahyarham Datuk Wira Maznah Hamid diberikan pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah.

Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Maznah Hamid akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.

Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” menurut sumber.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).

Jenazah Allahyarham Datuk Maznah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Al-Fatihah.

Sumber / Foto : Sinar Harian, Securiforce Sdn Bhd

 

Published by
Netty Ah Hiyer