Perginya guru alim ulama permata ummah amat disayangi Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. Ulama tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin.
Allahyarham Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Perginya guru alim ulama permata ummah yang amat disayangi Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ya Allah ampuni, sayangi dan berilah sebesar-besar balasan atas segala dakwah dan ilmunya yang telah di manfaatkan untuk ummah.” Begitulah antara bait doa daripada pendakwah bebas Ustaz Ebit lew menerusi akaun Facebook Ebit Lew
Pada 2009, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Allahyarham Yusuf al-Qaradawi yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam.
Dipetik menerusi Agensi berita, pemergian pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin itu diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.
“Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani,” ujar IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter, namun tidak menyatakan punca kematian beliau yang dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama.
Beliau dikenali komuniti antarabangsa kerana mempunyai pandangan yang tegas tentang konflik Israel-Palestin malah ulama sunni berkenaan juga pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.
Pada masa itu, beliau menggesa persefahaman antara kedua-dua pengikut kumpulan sunni dan syiah walaupun berlainan mazhab.
Yusuf al-Qaradawi juga merupakan antara ulama yang menyokong revolusi Arab Spring di Kaherah pada 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Hasil tulisannya berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.
Baca Disini : Ustaz Don Daniyal Jelaskan Petanda MIMPI Itu Benar, Bukan Mainan Tidur!
Tampannya Wajah Cicit Keturunan Rasulullah, Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani
Mingguan Wanita : Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sumber : Agensi
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery