Dalam hidup kita pastinya diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah. Jika dalam keadaan begini, pilihlah untuk berdamai dengan alam. Pergilah menikmati keindahan alam di pantai. Ini kerana alam semulajadi merupakan terapi terbaik untuk semua jenis tekanan dan masalah. Dengar bunyi ombak, hembusan angin, pijak pasir laut dapat memberikan ketenangan fikiran.
1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
4. ‘Mental burnout’ sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.
Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.
Ads
Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.
Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.
Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik. Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.
Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, jika diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah pergilah ke pantai. Berdamailah dengan alam semulajadi kerana ia dapat memberikan ketenangan fikiran.
Tak dinafikan handphone merupakan satu keperluan buat kita. Untuk berhubung, bermesej, mengetahui info, melayan video dan macam-macam lagi. Namun kadangkala, akibat ralit melayan handphone sampaikan terlepas pandang, sibuk dengan handphone pada tempat dan waktu yang tidak sepatutnya.
Sebaiknya, ada beberapa tempat yang kita kena simpan handphone. Baca perkongsian Muhammad Hassan ini.
1. Ketika Solat.
2. Ketika bersembang dengan pasangan,anak anak,keluarga dan rakan rakan.
3. Ketika majlis ilmu. Geramnya saya tengok time ustaz bagi kuliah ada lagi duk layan FB.
4. Ketika memandu. ish ramai betul balas mesej ketika memandu. Ada yang langgar kereta saya sebab leka layan HP.
5. Ketika khatib membaca khutbah. Tahu tak tuan puan. ada kanak kanak,remaja,bapak orang ketika imam membaca khutbah meraka main game. Ya Allah.. apa nak jadi! mak ayah jangan bagi anak anak hp bawa ke masjid.
6. Ketika makan bersama keluarga. Tolonglah ketika makanlah kita nak bersembang dan menikmati makanan. Ini tangan kanan suap nasi,tangan kiri layan HP.
Bersembanglah dengan keluarga. Inilah dipanggil ‘we time’ . Suap makanan kepada pasangan dan anak anak. ketika makan inilah terjalinnya ukhwah. Ketika makan inilah untuk suburkan kecintaan kepada pasangan dan anak anak.
7. Ketika membawa anak bermain ditepi pantai,mandi kolam,mandi sungai. Ya Allah bayangkan jika kita terlalu leka dengan HP tiba tiba anak hilang lemas dalam air!
MW: Ada benarnya handphone itu penting dan satu keperluan. Namun demikian, waktu dan tempat-tempat seperti diatas sebaiknya kita simpan handphone yang ada sementara.
Bertuah sungguh isteri Syahrul Arizan Ariffin ini. Suami ini sanggup usaha sendiri mendekorasi rumahnya yang sudah berusia lebih 12 tahun.
Walaupun, suami ini terpaksa mengambil masa hampir 10 bulan untuk menyiapkannya sendirian. Ternyata isterinya tetap bahagia dengan hasilnya. Malah, membuatkan isteri sebak hingga nak menangis.
Lebih-lebih lagi bila isteri melihat sendiri usaha 10 bulan suaminya mencantikkan rumah yang sebelum ini biasa-biasa saja.
Nekad Deko Rumah Dan Buat ‘Surprise’ Pada Isteri
Ini yang dikongsikan oleh Syahrul Arizan,
“Sejak PKPD awal tahun lepas saya banyak belajar decorating dari group ini dan sumber Youtube.
Masa tu saya baru ambil rumah ni dari penyewa. Usia rumah dah lebih 12 tahun. Mulanya saya memang tak yakin nak buat kemudian saya nekad nak deco dan buat suprise pad wife.
Usaha 10 Bulan Membuahkan Hasil
Hampir 10 bulan saya datang rumah buat sikit-sikit. Saya beli semua tools & bahan-bahan dari shopee & kedai DIY.
Segalanya saya buat sendiri sampailah mengecat dinding kecuali bahagian siling L shape tu saya upah kontraktor.
Tiba masanya saya jemput wife datang tengok rumah hasil dari tangan bangku saya.
Walaupun hasilnya tak secantik rakan-rakan dalam grup Kelab Kaki Deko, reaksi wife buat saya hampir menitis air mata.
Saya yakin anda juga mampu buat. Mesti berani dan jangan takut gagal.. Sentiasalah berdoa.
Ruang kosong bawah tangga turut dihias dengan dekorasi indah.
Cari wainscoting kayu di sini : https://invol.co/cl997otKongsi Syahrul Arizan lagi, “Hasil deco sendiri.. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak percaya apa yang kita mampu hasilkan.. Yang penting kena berani buat, tak jadi buat lagi sampai jadi.”
Mingguan Wanita : Sememangnya cantik sungguh kejadian selepas itu. Macam kerja profesional. Suami yang menggembirakan hati isteri akan serba luas rezekinya. InsyaAllah.
Mesti bila berkebun, kita nak tanaman itu subur, serangga perosak menjauhkan diri. Apa kata cuba guna kulit bawang jadi baja.
Biasanya setelah kali kita menggunakan bawang, kulitnya akan kita buang. Apa kata kali ini, simpan kulit bawang itu dan jadikan sebagai baja untuk suburkan apa sahaja jenis pokok herba dan pokok bunga yang kita tanam.
Boleh cuba Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau yang dikongsi oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature ini.
“Salam semua, Perkongsian kakak aka norlie_nature hari ini, pasal kulit bawang. Jangan pandang rendah pada kulit bawang, yang biasa orang anggap sebagai sampah je. Pasti ramai di sini yang terdiri dari suri rumah kan? Pasti hari-hari kupas kulit bawang untuk masakan sehari-hari kan, biasa kulit bawang tu ke tong sampah je kan. Jadi lepas ni, jangan membazir lagi tau. Banyak kebaikan kulit bawang yang kita tak sedar pun. Ibu ibu juga pasti ada yang suka berkebun, paling kurang cili dan serba sedikit sayuran di rumah. Jadi manfaatkan bahan dapur ini. Guna sepenuhnya.”
Banyak manfaat kulit bawang sebenarnya. Ini antaranya;
Kulit bawang mampu membantu menyuburkan tanaman anda
Kulit bawang juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
Kulit bawang juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
Kulit bawang mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak.
Cara-caranya, simpan kulit bawang yang kita kupas untuk masak sehari-hari, masukkan dalam plastik atau kotak. Bila dah banyak, cuci kulit bawang tersebut, seterusnya rendam kulit bawang semalaman. Esoknya dah boleh siram ke pokok pokok atau tanaman.
Kalau tak nak rendam dulu, boleh terus tabur je kat pangkal pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya nanti tak terbang dek angin.
Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga, buah. Dalam pasu pokok tin pun kakak siram air kulit bawang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...