‘Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik..’ Adik Nourul Sukarela Jaga Pesakit Covid-19

Betapa beratnya hati seorang kakak bernama Nourul Depp apabila adik bongsu perempuannya, menawarkan diri mahu menjaga pesakit Covid-19.

Kerana siapa pun sedia maklum, betapa tak mudahnya tugasan itu. Mereka.. petugas barisan hadapan ini bukan saja perlu memakai baju PPE yang panas, melalui jam kerja yang panjang adakalanya hingga 18 jam, malah ada yang tidak dapat berjumpa ahli keluarga demi keselamatan jangkitan.

Dan inilah yang bakal adik bongsu perempuannya, Nurwahida Ab. Wahab yang juga seorang jururawatrela hati untuk melaluinya. Kasihan dengan rakan-rakan seperjuangan yang tak cukup masa berehat, dia sanggup memohon untuk berpindah dari jabatan asal.

Kata adiknya lagi, keputusan itu dibuat kerana dia mahu merasai sendiri cabaran menjaga pesakit Covid-19. Walau bagaimana pun, keputusan itu masih bergantung kepada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

‘Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik..’ Adik Nourul Sukarela Jaga Pesakit Covid-19

 

IKLAN

Ini Jihad.. Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik

Dan ini pesanan seorang kakak,

Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialisis ke GH untuk bantu patient #covid19.

Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik.

Sedih lagu mana tak tau.

IKLAN

Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bongsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami.

Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak.”

 

‘Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik..’ Adik Nourul Sukarela Jaga Pesakit Covid-19

IKLAN

Rupanya Nourul Anak Misi

Sebelum ini, Nourul pernah berkongsi yang arwah ibunya merupakan seorang jururawat. Sewaktu usia mudanya dulu, Nourul pernah membantu ibunya di Klinik Kesihatan Kg Selamat.

Mak kami dulu nurse yang cucuk cucuk orang.” selorohnya.

Mak kami banyak sangat berjasa. Semoga syurga milik mu, mak. Al Fatihah.” kongsi Nourul lagi yang merupakan anak ketujuh daripada 15 orang adik-beradik.

MW : Semoga hasrat murni adik Nourul Depp ini dipermudahkanNya. Rakyat Malaysia teruslah berdoa untuk FRONTLINERS negara, agar mereka terus diberikan kekuatan dan dilindungi dari sebarang kesakitan.

Baca sini : Nourul Wabah pernah jatuh 2 kali waktu hamilkan Isabella Depp

Sumber/Foto : Nourul Depp

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI