Travel

Pergi Mekah Balik Hari, Pempengaruh Media Sosial Ryzal Ibrahim Hanya Beli Perfume, Tak Sempat Buat Umrah

Share

Pergi Mekah balik hari, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim hanya beli perfume, tak sempat buat umrah. Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat untuk melakukan ibadah tersebut.

Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Ryzal Ibrahim bercerita tentang dirinya yang pergi Mekah balik hari. Lantaran kesuntukan masa, dia tidak sempat untuk menunaikan ibadah umrah.

 

 

 

 

 

“Insha-Allah ada rezeki kita datang lagi

Orang masuk ke Makkah dENgAn berbagai tujuan. Jika tujuan :

1. Umrah, wajib niat ihram di miqat.

2. Jika niat berniaga, sunat tawaf qudum jika sempat. Wajib tawaf wada’ jika tiada halangan.

3. Menghantar penumpang dan org sakit.
(Kerja harian) Sunat tawaf qudum.

4. Ziarah saudara mara, sunat tawaf qudum,. Wajib tawaf wada’ jika tiada keuzuran.
Kes dia ni, sunat tawaf quaum jika dapat.
Wajib tawaf wada’ jika sempat. Kalau dah ada setengah jam je. Apa yang sempat.

Jawapan dari Ustaz.” TULIS RYZAL DIRUANGAN KAPSYEN.

Menurut Ryzal dia sebenarnya dalam perjalanan dari London dan transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah selama beberapa jam sebelum meneruska penerbangan pulang ke Malaysia.

“Ryzal sekarang ada dekat Jeddah otw nak pergi ke Mekah untuk beli perfume dekat The Clock Towers.

“Beli perfume dekat situ, balik ke Jeddah naik teksi yang sama. Jam sekarang pukul 9, kena ada dekat airport pukul 1,”katanya.

Ryzal yang juga suami kepada pempengaruh Maryam Younarae, yang berasal  dari Korea Selatan itu sudah berniat mahu mengerjakan ibadah tersebut, namun Allah tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

“Niat dah ada untuk umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.

“Semuanya atas izin Allah. Apa saja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik,”katanya lagi.

Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim

Baca artikel lain juga: Ibu Tunggal Sebak, Menang Pakej Umrah Tular Di Media Sosial. Raih lebih 1 juta Tontonan!

Saya Tak Malu Rina Tak Faham English, Jangan Terlalu Agungkan Bahasa Asing” – Ryzal Ibrahim

“Setiap Hari Berdoa Agar Dipanggil Ke Tanah Suci Mekah” Maryam Sebak Teruja Suami Hadiahkan Pakej Umrah

 

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.

 

 

 

Published by
Has