Pergi ke sungai untuk mandi, dua beradik lemas ketika mahu selamatkan ibu. Keseronokan yang berakhir dengan tragedi. Pilu sungguh rasanya.
Apatah lagi dua lelaki ini mencuba untuk selamatnya nyawa ibu mereka yang hampir lemas, akhirya nyawa keduanya tergadai. Al-Fatihah.
Dua Beradik Lemas
Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian berat ini kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak. Allahuakbar.
Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.
Pergi Ke Sungai Untuk Mandi
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.
Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan.
Ketika Mahu Selamatkan Ibu
“Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ads
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas,” katanya.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul namun telah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat. Beringatlah mak, ayah setiap kali berkelah atau beriadah di kawasan air terjun dan sungai, sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.
Idea DIY ikat pensil warna yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ali ini sememangnya akan memudahkan dan menyenangkan kerja mak-mak nak mengendalikan pensil warna anak-anak.
Biasalah anak-anak tengah nak membesar ini. Bukan boleh duduk setempat pensil warna. Kalau tak hari ini hilang sebatang, esok lusa mungkin gagal dikesan. Sudahnya mak-mak kenalah menapak ke pasaraya beli yang lain.
Supaya tak membazir, inilah yang ibu ini kongsi cara mak-mak boleh cuba agar pensil warna anak tak hilang.
DIY IKAT PENSIL WARNA
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensil kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur. Kadang terselit celah sofa. Kadang sampai masuk mesin basuh pun hado.
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lebih susah hati bila anak nak masuk sekolah. Jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit, hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best tak ada budak datang mengadu kat ummi kaler pensil dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy jek. Step dia pun mudah sangat.
Cara Membuat Ikut Panduan Gambar
Alatan yang diperlukan :
Gam tembak
Pensil warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutlah nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensil warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak-corak tu bagi lawa sikit. Tak nak pun takp apa. Nak bagi anak suka je.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Ini lah hasil dia. Lepas ni ummi senang nak simpan kaler.
Setiap kali melihat gelagat pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly memuat naik video memasak, pasti ia membangkitkan selera dan keinginan membuak-buak untuk mencuba menu yang dimasaknya.
Mana tidaknya, baik dari aspek penyediaan bahan hinggalah proses memasak nampak mudah dan menyelerakan. Tidak hairanlah mengapa Sheila Rusly diangkat sebagai Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa.
Setiap kali isteri kepada Azman “Jinggo” Yahya memuat naik video masakan, pasti ianya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan pujian para netizen yang mengagumi masakan Sheila Rusly yang enak dan menyelerakan.
Apatah lagi apabila anak-anak berkumpul di kediamannya, pasti meja makannya akan dipenuhi dengan pelbagai menu kegemaran anak-anak hasil air tangannya yang menjadi salah satu rahsia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Tidak kiralah sama ada masakan ala kampung mahupun hidangan barat, Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa ini tidak lokek berkongsi informasi mengenai hidangan yang dimasak untuk keluarga.
Malah, hidangan ringkas yang disediakan olehnya seperti mee segera juga tampil menyelerakan dengan olahannya yang tersendiri mengikut citarasa masyarakat Malaysia.
Meskipun meletakkan keluarga sebagai keutamaan bagi dirinya, Sheila yang juga bertindak sebagai Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini meletakkan air tangan wanita bergelar ibu dan isteri sebagai acuan utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Menurutnya, rajin memasak untuk ikat perut suami.
Malah Sheila Rusly mendedahkan pernah memberi tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Sejak bergelar ibu mentua, Sheila Rusly sememangnya bersyukur mempunyai menantu seperti Elisya Sandha yang dilayan bagaikan anak sendiri. Malah Sheila berkata dia memuji kerajinanmenantunya itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
Jadi, tak salah lagilah rahsia kebahagiaan rumah tangga tetap terletak di air tangan seorang isteri dan ibu, setuju tak?
Kuss semangat mengucap panjang melihat keadaan rumah ini. Dapat rasakan sengsaranya hidup berjiran bersebelahan dengan rumah tersebut. Kediaman dihuni tidak ubah seperti pusat kitar semula dengan pelbagai barang terbuang memenuhi setiap ruang hingga ada yang melimpah keluar ke pekarangan rumah.Belum campur bau busuk dan risiko binatang serta serangga yang mungkin menyinggah seperti tikus, ular dan lipas.
Pemandangan menyakitkan mata kediaman di Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia di sini, juga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan jiran.
Difahamkan, rumah berkenaan didiami suami isteri bekerja sebagai pengutip barangan terbuang. Sejak setahun lalu jumlah barangan dikumpul semakin bertambah hingga menyebabkan ada yang diletakkan di atas bumbung sekali gus menimbulkan rasa pelik dalam kalangan orang luar melalui kawasan itu.
Barangan terpakai seperti tong plastik, tilam buruk, besi dan kotak memenuhi segenap ruang rumah berkenaan.
Cari Barang Terpakai
Ketika tinjauan dilakukan, lelaki menghuni kediaman itu dipercayai keluar mencari barang terpakai.Malah jiran menasihatkan wartawan agar tidak mengganggu lelaki berkenaan berikutan dia didakwa sebagai panas baran dan tidak mempedulikan nasihat mereka sebelum ini.
Banyak Kali Buat Teguran
Penduduk taman itu, Nordin Hasan, 71, berkata, dia dan isterinya Azmah Laili, 67, antara paling terjejas berikutan tinggal bersebelahan dengan kediaman pasangan terbabit.
Nordin mendakwa sudah beberapa kali menegur lelaki berkenaan, malah jirannya itu juga tidak mempedulikan nasihatnya selain memarahi mana-mana pihak mahu menghalang aktivitinya.
“Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa memandangkan kami hidup dalam satu komuniti, jadi kena melalui semua ini setiap hari.
“Jumlah barangan dikumpul memang banyak, saya risau kalau berlaku kebakaran lelaki berkenaan dan isterinya yang bekerja sebagai tukang jahit akan terperangkap dalam kediaman mereka,” katanya ketika ditemui.
Seorang lagi jiran yang mahu dikenali sebagai Tan, 30-an, mendakwa sudah beberapa kali barangan diletakkan lelaki terbabit diatas bumbung jatuh ke dalam kawasan rumahnya.
“Bila ditegur dia marah. Dengan jumlah barang terpakai yang banyak macam ini pasti mengundang haiwan dan serangga seperti ular, tikus dan lipas.
“Sebagai jiran saya kesal dengan perbuatan lelaki terbabit, tetapi dia tidak boleh ditegur,” katanya.
Telah Dikenakan Kompaun
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Nor Mursyidah Chik berkata, pihaknya sudah melakukan siasatan dan mengadakan lawatan ke rumah terbabit pada 12 September lalu.
“Benar kediaman itu dipenuhi barang kitar semula hingga melimpah ke jalan. Sehubungan itu, tindakan serta-merta diambil Jabatan Pelesenan Pembersihan MPS.
“Lelaki itu dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen (kitar semula) mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred 1996,” katanya.
MW:Hidup bermasyarakat kena ada toleransi dan perlu pentingkan keselesaan jiran-jiran. Apatah lagi tinggal dalam kawasan komuniti yang sama. Jangan kerana pentingkan diri sendiri, perkara yang dianggap kecil, boleh buat kan jiran tak selesa dan bermasam muka pula.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...