Sekarang ini selain simpan duit, simpan emas pun boleh jadi satu pelaburan yang baik. Untung-untung bawa emas boleh jadi duit bila anda sedang melancong di luar negara.
Macam mana jadikan emas duit waktu melancong di luar negara pada 2 Mei lalu. Norhazlan Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau sendiri.
Sewaktu melancong ke Istanbul Turki beliau dapati menukar wang di sana lebih memberi pulangan yang baik. Namun, pesannya bertanyalah dahulu sebelum membuat pertukaran, kerana ada juga peniaga yang menawarkan harga jauh lebih rendah.
Pengalaman Bawa Emas Dan Jual Di Luar Negara
Pengalaman jual emas di luar negara (Istanbul Turki)
Di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.
Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).
Ads
Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.
Apa yang menariknya di sini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!
Emas Ini Wang Antarabangsa, Di Luar Negara Pun Diterima
Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.
Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak-sesak boleh jual untuk dapatkan cash.
TIPS TAMBAHAN: Sebelum jual emas, kita tanya dulu dengan pekedai. Sekiranya harga yang ditawarkan adalah munasabah (setelah dikira tukaran matawang negara tersebut kepada Ringgit Malaysia, barulah kita buat transaksi jualan emas berkenaan).
Ads
KAJIAN KES: Kami ada bertanya harga di satu kedai emas di London, UK. Mereka hanya ingin membayar £33 Pound untuk 1 gram emas (999) yang kita nak jual. Jika ditukar ke Ringgit Malaysia ianya bersamaan sekitar RM180 dan sama sekali tidak berbaloi untuk dijual!
Semoga bermanfaat dan jadilah penyimpan emas yang bijak
Begitulah.
Mingguan Wanita : Sebab itulah jangan perlekehkan sesiapa pun yang menyimpan emas. Seketul emas itu sebenarnya besar manfaat kepada mereka yang memilikinya. Sesak-sesak boleh bawa emas itu ke ar rahnu.
Wanita berjanggut, mungkin kita nampak janggal dan mulalah timbul keraguan sama ada lelaki atau perempuan. Mungkin ini juga boleh menimbulkan rasa malu pada diri sebab semua orang memandangnya.
Namun, bagi wanita berjanggut ini, dia langsung tidak kisah malah berbangga dengan apa yang dia miliki. Ya, dia perempuan tetapi mempunyai hormon lelaki berlebihan sehigga tumbuh janggut pada bahagian mukanya seperti seorang lelaki.
Wanita Berjanggut Hidap Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)
Inilah yang berlaku pada LaRae Perkins, 40 dari California, AS setelah dia didiagnosis dengan Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) pada usia 12 tahun.
Setiap kali orang melihatnya agak pelik, punyai bentuk badan wanita tapi berjanggut dan sering dipandang sinis oleh orang luar. Namun, dia sesekali tidak pernahterfikir untuk mencukur janggutnya.
Sebaliknya, dia ingin memberi kesedaran dan inspirasi buat wanita tentang Sindrom Ovari Polikistik (PCOS) ini dialami oleh wanita.
.
Segalanya bermula apabila dia mengalami masalah haid yang tidak teratur dan banyak menghasilkan hormon androgen lelaki dengan lebihan rambut pada badannya terutama di bahagian muka seperti seorang lelaki.
Sedih Lalui Zaman Kanak-kanak
Bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak, kehidupan LaRae sangat menyedihkan. Ramai yang membuli dan mempersoalkan dirinya sama ada lelaki atau perempuan.
Dirinya sendiri rasa malu dan sendirian tanpa ada kawan-kawan yang memberi sokongan pada dirinya.
Lama-kelamaan dan dirinya semakin dewasa. Dia boleh lalui dan belajar untuk sayangdan cintai diri sendiri walaupun dia tidak seperti wanita lain.
Malah, dengan keunikan yang ada pada dirinya membolehkan dia melancarkan pakaian untuk membantu perempuan yang mengalami masalah sama untuk tingkatkan positif diri dengan slogan, “Ya, Saya perempuan” dalam rekaannya.
.
Kritikan orang luar telah membuatkan dirinya belajar untuk menyayangi diri sendiri dan tak kisah apa yang roang komen dan fikirkan. Sekurangnya dia ingin memberi contoh pada wanita yang senasib dengannya.
Mahu Kekalkan Imej Wanita Berjanggut
Memandangkan dia mempunyai peratusan hormon lelaki yang lebih tinggi daripada kebanyakan wanita lain, membuatkan dia mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan perlu mengambil pil perancang untuk mengawalnya
Pernah juga dia mendapat tawaran untuk merawat PCOS untuk membuang janggut dengna laser, waxing mahu pun bercukup. Tapi dia menolak untuk tidak melakukannya.
“Saya terlalu sayangkan muka dan kulit yang dimiliki ini. Jika saya lakukan, bimbang ia boleh memberi lebih banyak masalah lain. Biarlah saya dengan penampilan begini. Kalau saya lakukan juga bimbang ada kesan lain pada kulit dan boleh buatkan saya bertambah sedih dan rasa kurang cantik,” katanya.
Walau bagaimanapun, LaRea menggunakan peluang dengan menonjolkan diri dan menggunakan suara yang dimiliki untuk memberi kesadaran pada orang ramai serta rasa hormat kepada wanita yang mengalami masalah yang sama.
Bercakap Di Cermin
Kehidupan yang dilalui ini diharap dapat memberi inspirasi pada orang lain untuk terima diri seadanya.
.
“Setiap kali melihat diri di cermin saya akan bercakap dan beritahu bahawa ‘dia’ cantik dalam apa juga penampilan dirinya. Saya tetap makhluk cantik yang pernah saya lihat.
Dalam menghadapi kesukaran, LaRae berharap agar dapat memberi memberi inspirasi kepada wanita lain yang mempunyai PCOS untuk terima diri seadanya.
“Kami ‘wanita berjanggut’ tidak normal tetapi kami adalah manusia. Anda mesti menyayangi diri sendiri, terima kelemahan dan segala-galanya, untuk dihormati atau anda hanya akan menjadi orang yang bersembunyi dan cuba menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak sempurna ini.
“Ia adalah perjalanan yang paling hebat kerana mempunyai keunikan yang boleh dibanggakan,” katanya.
Mingguan Wanita : Apa nak dimalukan. Terima keunikan dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Sayu baca perkongsian ibu ini, El Haura Esha tentang perjalanan kelahiran anaknya, Muhammad Alwi yang akhirnya pergi menghadap Ilahi.
87 hari selepas anaknya meninggal, meninggalkan satu perasaan berat dan sarat di dalam hati. Rindu seorang ibu yang tak mungkin dapat mendakap kembali anaknya, cuma catatan sayu untuk meluah rasa.
Proses kelahiran anak kesayangannya itu juga buatkan hati kita sama tersentak. Sungguh, bukan mudah untuk ibu melalui apa juga kemungkinan yang ada dalam bilik bersalin.
‘Kenapa Kaki Adik Biru..’ 87 Hari Tanpa Muhammad Alwi
(Catatan 31 Oktober 2018)
Assalamualaikum anak ummi,
Pejam celik pejam celik. Dah dua bulan lebih adik tak ada di sisi ummi. Dah lama rasanya ummi tak bercerita pasal adik . Yang sempat tengok adik pakat duk kata adik sebenarnya tinggi. Besar. Walaupun 770 gram. Kepala dengan tengkuk pun dah keras.
Rindunya ummi pada adik takkan pernah hilang. Takkan pernah terpadam. Takkan pernah luntur. Tiap hari ummi rindu kan anak ummi ni.
Ramai yang tanya ummi kat wassap kenapa kaki adik biru. Umi pun tak tahu. Tapi orang tua tua cakap kaki biru sebab kemban darah ke apa eh.
Iyalah, macam mana tak biru. Kaki adik kan dah keluar selama seminggu. Mula mula dari pergelangan kaki masa doktor check jalan hari pertama ummi pecah ketuban.
Masa tu baru dua cm. Kaki adik keluar sikit je. Bayangkan seminggu ummi kene tahan wad. Hari ke-5 ada cek jalan.
Tapi doktor tak ada cakap pun yang kaki adik dah keluar banyak. Cuma doktor cakap nak tengok selama mana adik boleh bertahan.
Dan kalau boleh doktor nak adik pergi dalam perut. Sebab tu dia tak induce ummi or czer. Kalau boleh diorang nak adik keluar sendiri. Tak nak umi stress mungkin.
Kalau adik pergi dalam perut dia kata tak ada lah terasa sangat kan. Kalau keluar mesti dia kata ummi tak sanggup nak tengok adik pergi.
Genap seminggu. Hari adik nak dilahirkan baru umi tahu yang kaki adik dah keluar sampai yang dekat biru tu.
Subhanallah, hebat kan kuasa Allah. Umi pun takde rasa macam benda keluar ke apa. Adik pun aktif bergerak. Cuma kadang tu ada jugak rasa ngilu kat bawah time adik bergerak tapi ummi tak tahu kaki adik dah keluar banyak.
Ini jawapan ibu ketika ditanya kenapa doktor tak operate saja dirinya.
Masa Adik Dimandikan, Kaki Adik Slow Slow Jadi Putih Asal
Adik,
Mesti adik terseksa kan. Mesti adik lemas kan sebab tak dapat bergerak macam baby baby yang lain di dalam rahim. Kesian anak ummi.
Minta maaf dik, ummi tak tahu kaki adik dah keluar macam tu. Ampunkan ummi sebab tak dapat selamatkan adik. Tapi masa adik dimandikan. Kaki adik slow slow berubah jadi putih asal. Ni abi ambil gambar adik sebelum adik dimandikan. Masa ni adik dah tak ada. Dah tak bernafas.
Tahu tak dik, masa ummi masuk wad. Ramai yang melawat ummi. Masa siapa tah datang. Tetibe diorang minta nak tengok gambar adik. Umi bagi. Okay lagi masa tu. Pastu tetibe umi cakap sambil menangis.
“Kenapa kaki anak saya macam tu! Kesian dia biru. Kenapa ya Allah!” tak keluar suara dah ummi masa ni. Semua tenang kan ummi. Bila ingat balik, malunya ya Allah menangis. Nak buat macam mana tak dapat kawal.
Adik. Ummi sayang adik. Ummi belai jari adik.. cium adik.. usap kepala adik.. ummi gosok badan adik. Dengan harapan yang adik akan menangis dan bergerak. Ummi tunggu keajaiban dari Allah. Tapi adik diam. Takde respons. Ummi lupa yang anak ummi dah takde.
Abi asyik duk gosok je kepala adik waktu ni. Abi tak nangis pun dik. Kuatkan abi adik. Senyum je dia. Ummi tahu dia tahan. Tak nak ummi nangis sama sama lah tu kan.
Adik Datang Dalam Mimpi
Adik, malam ni ummi rindu sangat dekat adik. Selama adik pergi baru beberapa kali adik hadir dalam mimpi ummi. Semalam adik datang lagi.
Dalam mimpi tu ada taman. cantik sangat tempat tu. Ummi tengok semua berjubah putih, berserban. Pakai ridak. Tengah baca al Quran. Ada yang berlari. Merangkak. Ish comel comelnya semua.
Dalam hati siapa mereka ni. Pastu umi jalan jalan kat sungai. Tiba tiba ada budak lelaki berumur lebih kurang 4 tahun macam tu berlari ke arah ummi lalu dia panggil dan peluk. Eh anak ummi rupanya. Tapi masa ni adik dah besar. Ummi cam sebab muka tu ada separuh ummi dan abi.
“Ummi ummi. Adik rindu ummi. Ummi tunggu adik tau. Ummi jangan lupakan adik. Datang melawat adik selalu tau.Adik ada je dekat sisi ummi. Tengok ramaikan kawan kawan adik kat sini. Adik seronok. Rasulullah ada dengan adik “
“Alahai comei nya anak ummi. Ya ya ummi takkan lupakan anak ummi ni. Suatu hari nanti kita pasti bersama nak. Tunggu tau. Pastu dalam mimpi tu adik bagitahu lagi.”
“Ummi nah, air telaga kauthsar. Minum lah cikit. Niat kesembuhan dari rasa sejuk sejuk tau. Adik pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi ya.jangan lupa tahajud. Selawat nabi.“
Selepas 50 Hari, 2 Minggu Ibu Bentan
Allah. Sebak ummi nak. Lama ummi tak bermaulid dengan kesayangan ummi semua tu. Memang beberapa minggu yang lalu ummi jadi kesejukkan. Bentan ke apa orang kata.
Alhamdulillah sekarang dah okay. Allah bagi kesembuhan. Tapi pantang memang ngeri bagi ummi. Bayangkan dua minggu ummi bentan. Padahal dah lepas 50 hari, kalau rasa nak menangis umi nangis. Last abi bawak ummi pelepas. Tak jadi. Pastu jumpa orang alim.
Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan. Orang alim cakap ummu sibyan kacau. Masa jumpa bidan nak pelepas tu. Bidan cakap naik bulu roma dia masa umi datang. Pastu dia kata ada benda lah tu yang suruh nangis. Syukur tak melarat. Umi tak nak meroyan dik. Nauzubillahminzalik ngerinya pantang.
Tapi dik, ummi belum puas bermain dengan adik. Bersembang dengan adik. Ummi rindu nak bercerita dengan adik. Tapi umi syukur dan seronok kerana adik gembira disana.
Tetibe ummi tersedar sebab abi kejutkan ummi. Dia tanya kenapa menangis. Banyak kali panggil, tapi tak dengar. Macam mana nak dengar. Umi kan tengah jumpa adik. Abi selalu tanya ummi, ada mimpi adik tak. Adik ada tanya pasal abi tak. Kenapa adik tak hadir pun dalam mimpi abi.
Ish apa umi nak jawab ni dik. Abi pun rindu adik tau.
Adik tunggu ummi tau. Nanti kita main sama sama kat syurga, tak lama dah dik dunia ni, syukur adik dah dijauhkan dari fitnah dajjal .
Kalau boleh umi nak pergi satu tempat umi nak jerit sekuat hati yang ummi rindu adik sayang adik. Umi nak adik.
Okay lah. Selamat malam kesayangan umi.
Alfatihah Muhammad Alwi. 6/8 0750am 6 bulan 1 hari
MW : Semoga ibu ini terus tabah hadapi ujianNya dan diberi kemudahan untuk urusan beliau yang seterusnya.
“Syukur terlalu banyak nikmat Allah beri” begitulah antara luahan doa yang diungkap oleh selebriti Yana Samsudin yang kini berada di Mekah menunaikan rukun Islam ke lima.
Dalam diam rupa-rupanya Yana dan suami, Fadzil Zahari kini sudah berada di Mekah. Semoga pasangan ini mendapat haji yang mabrur.
“Syukur Terlalu Banyak Nikmat Allah Beri”
Setelah dua tahun umat Islam di seluruh dunia dikhabarkan dengan berita duka gara-gara dilanda pandemik, kini kota suci Mekah kembali dibuka. Dek kerana itu juga beberapa selebriti tanah air seperti Nelydia Senrose, Datin Seri Heliza Helmi, Rita Sosilawati dan Yana Samsudin di samping suaminya, Fadzil Zahari, dijemput mengunjungi rumah Allah.
“Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur Kak Yong & Abang Fadzil” Ardell Aryana
Menerusi ruangan komen di akaun Instagram Yana dan suami, ramai rakan selebriti dan peminat meninggalkan komen dan doa yang terbaik.
Fokus Pada Ibadah
Malah menerusi salah satu status terbaru yang dimuat naik, Yana juga berasa bersyukur kerana dikurniakan pengurusan haji yang baik. Malah dia dan jemaah yang lain boleh memberi sepenuh perhatian pada ibadah haji.
“Kalau cerita pasal menunaikan haji, teringat orang tua kita nenek kita dulu dulu cerita kalau pergi sampai berbulan bulan tempohnya, siap bawa periuk , kuali & sudip semua. Masak kat sini cara rewang. Serba serbi sendiri. Sampai je kat bumi mekah diaorang boleh jadi rapat dah macam ahli keluarga. Ye lah kalau tak bermasyarakat , siapa nak masak , siapa yang nak prepare bahan mentah, siapa nak cuci pinggan , nak beribadah lagi..
“Tapi sekarang , alhamdulillah syukur pada Allah terlalu banyak nikmat yang Allah beri , pengurusan jemaah haji yang yana nampak sangat terjamin dari segi keselesaan merangkumi tempat tinggal, makanan dan juga kemudahan awam lain.
“Makanan kat sini 3 kali sehari tau , tu tak termasuk minuman dan makanan ringan seperti buah buahan & makanan segera dan air minuman ringan.
“Jadi kesimpulan nya jemaah sekang dah boleh fokus sepenuhnya untuk beribadah.. yang lain semua pengurusan Haji @seahajjpr kat sini yang buat.
“So apa lagi? Jom tahun depan buat haji… 💝🥰💐❤️ Semoga tahun hadapan dilonggarkan syarat menunaikan haji supaya saudara di Malaysia semua ramai lagi akan terpilih untuk menunaikan haji & umrah… amin amin ya Rahman ya karim,” luah Yana.
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!