“Pergi bazar macam nak beli semua, maklumlah perut kosong.” Boleh membeli cuma berhati-hati ketika beli dan hendak makan makanan dari bazar Ramadan.
Kadang-kadang bila ke bazar, semuanya nampak sedap dan menyelerakan apatah lagi bagi gerai yang beratur panjang. Mak ayah pun tak nak lepaskan peluang.
Ingat, makanan yang viral tak semestinya sedap, bersih dan selamat dimakan. Untuk elakkan daripada keracunan makanan sempena bulan Ramadan ini, Dr Erna Nadia kongsikan beberapa tip penting:
Artikel Berkaitan : Selepas 10 Hari Keracunan Puding Buih, Wanita 25 Tahun Meninggal Disebabkan Kegagalan Multiorgan
Tip untuk elakkan keracunan makanan:
1. Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.
2. Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.
3. Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.
4. Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.
5. Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.
6. Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
7. Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.
Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ini sedap, kemudian yang tu surr… Sana memikat selera, situ bau buat rusuk eh perut bergetar. Macam-macam.
Biasalah kan ni.
Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.
Ok saja nak membeli cuma berhati hati.
Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.
Baca Di Sini : Jangan Beli Kentang Bertunas & Bertompok Hijau, Risiko Keracunan Toksin!
Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.
Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.
Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.
Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka sudahlah lapar, nanti jatuh sakit pula.
Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na
Dr. Erna Nadia
Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh
Mingguan Wanita : Mak ayah setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, perati dan belek makanan betul-betul sebelum membeli.
Sumber : Dr Erna Nadia
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita