Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua didapati lebih ketat dari sebelum ini. Segalanya dilakukan semata-mata bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dan dalam masa yang sama mampu menyekat Covid-19 dari terus merebak. Terdahulu dikatakan PKP fasa pertama menunjukkan kesan positif.

Terbaru, orang ramai hanya dibenarkan untuk bergerak dalam lingkungan 10 kilometer dari rumah walaupun atas tujuan membeli makanan dan keperluan asas. Selain itu, tiada peneman dibenarkan dan hanya seorang seperti yang sedia maklum sebelum ini.

Manakala yang perlu keluar atas tugas rasmi, perlu disertakan surat kebenaran daripada majikan. Semoga langkah yang diambil dapat menyelamatkan nyawa kita daripada wabak Covid-19.

Rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan dilaksanakan, meskipun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.

IKLAN

Perkara ini telah dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ini bermakna, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.

Syarat itu turut menyatakan, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, pergerakan penduduk juga tidak melebihi 10 km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.

IKLAN

Bagi Tugasan Rasmi

Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai diberi kuasa.

Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

IKLAN

Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

Sumber: Berita Harian

MW: Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah dan dijauhkan daripada virus ini. Ikuti dan patuhilah arahan pihak berkuasa supaya apa yang telah dirangka menjadi kenyataan dan kita semua akan selamat. Insyallah. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI