Menurut Pakar Neurologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Sathindren Santhirathelagan, masih ramai rakyat di Malaysia mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam atau insomnia.
Tidur cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat rehat cukup. Lebih kurang 10 hingga 15 peratus orang dewasa mengalami Insomnia. Ia semakin meningkat untuk wanita dan mereka yang lanjut usia.
Kajian daripada Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik menunjukkan corak insomnia dalam populasi Malaysia adalah sebanyak 54 peratus, dan 12.2 peratus daripadanya datang daripada subjek yang sedang menderita insomnia tahap kronik.
Umumnya orang dewasa memerlukan 6 hingga 8 jam tidur setiap malam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4 hingga 5 jam sehari.
Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Individu yang berdepan masalah untuk tidur dan tidur lena perlu mendapatkan nasihat doktor serta mengelak penggunaan pil tidur untuk jangka panjang.
Insomnia adalah satu keadaan di mana penderita tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya samada dari segi kualiti atau kuantiti. Justeru penderita mendapati aktiviti seharian mula terganggu dan tidak dapat berfungsi pada tahap sewajarnya.
Penderita mendapati samada dia tidak boleh melelapkan mata atau bangun terlalu awal atau kerap bangun di waktu tidur dan tidak dapat lelap semula.
Dr. Sathindren menasihatkan mereka yang mengalami Insomnia tidak memandang ringan masalah yang dihadapi.
“Masyarakat memang meremehkan gangguan ini kerana dari kecil kita diajar bahawa tidur itu sesuatu yang tidak begitu penting dan hanya pemalas yang suka tidur. Juga diberitahu bahawa tiada kemudaratan yang boleh timbul akibat kurang tidur.
“Justeru kita tidak mengendahkan gangguan ini tetapi hakikatnya gangguan ini mewujudkan implikasi negatif terhadap kesihatan dan prestasi seseorang itu dan perlu diberi keutamaan sewajarnya.”
Proses tidur adalah agak kompleks dan terdiri dari beberapa tahap tetapi secara umumnya dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu;
Proses ini berulang antara 4 hingga enam kali semalam.
Apa-apa gangguan dalam proses ini akan membawa kepada proses rehat yang terbantut dan memberikan keadaan insomnia.
Proses tidur ini melibatkan beberapa proses dalam otak dan melibatkan imbangan bahan-bahan kimia (neurotransmitters) dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu, atau bahan kimia tersebut tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas.
Walaupun kadang-kadang gangguan ini terjadi tanpa punca sebab yang boleh dikesan, kebanyakan kes terjadi kerana ada pendorong lain seperti ada penyakit lain dalam badan, keadaan kesihatan terganggu, keadaan tekanan atau stress berlebihan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual di antaranya.
Juga gangguan di kamar tidur seperti TV, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Kadang-kadang bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur yang berdengkur juga memainkan peranan.
Ini berbeza dari individu ke individu. Biasanya di antara 6 hingga 10 jam tetapi ada yang lebih atau kurang daripada itu. Yang pentingnya individu itu harus segar setelah bangun dan kekal segar sepanjang hari walaupun jangka waktu tidurnya nampak singkat.
Biasanya sesiapa pun boleh mendapat gangguan ini dan ia jenis yang tidak memilih bulu. Walaupun begitu, biasanya individu yang berisiko seperti dinyatakan di atas lebih cenderung.
Ia juga melibatkan mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dari segi makanan, senaman dan aktiviti harian.
Juga mereka yang mempunyai pola tidur yang tidak tetap atau terpaksa bekerja syif sering mengalami gangguan ini kerana otak mula keliru mengenai waktu untuk memulakan proses tidur ini.
Penderita tidak boleh menjadi gila atau rosak otak kecuali langsung tidak tidur dan ini jarang sekali berlaku. Walaupun begitu proses kurang tidur akan mengakibatkan gangguan neurotransmitter dan membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression).
Tidak boleh sebenarnya. Tetapi keadaan sebegitu tidak harus digalakkan atau dipandang ringan
Tidak seperti itu. Ia berbeza di antara individu. Biasanya ia berlaku secara bertahap, bermula dari satu ke satu kemudian terus mengganggu dengan berpanjangan, kadang-kadang hilang begitu sahaja dan kerap berulang.