Ayat keramat yang selalu keluar dari mulut seorang perempuan adalah, tak ada tudung nak pakai. Walau pun dalam almari dah tak muat nak sumbat tudung baru!
Itu sebenarnya double meaning yang menyatakan dia sudah bosan pakai tudung yang ada di rumah. Maka encik suami kenalah bagi peluang dia shopping, beli yang baru. Tetapi kalau nak jimat, kaum suami boleh ikut cara saudara Amir Syahir ini, bab rumah tangga kena bijak berbelanja!
Kalau Perempuan Sebut Tak Ada Tudung Nak Pakai
“Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink ni.”
Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri.
Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.
Perempuan ni kalau dia kata “takde tudung nak pakai”, “takde baju nak pakai” tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.
Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur,
Ads
“Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?”
Siap tunjuk gambar lagi. Ciskek betul. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.
Memang terus la nak cari baju ataupun tudung baru. Aku pun on je. Dia pun jarang-jarang beli tudung baru.
Tudung dia pun tak la mahal sampai kena ada batu Swarovski bagai tu. Takdela sampai dia nak pakai jenis Bawal Exclusive je.
Kalau lelaki ungu, ungu la..tapi perempuan, kalau ungu ada lavender la, violet la, dusty purple la, light purple la..**pening**
Ads
Kalau kau ada tunang, isteri yang suka mengumpul tudung atau baju ni, kau bagi nasihat macam ni :
1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.
2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.
3. Halang jika bulan ni dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Tu dah ketagih sangat tu.
Ads
4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.
5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak.
Kalau Nampak Isteri Membazir, Tegur
Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama. Kalau dia nak beli duit dia pun kau tak bagi juga, kesian isteri tu.
Kalau kau nampak dia membazir sangat, nasihatkan. Janganlah kau nak marah-marah dia pulak.
Setakat ni isteri aku tak pernah mintak beli barang yang mahal-mahal pun. Kalau aku nak belikan pun dia selalu cakap tak payah, mahal sangat ni.
Bila dah ada anak, keperluan anak yang paling utama. Kalau pergi shopping kadang-kadang tu semua untuk anak. Tak ingat nak beli untuk diri sendiri.
Kalau dah menyimpan lepas tu baru boleh berbelanja. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai salahkan isteri bila dia beremosi, sedangkan segalanya berpunca daripada sikap suami.
Bukan sengaja isteri emosi tak tentu hala, sebaliknya pencetus emosi tak stabil isteri adalah suaminya juga. Selama berkongsi hidup, pada suamilah isteri harapkan.
Kadang-kadang sengaja beremosi agar suami perasan yang isteri perlukan perhatian dan kasih sayang. Tetapi bukanlah mengada-ngada.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan ini:
Ramai Salahkan Isteri
Saya ada terbaca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak…
Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok?
Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia ok atau tidak kerana suami lebih mengenali isteri luar dan dalam…
Susah isteri hendak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya…
Sedangkan Segalanya
Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya…
Sebab itulah suami kena ambil berat, malah ambil tahu dan peka dengan keadaan sekeliling…
Bukan sebab kita ini ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara di luar dan di dalam rumah. Tapi sebab kita ini suami dan kita tak nak isteri tertekan atau isteri stres.
Juga tidak mahu isteri moody, dan isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain…
Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan…
Memahami ini nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk memahami…
Ramai yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami…
Mingguan Wanita : Suamikan BFF isteri, jadilah pada suamilah seorang isteri berharap. Kalau bukan suami sendiri, siapa lagi yang ada untuk memahami emosi seorang isteri.
Niat baik tapi kalau cara tak kena, boleh undang buruk juga. Anda seorang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Apabila sudah tiba masanya maka anda akur dengan ketentuan jodoh dan menerima seorang lelaki yang sangat sederhana sebagai suami.
Tidak ada apa di dalam hati melainkan untuk menjadi isteri solehah maka anda sentiasa cuba menjaga hatinya. Niat anda mahu melihat dia memperbaiki diri, meningkatkan kerjaya dan memimpin anda menuju masa depan yang lebih bermakna.
Niat Lain, Jadinya Lain
Namun setiap kali anda mahu berbincang tentang perkara itu, suasana akan menjadi lain. Dulu semasa awal perkahwninan dia marah-marah dan suasana menjadi panas. Namun sejak kebelakangan ini dia berubah. Apabila anda bawa isu itu, dia terus tidak bercakap seharian dan anda terpaksa memujuk dia semula. Sudah lama anda termenung memikirkan perkara ini. Apa salah anda?
Apa yang tidak kena dengan nasihat atau dorongan anda untuk dia menjadi lebih baik itu? Tidak ada apa yang salah kecuali cara anda itu membuatkan dia rasa rendah diri. Isu inilah yang akan saya kongsikan dalam nota minggu ini.
Suami Tak Kebal Emosi
Walaupun nampak kuat tetapi perasaan lelaki sebenarnya tidak kebal. Seperti wanita yang sangat sensitif apabila ada orang komen tentang berat badan, begitu juga lelaki. Dia memang tidak kisah kalau anda cakap dia sudah semakin gemuk tetapi dia akan rasa lemah dan rendah diri apabila percaya yang anda tidak lagi yakin atau tidak lagi menghormatinya lagi.
Antara tanda-tanda paling jelas menunjukkan keadaan ini ialah apabila dia mula kurang bercakap. Dia menjadi lebih pendiam daripada sebelum ini. Keadaan ini adalah cara dia bersembunyi sebab merasakan anda melihatnya sebagai bodoh, gagal dan tidak berguna.
Tiada Niat, Tapi Jangan Terlalu Dominasi
Anda isteri yang baik dan tentu tidak mahu dia merasa begitu. Oleh itu apakah yang perlu anda buat untuk mengelakkan perkara ini? Pertama sekali jangan terlalu mendominasi dalam apa-apa juga perbincangan penting antara anda berdua.
Memang betul dia tidak berpendidikan tinggi seperti anda. Dunia dia kecil berbanding dunia korporat dan jawatan yang anda sandang tetapi dalam rumah tangga anda perlu meletakkan dia di depan. Jika anda terlalu kerap memotong atau membangkang semua kata-katanya maka besar kemungkinan dia akan kata;
“Awak belajar tinggi. Saya tidak sebab itu semuanya salah. Ikut suka awaklah nak buat macam mana perkara ini. Malas saya nak fikir lagi”
Jangan Bandingkan
Sekiranya dia ialah suami anda dalam perkahwinan yang baru maka jangan sesekali bandingkan dia dengan bekas suami dahulu tentang hal-hal di bilik tidur terutama tentang prestasinya tidak tidak memuaskan hati anda. Mungkin anda bermaksud baik memberi cabaran untuk dia membaiki keadaan tetapi isu seksual adalah sangat abstrak dalam fikiran lelaki. Dia tidak dengar itu sebagai satu cabaran positif. Yang dia dengar ialah anda kata dia kalah berbanding lelaki lain.
Semua orang tahu hidup adalah satu perjuangan. Jangan sesekali panggil dia sebagai bacul atau pengecut kerana dia tidak berani membuat keputusan atau berhadapan dengan orang lain demi menegakkan kebenaran. Pada pendengaran seorang lelaki, perkataan bacul atau pengecut ini adalah sangat menghina dirinya.
Sesekali Bergantunglah Padanya!
Anda wanita berdikari. Semua anda boleh buat sendiri. Niat anda adalah untuk tidak mahu menyusahkan dia. Walaupun anda berniat untuk tidak menyusahkan tetapi dia tidak fikir begitu. Sebagai suami dia mahu rasa yang anda perlukan dia. Oleh itu walaupun anda boleh berdikari, jangan sampai dia rasa yang anda tidak perlukan sebarang bantuan.
Bantuan yang anda minta dari dia adalah umpama oksigen kepada egonya. Saya selalu kata, isteri yang cerdik tidak akan merungut tentang ego suaminya. Apa yang seorang isteri patut buat ialah eksploitasikan ego itu untuk kesenangan dirinya. Apabila ego lelaki terguris maka ianya seperti belon yang bocor. Ego yang semakin lembik akan membuatkan lelaki itu merasa lemah dan rendah diri.
Mungkin rasa agak pelik dengan minum air pegaga untuk anak-anak. Sebab biasanya hanya orang dewasa sahaja yang mengambil dan makan pegaga atau pun jus pegaga. Tapi, sebenarnya kita tak tahu, air pegaga ini sangat bagus untuk anak-anak.
Kebiasaan jua, mak-mak lebih suka bagi makanan atau suplemen yang ada di pasaran untuk memastikan anak-anak sentiasa cergas dan setengahnya untuk tingkatkan memori anak-anak. Sedangkan, air pegaga ini boleh kita dapat dengan senang dan murah.
Malah, inilah yang disarankan oleh Dr Rizal Abu bakar tentang air pegaga ini. Menariknya, bagi anak yang tak biasa, kenalah campurkan dengan madu untuk timbulkan rasa manis.
Air Pegaga Elak Anak Letih Dan Penat
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...