“Perempuan lagukan Al-Quran mendayu, jangan ikut! Anda sedang disesatkan – Dr Ayman Suwaid.
Membaca al-Quran merupakan perkara yang sangat dituntut di dalam agama dan digalakkan membacanya dengan baik dan sempurna. Jelas bahawa adab membaca al-Quran adalah dengan baik bacaannya dan ia dibaca secara jelas dan tartil iaitu memperelokkan sebutan huruf, wakaf ibtida’ dan sebagainya.
Menurut page Mufti Wilayah siri Al Khafi #1725, tarannum merupakan seni bacaan atau kaedah suara yang dipelbagaikan iramanya mengikut proses nada dan lontaran rentak suara yang tertentu bertujuan untuk mencantikkan seni bunyi khususnya dalam bacaan al-Quran.
Ianya merangkumi dua bahagian iaitu Hijaz dan Misri. Kesemua ini merupakan seni suara yang bertujuan untuk memperelokkan seni suara.
Namun kita sering kali berasa kagum dengan bacaan Al-Quran yang dibaca dengan tarannum yang biasa dilagukan oleh wanita dari negara Asian seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Hal ini telah mendapat teguran dari Dr Ayman Suwaid (baca kisah hidup Dr Ayman di sini) yang merupakan Ikon Arab dalam Qiraat dan Tilawah Al-Quran. Dirinya bersanad al-Quran dari 6 orang gergasi Qiraat pada zamannya. 3 gergasi dari tanah kelahirannya Syria, dan 3 gergasi dari Mesir.
Dari Syria;
3 gergasi dari Mesir;
Orang lain mungkin dapat berguru dengan salah sorang je dari 6 nama di atas tu, tapi beliau dapat baca dengan keenam2 sekaligus. ((sumber fb Syazani Jemy).
Menurut Dr Ayman Suwaid, Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang menjadi panduan hidup manusia.
“Didalamnya Allah menjelaskan tentang zatNya yang maha tinggi, urusan kenabian, urusan akhirat, syurga, neraka. Allah perintah kita buat ini, jangan lakukan itu.
“Jika ikut apa diperintahkan, kalian akan diberi ganjaran sekian-sekian. Jika kalian engkar, kalian akan dihukum sekian-sekian. Inilah panduan hidup, bukannya untuk nyanyian. Al-Quran bukanlah nyanyian.
“Memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran bertujuan untuk mendekatkan hati dengan Al-Quran, bukannya memalingkan hati daripada mengamati makna-makna yang diinginkan Allah dengan nyanyian.
“Al-Quran bukanlah satu bentuk nyanyian mendayu. Saya bukan ingin berbicara tentang anak gadis ini. Dia hanyalah mangsa sahaja. Demi Allah, insan seumpamanya begitu ramai terutama di sebelah negara-negara Timur seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia.
“Mereka sangat meminati suara qari yang mendayu-dayu dan berlagu dalam bacaan Al-Quran. Wahai saudara sekalian, jangan ikut cara mereka. Demi Allah, mereka sedang menyesatkan kalian,” katanya dalam video yang kini viral di media sosial.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Juara Akademi Qurra’ 2024. Bukti Al Quran Panduan Hidup Paling Bermakna
Rumah Penuh Lumpur, Selut Banjir Tapi Al Quran Atas Tilam Bersih, Tak Terjejas
Kubur Bercahaya Walaupun Hidupnya Tidak Pandai Membaca Al Quran. Apakah Amalannya?
Viral 18 Dan 19, Rupanya Ada Signifikan Dalam Surah Al Quran