Perempuan Beli Emas Bukan MENUNJUK Tapi CAGARAN Dan Jaminan Waktu ‘Terdesak’

Share

Sesetengah orang merasakan dengan memakai barang kemas, seolah-olah ingin menunjuk apa yang mereka miliki. Tak kiralah saiz kecil atau pun besar. Jenis dan nama barang kemas itu sendiri pun mereka tahu. Sememangnya, emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.

Sebenarnya, apa yang wanita miliki dan suka emas ini bukanlah sebab ingin menunjuk apa yang mereka ada. Tapi, jauh di sudut hati, emas yang mereka ada itu sebagai salah satu jaminan untuk masa depan keluarga.

Bagi yang tahun, jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak terduga, lebih-lebih lagi tentang masalah kewangan keluarga, emas inilah yang boleh menjadi penyelamat untuk mereka. Sekurang-kurangnya, ia dapat ditukarkan dengan duit, jika berlaku apa-apa nanti.

Jadi, para suami janganlah cepat melatah bila isteri menyuarakan untuk membeli emas. Bukan sebab nak menunjuk tapi mungkin boleh digunakan untuk waktu terdesak. Percayalah.

Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini tentang emas yang disukai oleh perempuan. Dia sendiri bertanyakan pada emaknya tentang hal ini. Jawapan daripada emaknya memang betul, dan tak disangkal lagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kena Faham Bila Nak ‘Trade In’ Emas Lama Pada BARU, Ada Syaratnya Elak Riba

‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah

Info Lebih Menarik DI SINI

Bukan Menunjuk Tapi Jaga Ekonomi Keluarga

Aku tanya ma aku,

“Ma, kenapa orang perempuan minat betul dengan barang kemas ni?”

Ma senyum je dan jawab,

“Ada empat sebab utama orang perempuan minat dengan emas ni.

1. Memang fitrah wanita minat dengan perhiasan. Makin bernilai perhiasan, makin mereka suka. Fitrah Allah jadikan orang perempuan memang begitu.

2. Mereka merancang ekonomi keluarga. Kadang-kadang, mereka sengaja minta suami belikan barang kemas untuk mereka. Sedangkan jauh dalam lubuk hati mereka, mereka nak jaga ekonomi keluarga. Mereka nak jadikan simpanan dan pelaburan, sekiranya suami ada masalah kewangan, emas itulah jadi taruhan dan boleh digadaikan.

Mereka beli untuk jaga suami mereka dari membazir tempat lain dan bila ada masa sukar tiada apa boleh digadaikan. Walau orang nampak seolah isteri beli untuk diri sendiri, sebenarnya salah. Mereka beli untuk suami.

3. Barang kemas ini buat wanita dan isteri rasa secure. Rasa selamat dan rasa terjamin sedikit masa depan mereka.

Maklumlah, suami ini hanya pinjaman. Jika tidak ‘dipanggil’ Tuhan, disondol orang.

Jika apa-apa berlaku pada suami, jika berlaku perpisahan, perceraian dan ditinggalkan, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk bermula. Untuk mereka teruskan kehidupan.

Ia jaminan dan cagaran yang sangat bernilai untuk wanita dan kaum isteri khususnya.

4. Dia tak nak suami dia kahwin lain. Kalau dah duit habis kat seorang isteri je, tak de duit dah laki dia dah kahwin lain.

Sebab tu budaya orang Arab, duit hantaran cukup tinggi sampai beratus ribu. Lelaki kena kerja sungguh-sungguh nak cari duit untuk kahwin, dah kahwin seorang duit dia habis. Nak kahwin lain letih pula nak cari duit lain.

Termenung panjang aku bila dengar penjelasan ibu. Betul sungguh apa yang ibu kata.
Kadang-kadang makhluk aneh yang bukan berasal dari bumi ini bijak merancang bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk keluarga.

#MFS

MW: Sekarang ini bolehlah cakap membazir atau habiskan duit. Tapi, kita tak tahu akan datang. Inilah pentingnya kalau ada emas boleh guna waktu ‘terdesak’ yang kita sendiri tidak jangka.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora