Perempuan Bekerja Sebab Takut Kena Tinggal, Bunyi Macam Tak Yakin Dengan REZEKI Allah

Share

Zaman sekarang ini tak pelik kalau perempuan bekerja sebab nak tolong ekonomi rumah tangga, maklumlah kos hidup makin tinggi.

Tetapi yang pelik apabila berbual sama-sama kaum perempuan, akan ada salah seorang yang bagi soalan panas yang berkait dengan ‘risau kalau suami tinggal atau meninggal’.

Maknanya takut hilang punca pendapatan lah. Haa… kalau betul anda fikir tentang hal ini, cuba renungkan pula dari sudut yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.

Betul ke tidak.

Niat Perempuan Bekerja

“Kau ni jadi suri rumah, tak kerja, tak berniaga, tak ada pendapatan, kau tak takut kena tinggal dengan laki kau ke?”

Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yang bekerja ni, sebab tengah prepare untuk nak kena tinggal ke? Kita yang berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?

Fikir la yang baik-baik, yang positif. Dia jadi suri rumah itu pun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya “pendapatan” dia bukan dalam bentuk wang ringgit, Allah “bayar” dengan “masa”. Dia dapat tengok anak membesar depan mata dia, dapat jaga anak dengan sendirinya, dapat uruskan rumah tangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dengan sebaik mungkin.

“Masa bekerjanya” adalah untuk suami dan anak-anaknya.

Awak yang bekerja, awak yang berniaga, betulkan la niat tu. Awak bekerja, berniaga memang niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? Kerana takut laki tinggalkan awak sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa-apa?

Itu bunyi macam awak tak yakin yang rezeki datang dari Allah. Allah dah berfirman dalam surah An Nisa, ayat 130:

“Dia yang akan mencukupkan jika kedua-duanya bercerai…”

Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup ini bermula dengan niat. So, tak payah la niat ke arah tu. Kerja dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya untuk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan untuk diceraikan, ditinggalkan dan usah pertikaikan kenapa orang lain tak kerja macam awak, tak berniaga macam awk.. Walaupun awk ada pendapatan, itu bukan “lesen” untuk awak nak menyibuk jaga rumah tangga orang lain.

Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak.

Tawakalnya dia terhadap rumah tangganya hanya Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik untuk dirinya dan diri kita. Tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya.

Published by
Nadia