Zaman sekarang ini tak pelik kalau perempuan bekerja sebab nak tolong ekonomi rumah tangga, maklumlah kos hidup makin tinggi.
Tetapi yang pelik apabila berbual sama-sama kaum perempuan, akan ada salah seorang yang bagi soalan panas yang berkait dengan ‘risau kalau suami tinggal atau meninggal’.
Maknanya takut hilang punca pendapatan lah. Haa… kalau betul anda fikir tentang hal ini, cuba renungkan pula dari sudut yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Betul ke tidak.
Niat Perempuan Bekerja
“Kau ni jadi suri rumah, tak kerja, tak berniaga, tak ada pendapatan, kau tak takut kena tinggal dengan laki kau ke?”
Ads
Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yang bekerja ni, sebab tengah prepare untuk nak kena tinggal ke? Kita yang berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?
Fikir la yang baik-baik, yang positif. Dia jadi suri rumah itu pun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya “pendapatan” dia bukan dalam bentuk wang ringgit, Allah “bayar” dengan “masa”. Dia dapat tengok anak membesar depan mata dia, dapat jaga anak dengan sendirinya, dapat uruskan rumah tangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dengan sebaik mungkin.
“Masa bekerjanya” adalah untuk suami dan anak-anaknya.
Ads
Awak yang bekerja, awak yang berniaga, betulkan la niat tu. Awak bekerja, berniaga memang niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? Kerana takut laki tinggalkan awak sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa-apa?
Itu bunyi macam awak tak yakin yang rezeki datang dari Allah. Allah dah berfirman dalam surah An Nisa, ayat 130:
Ads
“Dia yang akan mencukupkan jika kedua-duanya bercerai…”
Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup ini bermula dengan niat. So, tak payah la niat ke arah tu. Kerja dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya untuk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan untuk diceraikan, ditinggalkan dan usah pertikaikan kenapa orang lain tak kerja macam awak, tak berniaga macam awk.. Walaupun awk ada pendapatan, itu bukan “lesen” untuk awak nak menyibuk jaga rumah tangga orang lain.
Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak.
Tawakalnya dia terhadap rumah tangganya hanya Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik untuk dirinya dan diri kita. Tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak masuk sekolah awal tahun ini, duit mak ayah pun dah banyak yang keluar untuk yuran persekolahan sampailah alatan sekolah.
Tapi tak usahlah merungut ya, sebab itupun pelaburan masa depan anak-anak. Didik anak-anak dan doakan moga mereka jadi cemerlang dunia akhirat.
Hakikatnya, kalau mak ayah dah mulakan persediaan simpanan dari awal, tidaklah terlalu menekan perasaan untuk melunaskan urusan persekolahan anak.
Apapun proses menyimpan itu, kena mula terus. Jangan nanti-nanti. Malah seperti yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor ini, walau gaji ciput pun, duit simpanan boleh cecah ribuan ringgit.
Simpanlah berdikit-dikit, janji konsisten menyimpan setiap bulan.
Pesannya, “Lia takut sangat bila tengok ramai anak muda di luar sana tak tahu dan tak bijak menguruskan kewangan!”
“Walau seboros mana pun kita, simpan wang untuk masa hadapan adalah penting untuk setiap individu.”
7 Cara Sempoi Simpan Duit, Gaji Ciput Pun Boleh Ada Ribuan Ringgit
Lia nak kongsikan 7 tips penting untuk anak muda mulakan simpanan dengan cara paling mudah!
Pertama : Dapat Je Gaji, Asingkan Terus
Untuk simpanan baru guna untuk belanja
Berapa nak kena asingkan untuk simpanan?
Guna je formula ini,
10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja
Simpanan biar 10% atau lebih tak apa, jangan kurangkan. Dan belanja biar maksimum 70%, kalau boleh kurangkan jadi 50%-60% lebih baik. Dapat?
Kedua : Simpan Dekat Tempat Yang Susah Nak Keluarkan
Paling baik simpan di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Sebab bila tak ada kad ni, kita nak keluarkan duit pon jadi susah.
Contohnya, Tabung Haji, ASB dan Emas.
Bila sentuh tentang emas, tahu tak, orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, EMAS ataupun rumah-rumah sewa.
Ada seorang pakcik tua ini pesan kat Lia,
“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan.”
Maksudnya, bila dapat duit, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah atau rumah-rumah sewa.
Sebab harta-harta tu akan membuatkan kita kaya dan boleh jana hasil daripada harta-harta yang kita ada.
Menakutkannya adalah duit yang kita simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocorannya sangat tinggi!
Ketiga : Tambah Side Income Atau Source Of Income
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.
Just imagine, abang yang jual burger tepi jalan pon boleh jana income ribu riban, apatah lagi yang jual barang cosmetics dan perfumes. Kan.
Jangan cerita abang jual burger, orang yang jual eBook pon boleh jana income RM17,000 dalam masa 7 hari! Ha memang ada tau.
Jadi, dari duit bisnes itu boleh lah tambahkan simpanan. Lagi bisnes kita sedang mencanak naik, itu tandanya waktu terbaik untuk kita simpan banyak-banyak!
Keempat : Potong Segala Jenis Kad Kredit, Cara Paling Extreme!
Maksudnya hentikan serta merta penggunaan kad kredit ini. Lagi-lagi orang yang tak boleh tahan nafsu untuk shopping guna kad kredit.
Tahu tak, dengan menggunakan kad kredit, anda sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda!
Serius, kalau tak mampu untuk berbelanja secara tunai, sebenarnya anda tak mampu juga untuk berbelanja atau anda sedang hidup di luar kemampuan.
Kelima : Banyakkan Bersedekah
Allah dah janji, sekali kita sedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti!
Kalau tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, tengah buntu atau tengah di uji, jalan sebenarnya adalah sedekah.
Waktu terbaik untuk sedekah adalah waktu pagi. Buatlah minimum sedekah RM50.00 sehari.
Keajaiban sedekah ni Lia pernah rasa sendiri tau. Lia pernah hulurkan RM50 dekat sorang makcik jual kerepek ni. Kesian kan tengok dia berpeluh ke sana ke mari tapi jualan tak laku-laku.
Balik je rumah tiba-tiba ada agent yang restock hampir RM1000++ masa tu jugak. Tengok! Betapa ajaibnya rezeki kan. Anda cuba la sendiri nanti.
“The More You Give, The More You Will Get Back”
Keenam : Banyakkan Berzakat
Banyakkan berzakat
Banyak sangat kepentingan bila kita berzakat ini. Antaranya adalah mensucikan harta.
Harta ni kan ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta dari perkara-perkara yang haram dan shubhah.
Kalau kita tak keluar untuk zakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta kita.
Sebab dengan harta yang perolehi inilah akan kita gunakan untuk tampung keluarga yang susah.
Jadi. Kalau harta yang kita perolehi ni tak bersih, adakah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari Allah?
Tepuk dada, tanya iman.
Ketujuh : Dapat Untung, LABURKAN Duit Tersebut
Laburkan duit anda contohnya melabur di pasaran saham.
6 tempat yang boleh anda laburkan duit iaitu
1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust
6 = Saham
Boleh-boleh?
Wahai mak ayah muda yang berijazah atau berdiploma, sentiasalah rajin berusaha dalam kerjaya.
Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea dan juga pemikiran.
Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya pun lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN.
Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!
Dalam membesarkan anak-anak dalam dunia mencabar begini bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang “mak”. Tidak kiralah bagi mak yang bekerjaya mahu pun bergelar suri rumah masing-masing berdepan dengan pelbagai masalah dalam mendidik anak-anak.
Rasa marah atau mahu memukul anak kadang-kadang menjadi kebiasaan pabila sang ibu berdepan dengan tekanan atau situasi memenatkan kerana mak-mak juga manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sebagai ingatan bersama, sebelum angkat tangan pada anak, ingatlah siapa pemilik mutlak mereka, barulah kita merasa takut dengan Allah. Mak, ayah hanyalah pemegang amanah anak-anak yang belum tentu masanya Allah akan mengambil mereka semula.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan ingatan kita bersama:
Teringat pesan seseorang pada saya,
Sebelum rasa mahu marah atau mahu angkat tangan memukul anak, ingat siapa pemilik mereka.
Walaupun kita ini ibu yang berpenat, bersakit mengandung dan melahirkan anak-anak, tetapi anak-anak bukan hak milik kita.
Allah adalah pemilik mutlak anak-anak. Kita sebagai ibu bapa cuma peminjam dan pemegang amanah.
Ya, memang ada masa kita terlepas. Astaghfirullahal adzhim. Namun, kalau boleh jangan biarkan berlalu tanpa taubat, dan kalau boleh jangan jadikan kebiasaan kerana pukulan tak mengeraskan tubuh mereka tetapi hati anak-anak.
Sebagai ibubapa, tanamkan rasa takut kepada Allah. Anak-anak kita adalah amanah kita. Barulah kita dapat mendidik anak-anak yang juga kelak akan takut mengkhianati amanah mereka kepada Allah. InsyaAllah. Allahu musta’an.
MW: Mak,ayah tak lari daripada membuat kesilapan, namun setiap kali tersalah langkah kembalilah dekatkan diri dengan Allah. Memukul anak dalam mendidik anak-anak bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian. Masih banyak lagi jalannya yang lebih baik dan berkesan dalam mendidik anak yang merupakan amanah besar Allah buat mak, ayah.
Setiap daripada kita rezekinya berbeza, ada yang dikurniakan kesihatan yang baik. Segelintirnya pula dikurniakan kemewahan dan setengahnya diberikan zuriat yang ramai.
Masing-masing punyai rezeki sendiri yang telah ditentukan Allah SWT. Sebenarnya rezeki bukanlah apa yang dikehendaki, sebaliknya bila kita terima setiap apa yang Allah anugerahkan.
Oleh itu bersyukurlah dengan setiap satu rezeki yang mak, ayah terima. Sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap satu rezeki yang diterima atau tidak. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Rezeki Bukanlah Apa Yang Dikehendaki
Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
Kamu belajar tentang sirah. Tahu Maryam tak berkahwin tapi dapat melahirkan anak. Itulah rezeki dia. Kun fayakun.
Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Nabi Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih jalan ke neraka.
Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
Pelajarilah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing-masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Sebaliknya Bila Kita Terima Setiap Apa Allah Anugerahkan
Kawan-kawan, Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.
“Ini anak isteri tak menutup aurat, masing-masing kata awak sebagai ketua keluarga tak pernah nasihatkan. Macam mana ni.”
Begitu agaknya di Mahkamah Akhirat. Masing-masing sedaya-upaya melepaskan diri. Takutkan neraka, semua kesalahan diri diletak kepada orang lain termasuk suami atau bapak sendiri.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
Takdir & Rezeki Allah Adalah Misteri
Kawan-kawan, Takdir Allah ini misteri sifatnya. Entah-entah air mata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.
Justeru, rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha. Syukurlah dalam sebarang situasi. Allah Maha Merancang, lagi Maha Mengetahui. Begitulah.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...