Percutian Tenang Ke Cameron Highlands, Bajet Bawah RM1000, Malah Jalan Tak ‘Jammed’

Share

Bila dah lama tak bercuti, dapat jalan-jalan ke Cameron Highlands pun dah cukup menggembirakan. Pergi ketika musim PKPB ini lebih seronok lagi, dapat bercuti tenang dan tidak bersesak-sesak.

Azizah Zainudin dan keluarga, ambil peluang jejak Cameron Highlands dan dapat menikmati percutian tenang di bawah bajet RM1000. Cukup memenuhi keperluan 5 beranak untuk 3 hari 2 malam.

Umi.. Abang Rindu Cameron Highlands

Walaupun sudah sering berkunjung ke Cameron Highlands tetapi kunjungan kali ini benar-benar kunjungan yang menggembirakan kami seisi keluarga.
Baru dua tiga hari balik, dak abang dah bersuara.
Umi jom pergi Cameron Highlands! Abang rindu.”
Tu dia siap rindu merindu oit.
Dia ingat pejam mata boleh sampai Cameron Highlands terus ka?
Dia ingat Umi Abah dia bank negara ka?
Hahaha.
Percutian yang dirancang ketika PKPB, waktu larangan merentas negeri sedang dilaksanakan.
Alhamdulillah.
Orang tak ramai dan jalan tak jammed. Dapatlah bercuti dengan tenang dan tidak bersesak-sesak.

9 tempat menarik percuma wajib singgah bila rancang bercuti ke Cameron Highlands

Bercuti 3 Hari 2 Malam Ke Cameron Highlands, Bajet Bawah RM1000

Mari saya kongsikan percutian 3 hari 2 malam di Cameron Highlands dengan bajet di bawah RM1000 untuk kami 5 beranak.

Tempah Hotel Secara Online

Saya tempah penginapan di Copthorne Hotel atau dulu dikenali sebagai Equatorial Hotel. Hotel ini terletak di Kea Farm dan sangat berhampiran dengan pasar Kea Farm, lokasi wajib dikunjungi.

Lebih kurang 250 meter jaraknya.

Hotel ini merupakan satu-satunya hotel di Cameron Highlands yang mempunyai fasiliti kolam renang. Ini menjadikan antara salah satu sebab saya memilih untuk menginap di sini. Andai kata hujan, bolehlah anak-anak bermain di kolam.

Tempahan dibuat melalui Agoda.com untuk Superior Triple Room with 3 Single Beds dengan harga lebih kurang RM380 termasuk breakfast. Saya ahli VVIP Agoda, jadi dapatlah diskaun sikit.
Alhamdulillah.

Ini pengalaman pertama kami sekeluarga menginap di hotel Cameron Highlands. Biasanya kami menginap di homestay beramai-ramai, baik ketika bersama keluarga mahu pun bersama rakan-rakan.

Jadi saya perlu pastikan, hotel yang dipilih memenuhi keperluan kami dari segi lokasi ke tempat menarik, kemudahan yang disediakan dan bajet.

Tetapkan Lokasi Jalan-jalan Wajib Pergi Ke Cameron Highlands

Ke mana kami pergi?
Strawberry park is too mainstream gais! Hehehe.
Sebab ada anak kecil, memang kena rancang perjalanan dengan betul. Supaya tidak membazir masa dan tenaga.

Taman Pertabalan Tanah Rata

Seawal 8 pagi kami bertolak ke Cameron Highlands dan sampai lebih kurang jam 12 tengah hari.

Destinasi pertama kami adalah Taman Pertabalan Tanah Rata. Kami berhenti rehat dan makan tengah hari dengan bekalan yang saya bawa dari rumah. Mak-mak sangat nehh.

Sementara menunggu encik suami solat Jumaat di masjid berhampiran, saya biarkan anak-anak bermain di taman. Taman ini memang menjadi lokasi tumpuan keluarga untuk bersantai di waktu petang.

Dilengkapi dengan papan gelongsor, buaian, jongkang jongkit dan lain-lain lagi permainan kanak-kanak.

Terkenal dengan tandasnya yang cantik dan bersih. Bersihnya tu orang kata sampai boleh jadi tempat tidurlah. Nak masuk kena bayar 30 sen dan kena guna selipar yang disediakan.

Penjaga tandas mengatur selipar di depan tandas dengan begitu tersusun. Beliau juga menyediakan perkhidmatan sewaan permainan kanak-kanak seperti mini car dan basikal dengan harga serendah RM5 untuk setengah jam.

Di sini kena sediakan duit lebih ya!
Jumlah hangus kami RM15 untuk 2 set permainan bubble dan 1 sewaan mini car.

Smurf Inn Fun Park

Lepas solat Jumat kami terus ke Smurf Inn Fun Park yang terletak berhampiran dengan Smurf Inn Homestay dan berhadapan dengan Kelab Golf Sultan Ahmad Shah.

Masuk percuma! Tetapi ada bayaran untuk tempat yang hendak dimasuki atau main sahaja.

Dalam Fun Park ini ada dunia dinosour, pesta lampu, Merry Go Round, kereta langgar dan permainan kanak-kanak ala fun fair.

Kami sampai sini, tak ada seorang pun pengunjung. Fun park ini kami yang punya! Hahaha. Dapatlah diskaun lebih.

RM25 untuk 2 tempat iaitu taman dunia dinosour dan taman pesta lampu. Harga asal RM5 seorang untuk dewasa juga kanak-kanak.

Punyalah menghayati tempat tu, dua tiga kali kami duk ulang keluar masuk sampai puas hati. Bergambar tu tak payah ceritalah. Sakan!

Masa nak keluar, dak abang dan kakak ternampak Merry Go Round. Apa lagi, menjeritlah depa nak naik. Pekerja situ pulak duk offer bayaran RM20 untuk kami sekeluarga.

Lebih 5 kali kami berpusing-pusing atas Merry Go Round tu. Anak-anak pun kemain happy lagi, siap boleh tukar-tukar tempat duduk.

Total terhangus tanpa sengaja RM45 gais.
Keluar dari fun park, terus kami check in hotel. Solat, berehat sekejap dan kemudian keluar semula lebih kurang jam 5.00 petang.

Sheep Sanctuary (Sebelah Kea Farm)

Destinasi seterusnya Sheep Sanctuary terletak bersebelahan Pasar Kea Farm. Dekat sangat dengan hotel, kami berjalan kaki sahaja ke sana.

Beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.30 petang. Kami sampai lagi 15 minit nak tutup. Orang dah mula keluar, kami baru nak masuk.
Yabedabedu!

Sekali lagi, ini tempat kami yang punya!

Bayaran masuk RM8 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Tiada bayaran dikenakan untuk yang berusia 3 tahun ke bawah. Kami bayar RM21 dan dapat 3 paket makanan biri-biri.

Sheep Santuary ini tidak begitu luas, terdapat hanya sekitar 15 ekor biri-biri yang dibawakan dari Australia. Jinak semuanya.

Bolehlah kalau nak bermanja-manja, bermesra-mesra, bagi makan dan bergambar dengan biri-biri ini. Selain biri-biri, ada juga ditempatkan beberapa ekor arnab.

So far tempat ini bagi saya menarik untuk dikunjungi, cuma kalau ramai sangat mungkin akan terasa sesaknya.

Makan Malam Di Steamboat Cheese & Grill

 

Malam pula kami menjamu selera di Highlands Steamboat Cheese & Grill.
Selama ke Cameron Highlands, inilah kali pertama kami makan di kedai steamboat dan grill. Hahaha.

Sudahlah pertama kali makan, kawan belanja pulak tu. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.

Kebiasaannya, kalau tak masak di homestay, mesti tapau makanan di pasar malam. Begitulah kalau datang beramai-ramai.
Masak wajib!
Pasar malam pun wajib!
Begitulah.

So, total perbelanjaan setakat hari pertama lebih kurang RM511.
Minyak Kereta – RM50
Hotel – RM380
Taman Pertabalan Tanah Rata – RM15
Smurf Inn Fun Park – RM45
Sheep Santuary – RM21
Bersambung di part 2 pula ya gais!

Sumber/Foto : Azizah Zainudin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer