Sungguh memilukan hati apabila rancangan percutian ke Cameron Highlands berakhir tragedi apabila tujuh daripada sepuluh ahli keluarga meninggal dunia dalam kemalangan.
Tidak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga yang selamat melihat pemergian mereka berlaku dalam sekelip mata.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa, ternyata ujian ini sangat berat dan diharap ahli keluarga tabah menghadapinya.
Mengerikan apabila tujuh individu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza maut sejurus kenderaan dinaiki bertembung dengan lori, petang semalam.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, Perodua Alza itu didakwa membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang termasuk kanak-kanak sebelum terbabit kemalangan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang.
Sumber berkata, tujuh maut itu membabitkan dua kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan tiga wanita manakala tiga mangsa cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.
Artikel Berkaitan:
Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu
Tiada Lagi Gurauan. Suami Meninggal Kemalangan Traktor Terbalik Ke Tebing Sungai
Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir
Untuk info menarik, klik saja di sini.
Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan sebahagian penumpang tersepit di dalam kenderaan itu.
“Susulan itu anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang.
“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat tiga mangsa masih berada di dalam kenderaan itu. Semua mangsa parah dan tersepit,” katanya.
Difahamkan anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa terbabit.
Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
MW: Ajal, maut di tangan Tuhan. Namun begitu dalam kegembiraan menghabiskan masa bersama keluarga, beringatlah dan sentiasa berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri serta keluarga. Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian berat ini.
Sumber: myMetro