Percutian jadi tragedi, 3 beranak meninggal serentak. Bapa mimpi anak datang berpakaian putih dan hitam. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada DIA kita kembali. Keseronokan percutian satu keluarga ke pusat peranginan Port Dickson bertukar menjadi tragedi.
Menyayat hati, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dan lori di di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini semalam mengorbankan tiga beranak iaitu, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, Zubaidah Abdul Rajak, 28 dan anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq berusia setahun di lokasi kejadian.
Tiga beranak ini meninggal dunia selepas melanggar belakang sebuah lori di lebuhraya dalam percutian ke PD
Dalam pada itu, perasaan tidak sedap hati seorang bapa sejak dua minggu lalu, Abdul Rajak akhirnya terjawab apabila anak perempuannya, Zubaidah meninggal dalam kemalangan semalam apabila terlibat kemalangan jam 11 pagi di lokasi kejadian.
Memetik Sinar Harian, Abdul Rajak Sakiman, 66, berkata, dia dihubungi individu tidak dikenali yang memaklumkan tiga beranak itu terlibat dalam kemalangan.
Menurutnya, dia bergegas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Hospital Alor Gajah, namun setiba di unit forensik hospital berkenaan, dia diberitahu ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia.
Katanya, mereka sekeluarga baru tiba di Port Dickson awal pagi tadi untuk bercuti, namun anak keenam daripada tujuh beradik itu tidak kunjung tiba.
“Bila dia (arwah) tak tiba di Port Dickson, lagi saya rasa tidak sedap hati, namun saya tidak meluahkan pada isteri kerana bimbang keadaan kesihatannya.
Ads
“Tiba sahaja di hospital, sedih rasa bila diberitahu ketiga-tiga mereka telah meninggal dunia. Apa pun saya sekeluarga reda dengan ujian ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah.
Abdul Rajak berkata, alam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.Kenderaaan dinaiki tiga beranak ini remuk selepas merempuh belakang lori
Abdul Rajak berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu bulan lalu ketika bercuti di Desaru, Johor.
Dia menyifatkan anak perempuan yang bekerja sebagai jururawat itu seorang yang penyayang dan sering menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Dia selalu telefon, tanya khabar dan bertanyakan keadaan isteri saya yang perlu menjalani dialisis setiap minggu,” katanya yang menetap di Bukit Pasir, Muar, Johor.
Tambahnya, dalam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.
“Salah seorang kakak arwah sempat bertemu dengan Zubaidah ketika di Plaza Tol Skudai dan melihat raut wajah arwah yang berbeza sebelum masing-masing meneruskan perjalanan,” katanya.
Sinar Harian melaporkan hasrat tiga beranak termasuk bayi berusia setahun untuk bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat” itulah antara luahan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Sayu sungguh ucapan yang diberikan buat rakan seperjuangan dalam lakonan Nad Zainal yang kini sedang bertarung nyawa dengan penyakit paru-paru berdarah dan kini ditempat di ICU.
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah.”
Malah menerusi perkongsian di Instagram Noorkhiriah juga memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nad.
“Assalamualaikum dengan rendah hati akak mohon pada semua terus mendoakan @nad.zainal yee..Tkasih ye semua..Semoga Allah angkat sakitmu dik..Aamiin Allahumma Aamiin” kongsi Noorkhiriah.
“Nad Nanti Dah Sihat..Banyak Mende Akak Nak Share Dgn Nad..
“Akak x sempat nak share apapun sebenarnya..pada akak semua secara tiba2..Nad pakai tudung pun tiba2..bila Allah nak bagi Hidayah..dan Nad Sakit cmni pun tiba2..bukan akak je tkejut rasanya ramai yg tkejut…
“Nad Rajin Update IG Tiba2 Akak Tgk Nad Senyap..Rupanya Nad Bertarung Nyawa..Nad Dalam Ramai2 Nape Nad Jadikan Akak Contoh..Akak Lom Betul Jalannya..
“Kita Bkeja Hanya 2 Hari Dalam #mataharitakbercahaya Tapi Akak Selesa gile Dgn Nad..Baju2 Sutin Cite Tu Banyak Nad Bagi Akak Dgn Tudung2 Sekali..
“Nad Baik Ramai Sayang..Btali Arus Kawan2 Dtg Ziarah Nad Tadi..Akak Tau Nad Kuat…Impian Tuk Kejassama, nad Ckp akak jadi bini no 1 atau 2 cite feeling2 ustaz ada bini 4.. lom jadi tau…angan2 kitaorg b2 bila borak.
“Nad Bangun Tau..Allah Sayang Sangat Kat @nad.zainal ..Lepas Aje Berhijrah..Allah Uji Nad Sekuat Ini..Sebab Allah Tau Nad Mampu..1 Malaysia Doakan Nad..Bangun ye dik…Kuat Demi Yem & Som…Kita Kan Dah Ckp nak kopi2 sama2 nanti dengan kekza @azzaelite ..Nad nak sejadah..Doakan @nad.zainal Terus ye Korang..Moga Allah angkat doa korang..mkasih korang..mkasih,” kongsi Noorkhiriah.
“Ya Allah Engkau Sedarkanlah & Sembuhkanlah Farah Nadia Zainal Abidin”
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Nad Zainal kembali pulih.
Siapa sangka dalam meniti usia warga emas, seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura, masih kekal aktif dan berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Tali pinggang hitam merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Taekwondo, dengan jumlah keseluruhan sembilan peringkat. Untuk mencapai tali pinggang hitam pertama, seseorang itu mesti mampu melakukan spar, bertahan menentang lawan dan memecahkan dua papan tiga inci dengan sebarang tendangan atau pukulan, menurut Active SG.
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada2018 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
Soh telah memenangi beberapa pingat di pertandingan Taekwondo dan kini memburu tali pinggang hitam kedua. Kakinya tidak lagi sakit dan dia tidak lagi perlu makan ubat.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.
Pada tanggal 9 Mac selebriti yang juga bergelar ahli perniagaan Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta genap 48 tahun.
Malah mengabadikan memori dan kenangan setiap detik yang terjadi, isteri kepada Zain Saidin ini turut memuat naik video dan gambar di laman Instagramnya.
Sehari sebelum tarikh lahirnya, Che Ta mengambil inisiatif mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah Dhuha di premis acara Aman House di ibu kota dengan mengundang pendakwah bebas, Syamsul Debat.
Che Ta Sambut Ulang Tahun Ke-48 Penuhi Dengan Majlis Ilmu
Bercerita lanjut mengenai majlis tersebut, Che Ta akui sudah lama kenal rapat dengan Syamsul Debat.
“Rancangnya nak jemput Ustaz Syamsul Debat sebelah malam. Tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja. Kerana petangnya dia ada kerja di Ipoh, Perak.
“Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah dia pun pernah undang saya dalam siri perkongsian ilmu dianjurkannya.
“Ikutkan saya sudah selalu adakan acara seumpama ini atau membabitkan hal syurgawi. Malah saya pernah anjurkan majlis keraian atau ulang tahun kelahiran dengan menjamu anak yatim makan. Jadi ia bukan benda baru pun saya mengundang pendakwah,” ujarnya.
Senang Cara Syamsul Debat Kongsi Ilmu & Nasihat
Ibu kepada tiga cahaya mata itu pun menyenangi cara Syamsul Debat berkongsi ilmu dan nasihat.
“Ada usikan dan lawaknya memang betul betul kena tepat kepada batang hidung sendiri. Ia jadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri
“Macam tempoh hari, saya ajak keluarga dan teman rapat untuk sama sama mendengar kuliah daripadanya. Jujur rasa tak puas mendengar kuliahnya ketika itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain.
“Tak apa ada rezeki lain, boleh ajak dia lagi,” sambungnya.
Pada sebelah malam pula sehari sebelum hari lahirnya, majlis diteruskan lagi dengan bertemakan hitam putih. Tetamu lelaki diwajibkan memakai sut, manakala perempuan pula kena menyarung gaun.
Dalam keseronokan mengadakan majlis berkenaan, Che Ta tak lepas daripada perhatian dan usikan nakal apabila suaminya tidak kelihatan.
“Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada pada majlis diadakan. Sampai ada yang ingat kami ada apa apa ke? Zain sebenarnya ada kerja penggambaran sebuah drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa.
“Tapi kalau ada yang perasan, dia ada muat naik video di laman Instagramnya mengucapkan selamat hari lahir saya di samping pelakon Azhan Rani. Malah pada sambutan ulang tahun perkahwinan adik saya (Jaja) dan meraikan ulang tahun kelahiran saya juga, Zain dapat hadir,” ujar duta produk penjagaan kulit dan kecantikan Mylea itu.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...