Percutian Bukanlah Hadiah Tenangkan Isteri Yang Penat, Dia Cuma Mahu Bersendiri

Share

Ramai suami tak faham, cara terbaik untuk melayani emosi isteri terutamanya yang bekerja yang sudah sampai tahap limit keletihannya. Jika suami anggap berikan percutian keluarga itu satu hadiah untuk meredakan keletihan isteri, itu bukanlah solusi terbaik.

Kerana, isteri yang keletihannya sudah sampai ‘garisan merah’ dia cuma perlukan masa untuk dirinya sendiri. Tak perlu sehari, dapat sejam dua pun sudah memadai. Dia akan cergas dan kembali waras.

Hadamkan perkongsian Syahida Majid ini, agar suami lebih faham apa sebenarnya yang ada di fikiran isteri yang kadangkala tak terluah oleh mereka.

Percutian Keluarga, Bukanlah Cuti Buat Saya

Banyak kali suami bawa saya keluar bercuti. Sudah banyak negeri kami pergi. Banyak muzium kami lawat.

Ini cuti untuk Mama..”, kata suami.

Malah setiap kali lepas pantang, suami memang hadiahkan saya percutian.

Anak sulung ke Kedah
Kedua ke Langkawi
Ketiga ke Melaka

Tapi satu hari saya meluahkan, Percutian keluarga, bukanlah cuti buat saya.

Ya, seronok, dapat jalan, dapat stay hotel, dapat makan.
Tapi sebelum bercuti, sepanjang bercuti, selepas bercuti; saya keletihan. Tiada istilah rehat.

Persediaan Sebelum Bercuti Saja Sudah Memenatkan

Sebelum — sediakan keperluan. Tiap kali mengemas saya stress sampai boleh tidurrr lama, tengking anak. KEMAS; bukan sekadar baju ya. Kemas rumah, kemas pinggan mangkuk, sampah zero, kemassss. Otak letih. Emosi letih.

Semasa — memantau pakaian mencukupi. Things can happen. Anak pi tukar baju 2-3 kali sehari. Pulak tu pi main air main pasir. Baju boleh jadi tak cukup. Waktu makan anak terbalikkan pinggan. Waktu tidur anak menangis tengah malam. Otak letih. Emosi letih.

Selepas — mengurus pakaian. Yg ni kurang lah letih dia. Tapi letihhhhhh lepas segala aktiviti. Dan, kembali ke KERJA asal.

Semua ni, KERJA bagi Syi. Syi KERJA dan tak ada masa rehat“. ‘SEMUA’; saya tunjukkan gambar keluarga kami. Suami, anak-anak.

Isteri Perlukan Masa Untuk Bertenang, Agar Kekal Waras

Ya, kami para isteri kerja selagi kalian depan mata kami. Mata kami mungkin tidur, tapi tengah tidur pun otak tak berhenti fikir menyempurnakan keperluan keluarga. Ready Mode sentiasa ON! Buktinya kami boleh bangun tidur bila dengar anak mengigau, bila dengar ada bunyi-bunyi dari luar bilik.

Akhirnya kami suami isteri tukar kaedah.

Kami ke mall, suami bawa anak-anak, dan saya jalan seorang ke mana yg saya nak. Berlama-lama di kedai buku, hirup kopi panas.

Seorang. Tenang.

Hanya beberapa jam. Dan sekeping wang (warna duit dirahsiakan).

Atau, Maghrib dan Isyak di masjid sementara suami take over anak-anak.
Cukup.

Kami perlukan masa untuk bertenang, boleh mendengar fikiran kami sendiri, agar kami kekal waras. Waras memberi sepenuh CINTA pada keluarga.

MW : Syukur jika suami dapat faham apa yang isteri hajati.

Baca sini : Me time yang terbaik biar isteri ada quality time dengan tuhannya

Sumber/Foto : Syahida Majid

Published by
NETTY AH HIYER