Ramai suami tak faham, cara terbaik untuk melayani emosi isteri terutamanya yang bekerja yang sudah sampai tahap limit keletihannya. Jika suami anggap berikan percutian keluarga itu satu hadiah untuk meredakan keletihan isteri, itu bukanlah solusi terbaik.
Kerana, isteri yang keletihannya sudah sampai ‘garisan merah’ dia cuma perlukan masa untuk dirinya sendiri. Tak perlu sehari, dapat sejam dua pun sudah memadai. Dia akan cergas dan kembali waras.
Hadamkan perkongsian Syahida Majid ini, agar suami lebih faham apa sebenarnya yang ada di fikiran isteri yang kadangkala tak terluah oleh mereka.
Percutian Keluarga, Bukanlah Cuti Buat Saya
Banyak kali suami bawa saya keluar bercuti. Sudah banyak negeri kami pergi. Banyak muzium kami lawat.
“Ini cuti untuk Mama..”, kata suami.
Malah setiap kali lepas pantang, suami memang hadiahkan saya percutian.
Anak sulung ke Kedah
Kedua ke Langkawi
Ketiga ke Melaka
Ads
Tapi satu hari saya meluahkan, Percutian keluarga, bukanlah cuti buat saya.
Ya, seronok, dapat jalan, dapat stay hotel, dapat makan.
Tapi sebelum bercuti, sepanjang bercuti, selepas bercuti; saya keletihan. Tiada istilah rehat.
Persediaan Sebelum Bercuti Saja Sudah Memenatkan
Sebelum — sediakan keperluan. Tiap kali mengemas saya stress sampai boleh tidurrr lama, tengking anak. KEMAS; bukan sekadar baju ya. Kemas rumah, kemas pinggan mangkuk, sampah zero, kemassss. Otak letih. Emosi letih.
Semasa — memantau pakaian mencukupi. Things can happen. Anak pi tukar baju 2-3 kali sehari. Pulak tu pi main air main pasir. Baju boleh jadi tak cukup. Waktu makan anak terbalikkan pinggan. Waktu tidur anak menangis tengah malam. Otak letih. Emosi letih.
Ads
Selepas — mengurus pakaian. Yg ni kurang lah letih dia. Tapi letihhhhhh lepas segala aktiviti. Dan, kembali ke KERJA asal.
“Semua ni, KERJA bagi Syi. Syi KERJA dan tak ada masa rehat“. ‘SEMUA’; saya tunjukkan gambar keluarga kami. Suami, anak-anak.
Isteri Perlukan Masa Untuk Bertenang, Agar Kekal Waras
Ya, kami para isteri kerja selagi kalian depan mata kami. Mata kami mungkin tidur, tapi tengah tidur pun otak tak berhenti fikir menyempurnakan keperluan keluarga. Ready Mode sentiasa ON! Buktinya kami boleh bangun tidur bila dengar anak mengigau, bila dengar ada bunyi-bunyi dari luar bilik.
Akhirnya kami suami isteri tukar kaedah.
Ads
Kami ke mall, suami bawa anak-anak, dan saya jalan seorang ke mana yg saya nak. Berlama-lama di kedai buku, hirup kopi panas.
Seorang. Tenang.
Hanya beberapa jam. Dan sekeping wang (warna duit dirahsiakan).
Atau, Maghrib dan Isyak di masjid sementara suami take over anak-anak.
Cukup.
Kami perlukan masa untuk bertenang, boleh mendengar fikiran kami sendiri, agar kami kekal waras. Waras memberi sepenuh CINTA pada keluarga.
MW : Syukur jika suami dapat faham apa yang isteri hajati.
Jarang anak tak minat air kultur atau probiotik ini melainkan mak ayah langsung tak pernah bagi minum. Sekali rasa, mesti anak pantang tengok!
Tetapi kata Dr Taufiq Razif, bukanlah tak boleh bagi langsung cuma kena berpada-pada. Biar ada limit dan mak ayah patut tahu kandungan gula dalam air kultur.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak-anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Kandungan Gula Yang Tinggi
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari.”
Nota: Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu tak apa lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bergelar seorang isteri dan mak, seluruh jiwa dan raganya hanya untuk orang yang dia sayang. Dia sanggup dahulukan keluarga dan tidak kisah tentang dirinya. Apa yang dia lakukan semata-mata untuk melihat orang yang dia sayang bahagia.
Begitu juga kalau bab-bab makan, mak sanggup dahulukan keluarga, dia tak makan tak apa, asalkan mereka kenyang. Anak-anak masa kecil memang tak sedar apa yang mak-mak lakukan.
Tapi bila kita sendiri dah besar, menajdi ibu dan ayah, baru kita tahu. Kita sanggup dahulukan keluarga, tentnag diri sendiri fikirkan kemudian. Betul tak?
Nak bercerita tentang pengorbanan mak ini banyak, tak terbalas oh kita sebagai anak-anaknya. Malah, perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini mungkin seakan sama dengan mak-mak kita juga.
Baru minum seteguk dua, saya tengok mak saya masuk semula ke dapur.
Dia duk rebus mee pula. Dah beramai-ramai di rumah ni, sekejap je licin makanan untuk berbuka.
Dibawa mee tu keluar ke ruang makan dan mak jenguk setiap pinggan kami.
“Siapa nak lagi mee, ni ada lagi. Nak air panas, ada kat sini.”
Bila semua tengah ralit makan, barulah dia perlahan-lahan tarik kerusi dan duduk makan.
Cubit lauk sana sikit, cedok lauk sini sikit.
Suasana pun senyap sekejap.
Tak lama, mak yang habis makan dulu dan terus ke solat Maghrib.
Rupa-rupanya, yang mak saya sibuk masak dari petang tu, dia masak untuk kami semua.
Masak yang ini untuk cucunya, masak yang itu untuk anak-anaknya.
Untuk diri sendiri, dia kata makan apa yang ada saja.
Bahagiakan Keluarga
Dalam satu buku, diceritakan wanita itu ialah “gatherers”. Mereka suka mencari barang-barang untuk keluarga.
Bila wanita dapat jumpa barang yang dicari dan diberi pada ahli keluarga, itulah titik bahagia buat mereka.
Sejak dulu, wanita itu sifatnya memang suka lebihkan orang lain dulu banding dirinya sendiri.
Dan bila kita menyayangi semula ibu kita dengan berkata yang baik, menghormati mereka dan meluangkan masa dengan mereka, kesemua kebaikan itu akan pulang semula pada kita dalam bentuk berkat dan rahmat, Insya Allah.
MW: Hargailah pengorbanan seorang mak. Bila kita sudah berumahtangga dan mempunyai anak, itulah juga yang kita buat untuk orang yang kita sayang. Percayalah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Adatlah dalam rumah tangga, suami isteri saling merajuk malah saling memujuk. Tak perlu sampai nak menjeruk rasa bila suami tak reti-reti nak datang pujuk. Lagipun, ada cara terbaik yang boleh isteri lakukan.
Hadamkan perkongsian Ustazah Hannan Alias ini. Apa nak buat bila merajuk tu mula beraja di hati. Perlukan dibiarkan hingga berhari-hari atau buat tak tahu sampai terpujuk sendiri.
Merajuknya Sayyidatina Bukanlah Satu Yang Saja-saja
Merajuknya Sayyidatina Aisyah kepada baginda Rasulullah apakah sama dengan merajuknya kita?
Jangan semudahnya mengatakan Sayyidatina Aisyah pun merajuk. Apatah lagi kita? Hebat kita lagikah daripada Ummul Mukminin itu? Sampai tidak merajuk?
Baiklah!
Mari kita lihat bagaimana sosok lelaki yang bersama beliau. Rasulullah. Ya! Kekasih Allah. Lelaki yang paling baik dan paling santun terhadap ahli keluarganya.
Suami kita bagaimana? Bukan kekasih Allah. Bahkan dia mungkin kekasih orang lain. Kadang dirinya sendiri pun tak terpujuk. Dirinya sendiri pun tak mampu difahami dengan baik. Lagi kita nak demand macam-macam pada sosok yang tidak sempurna itu?
Merajuknya Sayyidatina Aisyah tidak dapat tidak sudah pasti disusuli dengan istighfarnya. Taubatnya.
Kita? Ada kita merajuk dengan suami, tengah merajuk kita solat taubat depan Allah. Minta ampun sungguh-sungguh dengan Allah sebab merajuk? Pernah kah?
Merajuknya Sayyidatina Aisyah itu sudah pasti ia bukan suatu yang saja-saja. Sudah pasti ada suatu pengajaran yang Allah nak kita semua belajar. Tapi kita ni jenis buta perut, duk pegang yang tak elok tu la sebagai panduan. Lepastu sewenangnya menabur fitnah kepada sosok mulia itu dengan berkata, Aisyah isteri nabi pun merajuk. Takkan kita tak boleh merajuk?
Nak merajuk, merajuk lah. Tapi, kalau rajuk itu semata nak mengharapkan pujukan dari lelaki yang tiada apa-apa. Means kosong juga jiwanya. Lelaki yang diri dia pun tak mampu dia handle, maka bodoh sangat lah kita ni.
Sayyidatina Aisyah merajuk, malah dipujuk dengan begitu hebat oleh lelaki yang sentiasa dalam bimbingan dan panduan Allah. Pujukan itu sudah pasti merupakan wahyu atau teguran dari Allah.
Laki kita? Kita merajuk dia pula 10x merajuk.
Sayyidatina Aisyah merujuk. Malah ia dipujuk. Kita merajuk? Malah mungkin ditinggal terus menjeruk rasa berhari-hari. Maka berhari-hari itu lah makan hati dengan suami. Dan dosa pun berlipat kali lipat dengan suami.
Bila dah dosa menimbun, itu yang akhirnya menjadi racun dalam rumah tangga. Isteri sakit hati dengan suami, bukan takat sakit hati sahaja yang dapat. Malah dosa itu follow sekali. Jadi terus lah kekal dalam keadaan yang sakit hati selalu. Semakin hari semakin parah.
Hingga segala kebaikan suami tertutup rapat. Seolah suami itu tidak baiknya. Seolah suami itu lebih kejam dari firaun. Sedangkan lelaki itu lah yang kita tergedik-gedik dulu. Sedangkan lelaki itu lah yang sanggup jadi pak sanggup, terima kita dari tanggungan bapa kita. Yang sanggup mengambil risiko untuk memegang amanah sebagai seorang suami itu.
Dan kita sesedap rasa nak menyalahkan dan terus mencari silap dan keburukan suami. Kenapa tak dari awal nikah sewaktu kita tahu dia tak solat, dia kaki pukul, dia kaki betina, dia kaki segala kaki kita terus angkat kaki?
Suami Tak Reti Memujuk, Isteri Jangan Jadi Jahat
Isteri!
Ajar diri untuk tidak jadi jahat. Sungguhpun suami itu seorang yang jahat. Maka, islam ada jalan keluarnya. Tapi, duk sibuk juga nak pertahankan duduk dengan lelaki yang dikatakan menzalimi itu? Dah betul dia zalim, ok. Proceed aja. Jalan terus. Tapi hakikatnya? Takut kan? Takut pada bayang sendiri.
Isteri!
Dah sanggup jadi isteri, maka kena sangguplah untuk menghadapi segala risiko dalam rumah tangga. Pun begitu, jika rumah tangga ini dibina hanya kerana Allah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada apa yang boleh menakutkan kita.
Dan kenapa isteri masih takut hilang suami, kerana Allah itu tiada tempat di hati. Yang ada hanya suami. Merasa suami itu dimiliki. Dan merasa memiliki suami. Maka selagi itulah kita akan terus hidup dalam kebinasaan.
Jelas?
Moga dapat sesuatu. #BeriTanpaSyarat #RawatHatiPulihEmosi
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...