Perceraian Bukanlah Pengakhiran Tapi Pertahankanlah Rumahtangga Selagi Tidak Memudaratkan

Share

Setiap pasangan yang berkahwin tentulah tidak mahu dan sebolehnya ingin bahagia sampai bila-bila. Malah, penceraian bukanlah satu pengakhiran dalam rumahtangga. Gaduh dan berselisih faham itu menjadi asam garam kehidupan dan inilah yang mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.

Namun, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika penceraian itu berlaku juga, tak perlu bersedih kerana ia bukanlah pengakhiran untuk orang yang melaluinya. Mungkin setakat itu jodoh yang ada dengan pasangan, walaupun dicuba sedaya upaya untuk selamatkan.

Walau bagaimanapun, ada cara untuk kita elakkan berlakunya penceraian. Pertahankan selagi boleh tapi jika ia memudaratkan perkahwinan, inilah jalan terakhirnya.

Perkongsian dariapda Puan Roslina Sabiyah ini ada benarnya. Bila fikirkan tentang perceraian, banyak perkara yang perlu difikirkan ke depan. Ia bukan sesuatu yang mudah, fikir tentang anak, keluarga dan perasaan orang terdekat.

Baca Artikel Lebih Menarik Di Sini:Nak Rumahtangga BARAKAH, Suami Isteri Kena Berebut Buat KEBAIKAN Bukannya Banyak Komplen

Kuatnya Ikatan Perkahwinan Bila Suami Isteri Mampu Harungi 5 FASA UTAMA Dalam Rumahtangga

Info Lebih Menarik DI SINI

Perceraian Bukan Pengakhiran Rumahtangga

Dalam dunia ini, tak ada manusia yang sempurna begitu juga rumahtangga. Sebab itulah kita digalakkan berkahwin untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing sebagai pasangan suami isteri. Jika setiap pasangan faham peranan dan tanggungjawab masing-masing, tak kan ada rumahtangga yang ibarat disumpah umpama neraka dunia bagi penghuninya..

Bagaimanalah nak dipanggil syurga andai yang ada hanyalah kisah duka dan derita.

Begitu juga, bagaimanalah nak merasa selamat andai setiap hari merasa takut diugut dan dikasari dan bagaimanalah nak merasa disayangi andai maki hamun dan kata-kata kesat menjadi bahasa komunikasi dan zikir harian.

Diri diperlakukan seolah tak diperlukan dan tak bernilai tapi apabila mohon dilepaskan secara baik, tidak pula mahu melepaskan malah semakin galak menyakiti.

Jiwa Mati

Puan, tolonglah saya! Saya nak keluar dari perkahwinan ini, jiwa saya dah lama mati.

Allah.. sesak nafas saya mendengarkan siri-siri penganiayaan fizikal, mental dan jiwa tapi masih terpaksa terus bertahan. Semuanya demi anak-anak. Luarannya nampak sempurna dalamannya bernanah derita yang tunggu pecah bila-bila masa.

Sebagai peguam apa yang boleh saya buat? Saya hanya boleh terangkan, tunjukkan dan memandu ke arah jalan keluar. Undang-undang memang ada penyelesaiannya tapi kalau diri sendiri yang tak nekad teruskan melangkah. Hanya rela membiarkan diri terus menjadi mangsa. Ssiapa lagi yang mampu bantu selamatkan?

Saya takut nak mintak cerai sebab suami nak tuntut anak-anak.
Suami tuduh saya nusyuz nanti saya tak dapat jaga anak saya.

Perkara Berbeza

Wahai isteri, cerai dan hak jagaan anak itu dua perkara berbeza. Suami boleh ugut begitu tapi kamu masih boleh perjuangkan hak kamu di mahkamah nanti. Apatah lagi jika anak-anak tersebut masih di bawah umur. Suami hanya menggunakan anak-anak sebagai alasan kerana tahu itulah kelemahan isteri.

Nusyuz pula bukanlah semudah hanya lafaz di bibir seorang suami. Seorang suami bukan boleh sesuka hati menjatuhkan nusyuz ke atas isterinya. Nusyuz perlu dibuktikan di mahkamah dahulu dan hanya hakim yang boleh menghukumkan seorang isteri itu nusyuz atau tidak. Dan walaupun seorang isteri itu disabitkan nusyuz sekalipun, ingatlah itu tidak akan menghilangkan haknya untuk mendapatkan hak jagaan terhadap anak-anaknya.

Wahai isteri, kamu bertahan untuk anak-anak tapi anak-anak kamu pun tak redha kamu diperlakukan sedemikian rupa oleh bapa mereka.

Mereka akan membesar dengan trauma dan persepsi salah tentang kehidupan rumahtangga yang sebenar. Kamulah yang patut melindungi jiwa dan pemikiran mereka. Keluarkan mereka dari rumahtangga yang rosak. Tapi jangan halang untuk mereka mendapatkan hak berkasih sayang dengan bapa mereka.

Itu lebih baik dari mereka terpaksa menyaksikan ibu mereka terus menderita di hadapan mata mereka setiap hari. Seorang ibu yang tak bahagia, bagaimana ingin memberikan bahagia kepada orang-orang yang dia kasihi terutama anak-anaknya? Mental trauma is real.

Pertahankan, Jika Tidak Mudarat

Rumahtangga, pertahankanlah selagi ia tidak memudaratkan. Rumahtangga bahagia yang penuh mawaddah, sakinah dan rahmah adalah umpama syurga dunia. Ia takkan terwujud sendirinya dengan angan-angan tapi hanya dengan usaha keras dan kerjasama dua pihak, pengorbanan, kasih sayang, tolak-ansur, saling memahami, memaafkan dan saling melengkapi kelemahan dan menghargai kelebihan pasangan.

Perceraian, ia adalah pilihan terakhir namun bukanlah pengakhiran tapi hanyalah satu permulaan. Teruskanlah jika itu dapat memberikan penyelesaian dan kehidupan yang lebih baik kepada kedua belah pihak.

Apabila rumahtangga bukan lagi tempat yang selamat, tiada ketenangan dan sudah lenyap kasih sayang apalah erti pahala sabar jika hati mengeluh tidak ikhlas untuk redha.

Melangkahlah keluar.. jangan biarkan jiwamu mati sebelum jasadmu mati.

#celiksyariah
#empoweringwomen
#peguammenulis

MW: Begitulah. Ramai isteri sanggup bertahan kerana memikirkan tentang anak-anak.

Sumber: Roslina Sabiyah

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?

Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.

Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora