“Perceraian adalah pilihan terbaik untuk ibu dan ayah”– luahan anak Edika Yusof. Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah, iaitu Fardeen Nasrulhaq yang kini berusia 21 tahun, mengakui bahawa keputusan ibu bapanya untuk bercerai merupakan langkah yang paling sesuai bagi mereka berdua.
Fardeen yang setia menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu menyatakan bahawa keputusan tersebut dilihat mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Selagi saya masih bernyawa, saya akan jaga ibu. Tak banyak yang saya boleh ucapkan, tapi pada pandangan saya, ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya tenang.
Menurut Fardeen, dirinya sudah terbiasa menjaga ibunya sejak kecil dan perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya.
Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Isnin, mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah. Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim daripada firma guaman Tetuan Yazid Azuhan Associates, turut memaklumkan bahawa pihak mahkamah memberikan keizinan kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003 dan hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Edika Berusaha Selamatkan Perkahwinan, Kalau Isteri Berkeras Cerai Saya Ikut Apa Dia Nak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE