“Perceraian adalah pilihan terbaik untuk ibu dan ayah”– luahan anak Edika Yusof. Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah, iaitu Fardeen Nasrulhaq yang kini berusia 21 tahun, mengakui bahawa keputusan ibu bapanya untuk bercerai merupakan langkah yang paling sesuai bagi mereka berdua.

“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof

“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof

Fardeen yang setia menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu menyatakan bahawa keputusan tersebut dilihat mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh kedua-dua ibu bapanya.

“Selagi saya masih bernyawa, saya akan jaga ibu. Tak banyak yang saya boleh ucapkan, tapi pada pandangan saya, ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya tenang.

Menurut Fardeen, dirinya sudah terbiasa menjaga ibunya sejak kecil dan perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya.

Ads

“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof

Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Isnin, mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah. Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim daripada firma guaman Tetuan Yazid Azuhan Associates, turut memaklumkan bahawa pihak mahkamah memberikan keizinan kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.

Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003 dan hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Ads

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Edika Berusaha Selamatkan Perkahwinan, Kalau Isteri Berkeras Cerai Saya Ikut Apa Dia Nak

Ads

Isteri Edika Yusof Fail Cerai “Kalau Saya Sudah Sampai Ke Tahap Pergi Ke Mahkamah, Sudah Tentu Ada Sebab Yang Sangat Kukuh”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI