Perbuatan Memeluk Pasangan Hanya Mampu Kurangkan Tekanan Isteri, Tak Beri Kesan Pada Suami

Share

Perbuatan memeluk pasangan hanya mampu kurangkan tekanan isteri, tak beri kesan pada suami. Rupa-rupanya hanya wanita saja yang menerima manfaat daripada pelukan dengan pasangan.

Artikel Berkaitan: Kajian Buktikan Magis Kuasa Pelukan Setiap Hari, Susah Kena Penyakit!

Perbuatan Memeluk Pasangan

Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa perbuatan memeluk pasangan hanya mampu mengurangkan tekanan perasaan dalam kalangan wanita dan tidak memberi sebarang kesan ke atas lelaki, lapor portal berita MailOnline.

Ia kerana pelukan boleh mencetuskan tindak balas semula jadi badan terhadap situasi yang membebankan.

Hanya Mampu Kurangkan Tekanan Isteri

Walau bagaimanapun, hanya wanita yang kelihatan mampu meraih faedah daripada perbuatan memeluk.

Menurut penyelidik Jerman, keadaan itu mungkin disebabkan wanita mendapati bahawa pelukan adalah lebih menenangkan berbanding lelaki.

Mereka juga menghasilkan lebih banyak hormon oksitosin sebagai tindak balas.

Baca Di Sini: Magis Kuasa Pelukan, Mak Ayah JANGAN BERHENTI Peluk Anak-Anak

Tak Beri Kesan Pada Suami

Hormon cinta, seperti yang diketahui, mengganggu pengeluaran kortisol dan membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dalam badan.

Selain itu, kajian tersebut mendapati tiada hubung kait antara pelukan dan tahap tekanan dalam kalangan lelaki.

Para penyelidik mencadangkan ini mungkin disebabkan lelaki menghasilkan kurang hormon cinta oksitosin selepas pelukan dan tidak membuatkan mereka berasa lega selepas dipeluk pasangan. – Agensi

Mingguan Wanita : Biarpun suami tidak menerima impaknya seperti mana yang dialami isteri, namun perbuatan memeluk pasangan secara tak langsung mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Malah sesetengah pasangan merasa tenang bila dipeluk pasangan. Betul tak?

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat