Tahu tak cara terbaik jemput rezeki ini sangat berkait dengan menjaga soal hati pasangan kita? Haaa… mari kita gali lagi!
Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga khususnya pasangan yang masih muda masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.
Soal belanja dalam melangsungkan kehidupan boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.
Kadang-kadang kita sering merungut dan terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah. Percayalah setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kami nak kongsi dengan anda kisah pasangan ini yang oleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita semua. Pada mulanya mereka memang tiada apa-apa tetapi atas usaha gigih dan berkat doa, akhirnya Allah memakbulkan doa mereka dan memberi rezeki yang melimpah ruah serta perniagaan yang mereka kendalikan bertambah maju. Jom kita ikuti rahsia pasangan ini.
Ini Kisahnya…
“Ini cerita betul, bukan mitos. Cerita dongeng ke apa. Sy suami isteri kawin muda lps belajar. Lepas kawin ‘kosong ‘, duit zero. Kawan-kawan lain keje, kami taknak keje. Nk niaga. Kami naik smpai sekarang dengan berpaksikan hidup nk berubah demi Allah. Dr zero sekarang bole tolong mak ayah, rumah selesa , ade kete selesa, makan mewah, ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole senang macam sekarang. Kita kekdg lupa Allah ada. Byk cara sebenarnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia. Kalau mintak kt manusia sapa nk layan. Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua, kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat, tak bole tgl, kena sungguh2 taubat.
Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha ,tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah. Dulu org gelak kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan-kawan and keluarga nak berniaga jugak.
Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha, 20% tawakal. Tapi sebenarnya = 80% tawakal , 20% usaha. Dari dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah. Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .
Sila amalkan ini.
MAKSUD REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah
Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000
Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah. Call mak setiap hari. Mintak maaf dengan mak. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat. Nak rezeki melimpah ruah, bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
Ads
Pergi pejabat zakat berdekatan, tanya terus dengan diorang camne nak buka tabung-tabung ni.
Ramai yang sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1. Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!
2. Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain.
Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bg salam.
Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!
3. Tahajjud
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten.
Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah kita takkan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak. Apa yg kita impikan. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas… kalau nak jadi jutawan, doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.
Mintak semua pada Allah, nak pakai Ferrari, nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah bunglo. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah. Mintak yg besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!
Ads
Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar. Redha kan semua tu. Belajar redha. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar.. pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..
4. Sedekah
Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
“Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan…” (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)
Buat TABUNG SUBUH
Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll.
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
Ads
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!
5. Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
– baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..
7. Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik.
Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!
TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..
Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…
Salam…
Semoga kisah pasangan ini secara tidak langsung membuka mata kita untuk berhijrah demi kebaikan dan kehidupan yang sempurna tanpa terlalu mengejar kemewahan dunia.
Sumber: Mentari Hidup Full
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saling hormat-menghormati adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Sifir mudah, jika suami mahu isterinya menghormatinya, suami dahulu hormati dan tunaikan segala hak dan tanggungjawab kepada seorang isteri. Maknanya, what you give, you get back!
Rumah tangga akan bertambah bahagia dan hubungan suami isteri bertambah erat jika pasangan yang telah mendirikan rumah tangga saling menghormati. Barulah bahagia hingga ke syurga.
Dalam perkahwinan, tidak ada seorang suami pun yang tidak mahu dihormati oleh isterinya… Semua suami mahukan seorang isteri yang boleh menghormati dirinya sebagai suami…
Sekiranya kita ingin diri kita dihormati, maka hormatilah isteri terlebih dahulu dengan…
1. Menunaikan hak seorang isteri iaitu nafkah zahir dan batin secukupnya.
2. Menjaga ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut kita terhadap seorang isteri (tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat atau yang berunsur penghinaan terhadap isteri).
3. Tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti dan melukakan hati isteri.
4. Tidak melakukan kezaliman dan kemudaratan terhadap isteri.
5. Melayan isteri dengan makruf yakni berbuat baik kepada isteri.
6. Tidak menganiaya isteri.
7. Menegur salah dan silap isteri dengan berhemah.
8. Tidak bergelumang dengan maksiat atau pun kemungkaran yang mana ianya tidak membawa kebaikan untuk keluarga dan diri sendiri.
9. Tidak menjatuhkan maruah dan air muka isteri di khalayak ramai.
10. Membimbing isteri mengikut ketetapan agama.
11. Sentiasa ada keinginan untuk membantu meringankan bebanan isteri.
Jika semua perkara di atas dilakukan suami dengan baik, maka Insyallah, anda akan dihormati oleh isteri sampai bila-bila…
MW: Pokok pangkalnya jika anda ingin dihormati, hormatilah pasangan anda sebaiknya. Bila saling menghormati barulah rumahtangga diredhai Allah dan bahagia selamanya. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau isteri selalunya bila dah terlalu penat, akan terkeluar juga keluhan daripada mulutnya. Yang Tak syoknya, bila macam tu, suami tuduh isteri tak ikhlas pulak jalankan tanggungjawab uruskan keluarga. Alahai, bukan tak ikhlas ye. Tapi ada masanya isteri nak luahkan apa yang dia rasa je. Biar suami faham dan kalau ada hati dan perasaan, tolonglah mana yang patut!
Isteri Tahu Tanggungjawab
Jangan salah faham, semua isteri tahu akan tanggungjawab masing-masing, tak kira yang bekerja atau pun suri rumah sepenuh masa. Sedaya upaya mereka akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk rumah tangga dan keluarga. Kalau tidak, takkan rumah kemas, makanan untuk suami dan anak-anak tersedia, anak-anak elok terjaga. Ha…itu bermakna isteri memberikan komitmen penuh pada urusan rumah tangga.
Bagi isteri yang bekerja, mereka kena bijak uruskan dan bahagikan masa di antara karier dan keluarga. Sebab itu, biasanya isteri yang terkejar-kerjar balik kerja untuk sediakan makan malam. Belum lagi kalau isteri yang kena ambil anak di nurseri dan sekolah dulu. Suami? Ada Yang sanggup bagi alasan kerja OT sebab sebenarnya tak sanggup redah Kesesakan lalu lintas. Sanggup duduk ‘ngopi’ dengan rakan-rakan seopis dulu sementara tunggu jalan ‘clear’. Mengaku tak agaknya ye?
Kalau tengok isteri, 10 minit sebelum waktu kerja tamat, dah tergesa-gesa siapkan kerja kerana tak nak lewat ambil anak dan sampai rumah. Lambat sampai bermakna lambat masak. Nanti lambatlah anak-anak dan suami boleh makan. Nak beli makanan siap, suami tak nak. Katanya tak ada selera makan makanan kedai. Amboi!
Kalau Peduli, Tolong…Bukan Marah!
Kena ingat, isteri bukan robot. Tekan butang, semua kerja settle. Isteri juga tahu penat hinggakan nak duduk rehat pun tak sempat sehinggalah tiba waktu tidur. Belum lagi kalau ada kerja opis yang belum beres, lepas anak-anak dah tidur, barulah buka laptop untuk sambung buat kerja. Esok pagi sebelum subuh dan bangun. Jadi, dapat tak bayangkan isteri tu penat ke tak agaknya?
Apa salahnya suami ambil sedikit tugas yang isteri buat. Tolong ambil anak di nurseri misalnya. Bila sampai rumah, mandikan anak. Sekurangnya isteri boleh fokus masak. Kemudian, bila makan malam dah siap, tolonglah suapkan anak-anak makan. Ini tak, lepas perut dia kenyang, melenggang ke ruang tamu tengok tv. Isteri pula masih sibuk suap anak makan dan dia sendiri pun belum makan. Tak kasihan agaknya suami pada isteri.
Kalau isteri merungut penat, suami dengar dan biarkan saja. Isteri hanya nak luahkan apa yang dia rasa. Kalau dia tak luahkan pada suami, nak luahkan pada siapa?
Kemudian seeloknya tawarkan diri untuk picit bahu isteri. Tentu lega rasa penat yang sedang dia rasa. Tak percaya? Cubalah.
Ucapan Terima Kasih
Pertanyaan untuk suami. Berapa kali pernah ucapkan terima kasih pada isteri bila tengok isteri kepenatan dan lesu uruskan keluarga? Tahu tak, kata-kata yang mungkin tak ada makna bagi suami itu, membawa satu kesan besar pada isteri. Sejuk hatinya bila suami lafazkan terima kasih. Terasa segala penat lelahnya dihargai suami. Itu pun dah cukup.
Pendek kata, isteri merungut bukan dia tak ikhlas, tak reda dan tak suka dengan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mak. Tapi kerana dia adalah manusia biasa yang ada masanya akan rasa down. Tentu dia akan luahkan dengan kata-kata. Jadi, suami, tolong fahami kepenatan isteri. Jangan bagi alasan dah penat kerja kerana isteri juga keluar bekerja kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila berlaku perpisahan suami isteri, paling menyedihkan adalah anak-anak. Siapakah yang layak dapat hak penjagaan anak. Jika berbincang cara baik tiada masalah tapi bagaimana bila ada perebutan antara suami isteri.
Biasanya, kalau keadaan ini berlaku, ramai yang mengatakan hak penjagaan anak layak diberikan pada isteri, sebab dia yang melahirkan. Hakikatnya, ada juga kes-kes tertentu yang membuatkan isteri tidak layak untuk mendapatnya.
Ikuti penerangan daripada Peguam Syarie Nutul tentang siapa yang layak hak penjagaan anak bila ada pasangan bercerai.
Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai – Suami Atau Isteri Lebih Berhak?
Kefahaman sebenar tentang hak penjagaan anak selepas berlakunya perceraian antara ibu dan ayah pada usia anak masih kecil.
Tiada siapa yang mahukan perceraian. Namun, jika ia terjadi tatkala anak kita masih kecil, antara persoalan yang sering bermain di fikiran ibu ayah adalah: hak penjagaan anak akan diberikan kepada siapa selepas bercerai?
Ada yang merasakan ibu adalah penjaga tunggal lagi mutlak yang akan diberi tanggungjawab untuk menjaga anak selepas ibu ayah berpisah. Tapi, itu bukanlah satu pemikiran yang betul.
Hak penjagaan anak kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Kalau ibu ayah nak tahu, hukum penjagaan anak diperolehi melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr ketika seorang wanita datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.”
Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”
Maka, hadis riwayat Abu Daud ini telah dijadikan dasar kepada pemberian hak penjagaan anak kepada ibu jika berlakunya perceraian.
Hak Mutlak & Kekal
Adakah hak ibu untuk menjaga anak satu hak yang mutlak dan kekal?
Jawapannya adalah tidak sama sekali!
Di negara kita, hak jagaan anak selepas bercerai akan ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Si ibu yang diberikan keistimewaan untuk menjaga anak PERLU memenuhi syarat berikut:
a) Seorang Islam
b) Sempurna akal
c) Mampu memberi jagaan dan kasih sayang pada anak
d) Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah
e) Mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat
Hilangnya Hak
Perkara lain yang boleh menyebabkan si ibu hilang hak penjagaan anak
Ada beberapa perkara lain yang boleh membuatkan pihak mahkamah menggugurkan kelayakan ibu untuk menjaga anaknya.
a) Jika si ibu berkahwin lain dengan seseorang yang tiada pertalian darah dengan anaknya dan jika hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan si anak
b) Jika si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
c) Jika si ibu berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menjauhkan anak daripada ayahnya
d) Jika si ibu itu murtad
e) Jika si ibu mengabaikan atau menganiaya anaknya
f) Jika si ibu dinilai oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak layak untuk menjadi penjaga anak-anak kerana tidak memenuhi syarat, maka hak penjagaan anak akan jatuh kepada orang tertentu.
Mingguan Wanita : Jangan terkejut bila ada sesetengah ayah yang layak mendapat hak penjagaan. Inilah sebabnya mengapa ibu tidak layak.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...