Kuih Peneram antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 4 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya. Rupanya antara tip nak buat kuih Peneram ni, kena perap bancuhan selama 6 jam. Malah kuih perlu digoreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
Ada peminat kuih peneram @ denderam. Kalau ada kak yong up resepi dan video cara bancuhan kuih peneram versi kak yong. Semoga bermanfaat untuk semua.
Resepi Peneram By Kak Yong
1 peket @ 500gm tepung beras cap 1@3 gajah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak sehingga larut, mendidih dan meruap.
2. Kemudian, tapis air gula panas-panas ke dalam mangkuk berisi tepung beras dan kacau dengan senduk hingga sebati.
3. Bancuhan perlu nampak bertali ye.
4. Setelah sebati adunan tadi, perapkan selama 6 jam @ semalaman.
** Saya perapkan 6 jam dan perap luar peti sejuk je.
5. Setelah perap selama 6 @ semalaman boleh lah terap ye. Sediakan plastik dan sapu minyak. Gelekkan sederhana nipis dan terap dengan acuan donut paling kecil.
** Saya bulat-bulatkan kecil. Tekan di tapak tangan dan buat lubang dengan jari je.
6. Dah siap goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas, guna api sederhana.
SELAMAT MENCUBA
Baca Lagi Di Sini:
Kuih ‘Beko Nyor’ Yang Original Atau Perisa Pandan, Guna Kelapa Parut Muda Lebih Sedap!
Kuih Kalakatar SEDAP, Ikut Cara Tradisional Bakar Guna Sabut Nyok!
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kuih peneram yang lembut dan tak keras. Kena pastikan sewaktu goreng, minyak betul-betul panas.
Sumber: Kak Yong Ima Shida
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita