Perangkap Obesiti Wanita

Share

Mingguan Wanita Talk Show hari ini mengupas isu obesiti wanita dan sejauh mana ia menjejaskan kesuburan. Sesi bual bicara yang dikendalikan oleh Erra Fazira dan Siti Elizad mengundang Dr Zanariah Hussein sama-sama mengulas isu obesiti, punca-punca obesiti dan ketahui status obesiti di kalangan orang Asia dan juga Barat. Hadir sama berkongsi pengalaman Intan Nur Elliana, yang merupakan penghidap PCOS dimana dia pernah mencapai berat 100 kg ketika usia perkahwinannya menjelang tiga tahun.

Beliau dan pasangan berusaha mendapatkan cahayamata, sebaik dirujuk kepada doktor; isu berat badan turut memainkan peranan penting dalam usaha mendapat zuriat. Selain itu dua tetamu lain iaitu selebriti, Zulin Aziz dan jurulatih kecergasan yang juga mendapat berat badan ideal dan berkongsi gaya hidup sihatnya iaitu Asmah Zainal Abidin.

Program bual bicara Mingguan Wanita Talk Show hari ini diserikan dengan persembahan nyanyian dari Erul yang juga mantan pelajar Akademi Fantasia Musim kesembilan. Sebelum melabuhkan tirai, Erra Fazira juga berkongsi pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji yang bakal dilaksanakan buat beberapa ketika. Suasana sedikit sebak apabila saudari Elizad menitipkan kata-kata pesanan spontan buat primadona itu. Nak tahu kata-kata Elizad…jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita Talk Show jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Published by
Mastura Burhanuddin