Perangai Perempuan Ini Memang Ajaib, Dia Punya Senget Dan Kona Boleh Lari Sana Sini!

Share

Perangai perempuan ini memang pelik, kadang cakap A tetapi maksud sebenarnya B. Atau mungkin boleh jadi C, kalau lelaki jenis terima bulat-bulat tanpa selidik memang akan jadi perang besar! Ingat… walaupun anda sudah sah jadi suami isteri tetapi belum tentu anda akan memahami 100 peratus perangainya.

Bagi elak hubungan keruh selepas anda berumah tangga, eloklah baca pekongsian cerita Abu Hurairah Asifa

sebagai membuka mata apa kehendak seorang perempuan sebenarnya…

“Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!”

Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta. Tidak lama kemudian, isteri call dan tanya:

“Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?”

Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah. Sampai di rumah, isteri kata:

“Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!”
Saya duduk di depan pintu, serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Akhirnya saya duduk saja di tepi rak kasut.

“Abang ni, kenapa duduk situ? Kotor, kan? Masuklah!”

Saya pun masuk ke dalam rumah dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Terasa asing di rumah sendiri. Duduk sampai tertidur. Sedar-sedar saja, isteri sudah baring di riba. Habis basah air matanya membasahi seluar saya.

Nak bagitahu apa? Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.

Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.

Kita yang lelaki ini boleh tegak berdiri. Perempuan ini memang, memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini. Sabarlah, itu sahaja Allah pesan pada kita. Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!

Published by
Nadia