Resepi daging jeruk limau kasturi ini ada cara nak buat dia bagi tak rasa pahit dagingnya. Petuanya kena peram sampai 5 hari dengan perahan limau kasturi tanpa biji. Biji itu yang buat daging rasa pahit.
Cara buat daging jeruk limau kasturi ini dikongsikan oleh Naeamah Balqis yang begitu tersusun barang dapur dalam peti ais rumahnya. Setiap bulan dia akan beli daging lembu.
Lebihan itulah dia buatkan jeruk. Harga daging lembu yang dibelinya di pasar malam dalam RM37. Separuh di simpan dalam freezer untuk masakan lain.
“Separuh lagi buat daging jeruk. Lama dah tak buat. Teringin pula nak makan.”
Bila dah gaul dengan bahan-bahan dia, simpan dalam peti ais. Biarkan 4 ke 5 hari. “Nanti bolehlah tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas.”
Ketika memasaknya pun tak perlu lama-lama. Jika betul cara potong daging dan cara menjeruknya, daging itu sendiri akan jadi lembut sebaik dimasak.
Ini Resepi Daging Jeruk Limau Kasturi Semudah ABC
3 bahan sahaja…daging + limau kasturi + garam
Daging dipotong nipis-nipis. Sebelum potong basuh dahulu daging seketul besar tu.
Limau kasturi.. sedap pulop nampak limau ni. Masa picit dalam daging nanti, asingkan biji limau. Jangan masukkan sekali nanti pahit.
Garam secukup rasa
Masukkan daging yang telah dipotong dalam satu bekas / besen. Masukkan garam secukup rasa, masukkan air perahan limau nipis. Gaul sebati. Ni cara malas la.. kalau rajin, susun daging selapis dalam bekas. Pastu tabur garam dan picit limau. Kemudian, buat lapis ke-2. Tabur garam dan picit limau. Ulang step sampai habis.
Dah siap! Simpan dalam bekas. Letakkan kulit limau sikit. Simpan kat dalam peti ais. Lepas 4 /5 hari boleh la tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Umpphh… silalah uolss buat.
Lepas 5 Hari Masak Daging Jeruk Macam Ini
“Malam ini masak daging yang saya jerukkan hari itu. Cukup 5 hari malam ini. Goreng bawang dan cili. Sedapnya, manis bawang, masin semua ada. Cukup rasa. Makan dengan nasi panas-panas.”
Daging jeruk yang dah siap peram 5 hari.
Bawang merah (potong bulat-bulat) + bawang putih ketuk + cili merah besar
Goreng bawang merah + bawang putih
Masukkan cili merah
Goreng sehingga kekuningan
Masukkan daging. Kacau dalam 5 minit.
Dah! jangan lama-lama sangat. Berjus gitu. Lembut jer gigit. Makan dengan nasi panas-panas.. umpphh!