Resepi daging jeruk limau kasturi ini ada cara nak buat dia bagi tak rasa pahit dagingnya. Petuanya kena peram sampai 5 hari dengan perahan limau kasturi tanpa biji. Biji itu yang buat daging rasa pahit.
Cara buat daging jeruk limau kasturi ini dikongsikan oleh Naeamah Balqis yang begitu tersusun barang dapur dalam peti ais rumahnya. Setiap bulan dia akan beli daging lembu.
Lebihan itulah dia buatkan jeruk. Harga daging lembu yang dibelinya di pasar malam dalam RM37. Separuh di simpan dalam freezer untuk masakan lain.
“Separuh lagi buat daging jeruk. Lama dah tak buat. Teringin pula nak makan.”
Bila dah gaul dengan bahan-bahan dia, simpan dalam peti ais. Biarkan 4 ke 5 hari. “Nanti bolehlah tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas.”
Ketika memasaknya pun tak perlu lama-lama. Jika betul cara potong daging dan cara menjeruknya, daging itu sendiri akan jadi lembut sebaik dimasak.
Ini Resepi Daging Jeruk Limau Kasturi Semudah ABC
Ads
3 bahan sahaja…daging + limau kasturi + garam
Daging dipotong nipis-nipis. Sebelum potong basuh dahulu daging seketul besar tu.
Limau kasturi.. sedap pulop nampak limau ni. Masa picit dalam daging nanti, asingkan biji limau. Jangan masukkan sekali nanti pahit.
Garam secukup rasa
Masukkan daging yang telah dipotong dalam satu bekas / besen. Masukkan garam secukup rasa, masukkan air perahan limau nipis. Gaul sebati. Ni cara malas la.. kalau rajin, susun daging selapis dalam bekas. Pastu tabur garam dan picit limau. Kemudian, buat lapis ke-2. Tabur garam dan picit limau. Ulang step sampai habis.
Ads
Dah siap! Simpan dalam bekas. Letakkan kulit limau sikit. Simpan kat dalam peti ais. Lepas 4 /5 hari boleh la tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Umpphh… silalah uolss buat.
Lepas 5 Hari Masak Daging Jeruk Macam Ini
“Malam ini masak daging yang saya jerukkan hari itu. Cukup 5 hari malam ini. Goreng bawang dan cili. Sedapnya, manis bawang, masin semua ada. Cukup rasa. Makan dengan nasi panas-panas.”
Daging jeruk yang dah siap peram 5 hari.
Bawang merah (potong bulat-bulat) + bawang putih ketuk + cili merah besar
Ads
Goreng bawang merah + bawang putih
Masukkan cili merah
Goreng sehingga kekuningan
Masukkan daging. Kacau dalam 5 minit.
Dah! jangan lama-lama sangat. Berjus gitu. Lembut jer gigit. Makan dengan nasi panas-panas.. umpphh!
Bagi mak-mak peminat popia basah, lebih berbaloi dan puas hati sebenarnya bila buat sendiri. Berbanding kulit popiah goreng yang boleh dibeli dan ada dijual di pasaran, kulit popia basah ni kena buat sendiri. Sebelum diletak inti seperti udang kering, sengkuang dan lobak merah serta dicicah dengan sos pekat.
Namun nak buat kulit popia basah tak mudah, kena gunakan tangan dan lenser doh dalam kuali cepat-cepat. Kulit popia yang sempurna haruslah nipis, tak koyak dan tak hangus.
Bagi mak-mak yang nak buat kulit popia basah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nornaim Keng ini.
“Lega siap jugak akhirnya. Dari petang tadi bawak ke malam. Semalam 2kg tepung, arini 5kg tepung. Ini untuk jualan dalam group saya. Kulit popia, bukan senang nak buat..rasa dari buat ni baik lenggang kulit crepe. Ini kena guna tangan lenserkan dalam kuali. Kena cepat-cepat buat. Harap-harap sedap la ye untuk group sy nanti..ade ke peminat popia basah? buat sendiri kulitnye baru puas hati kan.”
Resepi saya takde sukatan tau, sebab buat banyak..ni anggaran.
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
3biji putih telur
Garam sedikit
5-6sudu besar Cuka
Air paip
Cara Membuat:
1.Satukan tepung gandum + putih telur + garam.
2.Air paip + cuka satukan dalam bekas.
3.Tuang perlahan-lahan dalam adunan tepung tadi.
4.Masa tuang air tu gaul ni kena agak-agak tau. Tak boleh lembik.Kena adunan tu agak pekat.
5.Perap 2-3jam untuk dapatkan hasil kekenyalan kulit tu.
6.Gune kuali Non stick dan panaskan kuali.
7.Alihkan kuali ke dapur sebelah untuk lenserkan.(lenserkan doh tak boleh kuali atas api nanti kulit tak jadi)
8. Ambik segenggam doh, lenserkan membulat..ikut suka nak besar mana kulit tu.
9.Api jangan kuat ye. Buat sampai habis.
Telatah pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak kesayangannya, Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati para peminat dan sering ternanti-nanti posting anak beranak ini di laman sosial mereka. Tular baru-baru ini, anak beranak ini bikin kecoh gara-gara beg anak kesayangannya hilang!
Telatah Sharnaaz Ahmad mencari beg Jebat Jayden di seluruh rumah mencuit hati para pengikut di laman sosial miliknya gara-gara Sharnaaz hampir ‘give up’ mencarinya.
“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.
Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh Jebat Jayden. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel.
Pasti ramai yang boleh ‘relate’ kekalutan seorang bapa menguruskan anak yang hendak ke sekolah apabila ada sahaja barangan persekolahan yang ‘hilang dari radar’. Malah keletah Jebat Jayden yang meminta 10 batang ais krim sebagai habuan untuk ke sekolah juga mencuit hati! Video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan.
Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya. Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?
Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan turut menawarkan habuan kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat. Sejauh manakah pencarian tersebut berjaya?
Kes bunuh luar biasa, penantian 18 tahun bapa tuntut keadilan kematian anak dibunuh anak datuk berbaloi. Kes pembunuhan ini sememangnya amat luar biasa kerana ia melibatkan anak datuk yang mana selepas merogol, meliwat dan kemudian mangsa dibunuh di siang hari, suspek telah melarikan diri ke luar negara bersembunyi atas dosa dan kejahatannya.
Dan selepas kes ini mula reda, suspek kembali ke tanah air tetapi akhirnya ditangkap pihak berkuasa. Kes ini menjadi tumpuan kerana pada 25 Jun 2013, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah melepaskan ahli perniagaan Shahril Jaafar dari tuduhan membunuh Gaik Yap.
Kes Bunuh Luar Biasa
“Mahkamah telah melepaskan OKT di dalam kes ini kerana mahkamah berpendapat bahawa bukti DNA tersebut tidak kukuh, tidak konklusif untuk mengaitkan OKT dan pembunuhan,” kata Wei Lon.
Keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi menyebabkan bapa mangsa, Chee Ah Sau sangat kecewa dan bertindak untuk terjun dari tingkat dua mahkamah, namun tindakan itu telah dihalang oleh petugas media.
Penantian 18 Tahun Bapa Tuntut Keadilan Kematian Anak Dibunuh Anak Datuk Berbaloi
Dan semalam penantian 18 tahun, Chee Ah Sau berakhir apabila Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan hukuman mati dihadapi seorang bekas ahli perniagaan yang disabitkan kesalahan membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita 18 tahun lepas.
Barisan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais mengetepikan permohonan semakan semula Shahril Jaafar untuk menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
“Kami ingin ulangi mahkamah ini mempunyai belas kasihan. Pada pandangan kami ini kes luar biasa dengan fakta yang luar biasa,” kata Hakim Harmindar.
Memetik laporan Bernama, si mati (Chee Gaik Yap) telah menghadapi keganasan yang luar biasa di tangan Shahril dan wanita berusia 25 tahun itu diculik, diliwat, dirogol serta dibunuh oleh Shahril.
Hakim Harmindar berkata jenayah itu menggemparkan orang ramai, dan kejadian pula berlaku pada waktu siang.
“Kami memutuskan untuk menolak permohonan Shahril dan hukuman mati dikekalkan,” kata Hakim Harmindar.
Pada 2015, Shahril, 43, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar atas pertuduhan membunuh Chee, siswazah Universiti Utara Malaysia, berhampiran Kelab Cinta Sayang di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, antara 5.30 petang pada 14 Jan dan 3.05 pagi pada 15 Jan 2006.
Dia dijatuhi hukuman mati dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak masing-masing pada 2016 dan 2018.
Terdahulu, peguam Rosli Kamaruddin meminta mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas anak guamnya kepada penjara seumur hidup.
Beliau berkata anak guamnya yang sudah insaf, merayu mahkamah untuk memberinya peluang menebus kesalahannya, dan Sharil juga aktif menyertai program pemulihan penjara sebagai bukti komitmennya untuk bertaubat.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Dusuki Mokhtar yang dibantu oleh DPP Solehah Noratikah Ismail membantah permohonan Shahril dan meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati memandangkan ini ialah kes yang amat jarang sekali berlaku.
Beliau berhujah ini kes penculikan kejam, rogol, liwat dan pembunuhan seorang wanita muda yang sedang berjoging bersama adik perempuannya dan mayatnya ditemukan dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran trek joging, sembilan jam kemudian.
Dusuki berkata pakar patologi forensik menemukan 50 luka pada badan Chee termasuk di sekitar bahagian sulit yang DNA Shahril dikesan.
Shahril kemudian dilaporkan melarikan diri ke Australia selama tiga tahun bagi mengelak disiasat dan ditahan. Dia akhirnya ditahan enam tahun kemudian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...