Memang boleh buat panas hati bila berjumpa dengan segelintir penyewa pindah rumah yang pengotor macam ini. Tinggalkan sampah berterabur. Sudahlah menyewa rumah orang, tidak pula tahu hendak menjaga kebersihan rumah yang disewa.
Janganlah beri alasan sebab dah bayar duit sewa bulanan, jadi boleh buat sesuka hati. Sebagaimana yang dikongsikan Niena Samsir ini. Bukan semua tuan rumah mendapat untung dengan rumah yang diberikan kepada penyewa.
Kadangkala, kadar sewa bulanan itu lebih rendah dari harga rumah yang tuan rumah perlu bayar kepada pihak bank. Jadi, sebagai penyewa biarlah ada hati budi dan perasaan.
Walaupun bukan rumah sendiri, jagalah kediaman yang anda diami dengan sebaiknya. Biar tak mewah, asal kemas dan bersih. Tentu tuan rumah seronok memberi sewa rumahnya kepada penyewa yang baik hati semacam anda.
Ada jiran share gambar ni dalam group wasap. Penyewa pindah, tinggalkan sampah berterabur macam ni. Jiran yang snap gambar ni, ayahnya siap dah tolong masukkan dalam 2 plastic sampah hitam besar. Ni bakinya.
Ummi kan, kadang-kadang pelik dengan sikap manusia yang pengotor dan tak bertanggungjawab ni.
Kalau owner rumah letak deposit mahal, sibuk cakap owner cekik darah, tak berhati perut, pentingkan diri, tak ada belas kasihan.
Tapi, yang menyewa pulak tak pandai nak jaga rumah. Tolong buang mindset..
“Alaa, rumah sewa je, bukan rumah aku. Buat apa nak jaga elok-elok.”
Tau tak, bukan senang tau owner nak cari duit beli rumah. Hargailah penat lelah owner tu. Asbab owner tu beli rumah, dapat juga kita sewa rumah dia. Walaupun kita bayar, tapi tolonglah jaga baik-baik rumah yang kita sewa.
Tak semua owner dapat untung sewakan rumah. Malahan, kadang-kadang ada yang sewakan lebih murah dari mereka bayar bank setiap bulan. Asalkan dapat bantu mereka bayar ansuran bulanan, mereka rasa cukup dah.
Belum lagi owner nak kena tanggung kos kerosakan yang berlaku. Ummi sendiri pernah sewakan rumah kami pada orang dan ummi sendiri menyewa rumah orang.
Jadi ummi faham sangat apa risiko bila sewakan rumah pada orang. Untung belum tentu, rugi dah tentu ada.
Baca : Hauk Sangat Perangai, Trauma Pemilik Rumah Sewakan Premis Pada Pelajar
Kalau pindah keluar dari rumah sewa, tolong kemaskan bersih-bersih. Masukkan sampah dalam plastik sampah. Jangan aniaya owner rumah yang kita sewa.
Ingat tau, setiap kejahatan kita buat pada orang, PASTI akan kembali pada kita. Jangan pelik lah nanti kalau bertubi-tubi masalah datang dalam hidup.
Buat saudara seislam terutamanya, tolong jadi PEMBERSIH. Kebersihan itu sebahagian dari iman juga. Akibat sikap manusia yang pentingkan diri macam ni lah yang akan buat kehidupan orang lain makin sukar.
Makin lama, sewa rumah akan makin mahal, dan deposit sewa rumah pasti akan makin tinggi, sebab owner pun tak nak rugi dah sewakan rumah pada orang yang tak bertanggungjawab.
Jangan rosakkan rumah yang kita sewa, jaga baik-baik, jangan kotorkan atau comotkan rumah. Jaga hubungan yang baik dengan owner rumah yang kita sewa. Kita jaga rumah dia, in shaa allah dia pun akan lembut hati dengan kita.
Tak kira apa jua bangsa dan agama, tolong jaga kebersihan.
Mingguan Wanita : Bersyukur jika dapat penyewa yang buat rumah sewa cantik macam rumah sendiri. Tuan rumah pun tentulah tak berkira dengan penyewa macam ini.
Sumber/Foto : Niena Samsir