Bermula dari pandemik Covid 19 awal 2020, kita menyaksikan satu demi satu dugaan berat menimpa negara dan kehidupan wanita khasnya. Covid 19 menambahkan lagi kegetiran hidup seorang wanita yang tentunya dia adalah seorang pekerja, ketua organisasi, ibu, isteri dan kakak dalam keluarganya.

Bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Banyak komitmen perlu ditanggung. Jika bukan diri sendiri hadapinya siapa lagi? Bergantung harap penuh kepada lelaki bukanlah pilihan baik dan tidak semua bernasib baik.

Dalam meredah cabaran yang bertali arus, wanita tidak boleh cepat koyak. Perlu kuat kalau bukan untuk keluarga sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dalam masa sama berhadapan dengan pelbagai karenah manusia seperti di tempat kerja, kejiranan, keluarga dan persahabatan yang boleh mendatangkan tekanan atau stress. Jika kurang sabar, kuat dan bijak, kesihatan mental boleh terjejas.

Sedar dengan cabaran dan kekangan yang dihadapi para wanita, portal media mewakili suara wanita No.1 tanahair, Mingguan Wanita, bakal menganjurkan webinar bertajuk Wanita Pantang Dicabar dengan hashtag #kamitakmudahkoyak.

Webinar Aura Wanita Inspirasi Wanita

Webinar yang dianjurkan julung kali untuk membicarakan pendekatan terbaik bagaimana wanita dapat mengharungi dugaan hidup dari sudut psikologi, perundangan, kesihatan, kewangan dan kemasyarakatan dengan mengundang panel jemputan yang hebat dan berpengaruh.

Webinar AURA Wanita Inspirasi Wanita ini diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2022 dan dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022 menerusi platform SLIDO. Berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang dengan yuran RM70/peserta atau berkumpulan lima orang ke atas dengan kadar RM50/peserta.

Berikut adalah lima panel jemputan yang akan mengupas, berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para wanita yang kuat semangat untuk mengharungi cabaran hidup.

1.Dr. Malar Santhi A/P Santherasegapan, Pegawai Perubatan di Hospital Columbia Asia, Cheras . Terkenal dengan program Celoteh Dr. Malar di media sosial. Beliau akan mengupas topik bertajuk : Hamil Di Usia 40 an? Berisiko, Tapi Ini Persiapannya.

Ads

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

2.Nor Zabetha, Peguambela/cara dari Tetuan Nor Zabetha & Chinna Co. Sangat aktif disosial media bagi membantu menjelaskan isu semasa dari sudut perundangan dan beliau dilihat sebagai peguam selebriti yang disegani. Beliau akan mengupas topik bertajuk : Diskriminasi Tempat Kerja; Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

3.Nur Aliah Mohd Noor, merupakan CEO Chettaki Omey Sdn Bhd. Usahawan jutawan muda seawal usia 24 tahun dan sangat aktif berkongsi ilmu perniagaan dan kewangan di platform sosial media.Beliau akan mengupas topik bertajuk : Nak Selamat, Jangan Harap Sepenuhnya Duit Suami

Ads

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

4.Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru dalam bidang Pembangunan Modal Insan & Pendidikan. Beliau telah berpengalaman lebih 27 tahun dan sangat aktif membuat perkongsian motivasi di media sosial. Beliau akan mengupas topik bertajuk : Bagaimanapun Kepahitan Silam Jadikan Aku Lebih Kuat.

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

Ads

5.Zuraini Kamal, Presiden Cancer Survivors Malaysia, aktivis masyarakat yang aktif memberi sokongan kepada pesakit dan bekas pesakit kanser dan keluarga mereka. Beliau juga merupakan bekas pesakit kanser. Beliau akan mengupas topik bertajuk: Jika Pesakit Kanser Kental Berjuang, Kita Yang Sihat Jangan Meratap Nasib

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

Mingguan Wanita selaku penganjur amat menggalakkan orang ramai untuk menyertai webinar ini. Yuran penyertaan bukan sahaja murah namun ilmu yang diperoleh sangat banyak manfaatnya untuk diamalkan.Peserta juga boleh bertanyakan soalan kepada para panel sepanjang webinar sehari ini berlangsung.

Penyertaan Webinar Wanita Pantang Dicabar, Kami Tak Mudah Koyak Dibuka Sekarang!

Untuk pendaftaran dan pembayaran yuran, orang ramai boleh layari https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau hubungi urusetia 019 6328758

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI