Kanser payudara merupakan kanser yang tertinggi dihadapi oleh golongan wanita. Ia juga menjadi penyebab utama kepada kematian. Kebanyakan daripada kanser payudara pada awalnya tidak mempunyai sebarang simptom seperti rasa sakit ataupun tidak selesa pada payudara. Oleh sebab itu, kadang-kadang kanser ini dikesan apabila seseorang itu melakukan pemeriksaan mammogram sebelum pesakit sendiri merasai ketulan tersebut.
Penyebab Risiko
Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Faktor-faktor yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Jantina
- Umur
- Perbezaan geografi
- Riwayat kanser payudara
- Riwayat keluarga dan faktor genetik
- Adanya riwayat penyakit payudara bukan kanser
- Riwayat haid
- Jumlah anak
- Pendedahan radiasi
- Status socioekonomi
- Pemakanan
- Saiz tubuh
- Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
- Penyusuan
- Aktiviti Fisikal
Cuba Kawal!
Apabila mengetahui faktor-faktor risiko kanser payudara, sudah pasti wanita ingin mengelakkannya.
Penyebab kanser payudara tidak diketahui tetapi ada faktor-faktor risiko yang boleh anda cuba kawal.
- Berat Badan Berlebihan Atau Obes
Wanita obes atau lebihan berat badan mempunyai risiko tinggi didiagnosis menghidap penyakit kanser payudara jika dibandingkan dengan wanita yang mengekalkan berat sihat, terutamanya selepas menopaus.
Lebihan berat badan juga boleh meningkatkan risiko penyakit kanser payudara berulang semula bagi wanita yang telah mengalami penyakit kanser payudara. Risiko tinggi ini disebabkan oleh sel-sel lemak menghasilkan estrogen. Penambahan sel-sel lemak bermakna lebih banyak estrogen dalam tubuh. Estrogen boleh membuatkan hormon penerima positif penyakit kanser payudara terbentuk dan membesar.
- Pengambilan Makanan Tidak Sihat
Pemakanan dikatakan bertanggungjawab menjadi penyebab lebih kurang 30 peratus hingga 40 peratus kanser. Tidak ada pemakanan yang boleh mencegah anda daripada mendapat penyakit kanser payudara. Tetapi ada antara makanan yang boleh memastikan tubuh anda berada dalam keadaan sihat dan boleh membantu memastikan risiko penyakit kanser payudara dalam keadaan serendah mungkin. Kajian telah menunjukkan bahawa mendapat zat daripada pelbagai jenis makanan terutamanya buah-buahan, sayuran, legume, dan bijirin penuh boleh memastikan anda rasa lebih bagus dan memberikan tubuh tenaga yang diperlukan. Mengambil makanan yang ditanam tanpa sebarang racun serangga boleh melindungi anda menentang perubahan sel-sel tidak sihat yang dikaitkan dengan penggunaan racun serangga dalam kajian haiwan.
- Kurang Bersenam
Kajian telah menunjukkan terdapat kaitan antara bersenam dengan kerap pada tahap sederhana atau tahap teruk selama empat hingga tujuh jam seminggu dan risiko rendah kanser payudara. Senaman dapat mengawal gula darah dan menghadkan tahap darah dalam faktor pertumbuhan insulin, sejenis hormon yang memberi kesan bagaimana sel-sel payudara membesar dan memberi tindakbalas. Mereka yang bersenam dengan kerap cenderung untuk jadi lebih sihat dan mudah mengekalkan berat badan sihat.
- Merokok
Merokok menyebabkan pelbagai penyakit dan dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit kanser payudara pada wanita muda dan wanita pra menopaus. Kajian turut menunjukkan bahawa terdapa kaitan antara pendedahan terhadap asap rokok dan risiko kanser payudara dalam wanita selepas menopaus.
- Menggunakan Terapi Penggantian Hormon
Disebabkan hormon wanita estrogen merangsang pertumbuhan sel payudara, pendedahan terhadap estrogen pada tempoh masa yang agak lama, tanpa henti, boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pengambilan kombinasi (estrogen dan progesteron) terapi penggantian hormon selama beberapa tahun atau lebih atau pengambilan hanya estrogen selama lebih daripada 10 tahun, dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara. (Kombinasi terapi penggantian hormon turut meningkatkan kemungkinan kanser boleh ditemui pada peringkat lebih lanjut)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI