Ujian di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, dikhabarkan Penyanyi Lagenda Rock terkenal Datuk Nash dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki mangsa jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.
“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Mohd. Said berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
MW:Salam takziah diucapkan buat penyanyi lagenda rock ini. Ujian di bulan Ramadan. Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan serta segera pulih dari kecederaan.
Sumber: Kosmo
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita