Penyangkut Baju Plastik Patah, Nampak Simple Tapi Bahaya, Peringatan Buat Mak-Mak

Share

Penyangkut baju plastik sememangnya satu ‘barang’ yang agak penting juga dalam urusan kerja rumah mak-mak. Malah, setiap rumah mesti ada barang ini untuk sangkut pakaian dan boleh digunakan dua dalam satu, pengganti ‘rotan’, kan!

Nampak ia tidak merbahayakan, maklum sahaja hanya plastik, bila patah, buang saja dan bolehlah beli yang lain sebab harganya tidaklah mahal pun. Tapi, tahukah mak-mak, permukaan yang patah itulah bahaya dan kalau dirasa dengan tangan, ia agak tajam.

Jadi, nak elakkan perkara tidak diingini, buang saja. Kadang-kadang mak tak perasan, rasanya sudah dibuang semuanya tapi masih ada lebihan yang tertinggal dan itulah yang anak-anak nampak dan dibuatnya jadi mainan mengikut kreativiti anak-anak. Maklumlah, ada saja idea yang mereka ini.

Perkongsian daripada Hanis Hafiz ini boleh dijadikan panduan dan peringatan untuk mak-mak tentang bahayanya penyangkut baju plastik ini dan ia berlaku pada anak sulung, NurHasya Izzara, 6 tahun, semasa bermain dengan adiknya.

Apa yang diberitahu oleh Hanis, penyangkut baju plastik yang patah itu telah dibuang olehnya. Namun, dia tidak perasan masih ada lagi yang tertinggal sehinggalah dijumpai oleh anaknya.

“Saya harap apa yang saya kongsi ini tidak ada mak-mak di luar sana mengatakan saya, ibu yang cuai kerana apa yang berlaku ini sangat pantas. Saya hanya ingin berehat seketika dan menunggu untuk menunaikan solat.

“Moga ia menjadi iktibar buat mak-mak di luar sana. Sedih dan rasa bersalah sebab melihat anak sulung saya, hanya diam dan tidak marah atau salahkan adiknya,” katanya semasa dihubungi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Tak Boleh Bayangkan Kalau Anak Yang Kena…’, Hati-Hati Guna Sudip Kayu

BAHAYA Kuman Pemakan Daging, Hati-Hati Ketika Siang Ikan & Udang!

Info Lebih Menarik DI SINI

Penyangkut Baju Plastik – Jaga Pergerakan Anak

Walaupun cerita pendek tapi ia memberi pengajaran

Simple itu simple (Ringan namun sangat berbahaya dan membahayakan ). Awasi setiap pergerakan anak juga benda apa mereka main.dalam berjaga pun masih juga Allah nak bagi dugaan kecil buat kita.

Tarikh: 1/2/2021 (1.10pm )
Kisahnya berlaku selepas mama selesai buat kerja rumah. Sementara zohor, mama berehat sambil tengok telefon bimbit Kakak sudah main, dia tidur tepi mama. Tapi tak sampai 5 minit pun, benda berlaku pantas si adiknya bawa penyangkut baju (benda utama kejadian) hanger plastik patah sebab adik beradik ini buat main.

Sudah dibuang mungkin ada yang tercicir dan tak perasan. Si adik pula terjumpa, inilah sebabnya. Tak perasan dia datang tempat pada kakaknya dan buat macam mana, mungkin pegang macam pen dan terus jadikan kelopak mata kakak sebagai kertas. Tak sempat kakak nak bangun dan elak.

Tiba-tiba…

“Mama tengok ini mata kakak” Ya Allah! Dalam masa itu juga darah keluar laju sambil dia pejam mata. Ingat dah kena biji mata sebab dia pejam rapat. Tak menangis langsung dan dia tak masrah adik. Cuma dia cakap adik jangan dekat kakak kena mata ni. Tapi mama dah mula menangis, telefon papa tak berjawab dan terus hantar whatsapp dengan hanya hantarkan “urgent ! call”

Sementara tunggu papa, dari Klang – KL, mama lap dengan kain bagi kakak tidur. Bila tengok Ya Allah terkoyak sampai macam tu.

Sampai Hospital wanita dan kanak2 Tunku Azizah, terus masuk zon kuning untuk cuci dan suntikan segalanya. Lepas itu, kakak kena masuk zon merah. Mama diberi penerangan oleh doktor untuk tanda tangan borang bius bagi menjahit kelopak mata.

Sejam lebih menunggu pembedahan itu, mama dan papa tunggu dalam kereta. Papa belikan makan pun tak makan sambil menangis teringat kakak.

Sekali, jururawat telefon dan beritahu anak sudah ada di bawa ke zon kuning dan sudah sedar. Terus mama meluru pergi kat tempat kakak.

Banyak jugalah kena jahit. Masa inilah, baru nampak kakak mengalirkan air mata, itu pun sebab nampak mama datang padanya. Selepas menunggu dua jam, bagi melihat keadaan kakak untuk pantau suapaya tidak muntah atau pening, barulah kami dibenarkan balik.

Alhamdulillah, jahitan kemas dan tak bengkak langsung, kakak langsung tidak mengadu atau cakap apa pun. Steady.

Buka Jahitan

Tarikh: 8/2/21 (88 pagi, dimasukkan ke dalam wad)
Kakak kena puasa dari dia tidur jam 11 malam untuk membuka jahitan dan pada masa itu juga, mama diberi penerangan untuk ubat bius.

12.40pm – Kakak kena masuk bilik OT, perasaan tak payah cakap. Doktor dan staf di bilik OT, beri layanan yang baik dan lemah lembut. Duduk di ruang menunggu dan dua orang pakar bius dijemput untuk iringi sampai dalam bilik OT sambil sembang dan pegang kakak.

Kakak baring atas katil, lampu dibuka, mama duduk di sebelah.kaka, diberi bantuan penafasan sehingga kakak tak sedar.

Sambil pegang tangan kakak, doktor beritahu “Ibu, anak dah tak sedar, ibu boleh cium anak dulu ye”. Beratnya hati nak melangkah keluar.

Hati mak mana tak sedih, benda kecil bagi orang tapi besar bagi seorang mak kan. Bila nak keluar, ada orang iringi sampai keluar, siap bukakan topi dan baju khas bilik OT. Msa ini ada kekuatan sedikit sebab ada orang layan emosi mama.

1 jam selesai, kakak kena pantau dulu. Lepas itu dah masuk wad dan rehat bagi kakak stabil dan petang boleh balik.

Alhamdulillah, syukur ujian kecil sahaja. Walaupun kisah ini biasa tapi beri pengajaran untuk mak ayah supaya pantau anak-anak main.

1. Sangat dalam isi putih nampak.

2. Punca utama hanger plastik!!!

3. Time ni lali-lagi lagi. Nampak air mata mengalir sebab cari mama.

4. Tidur pun cantik. Kaka yang baik, tak banyak ragam dan tak dengar pun cakap sakit. Diam saja, sampaikan doktor dan jururawat pun puji kakak.

.

5. Jahitan dalam 6@7 jarum.

6. Hasilnya! Kena jahit.

7. Ambik mood. Berdebar kata kakak.

8. Baru sedar, terus makan nasi.Habis sebekas sebab puasa semalaman. Mama nasi minyak ayam goreng berempah kari. Sedap katanya.

9. Yeay! Boleh balik. Alhamdulillah sihat kehendaknya. Uujian kecil untuk kakak. Jangan ada dendam dengan adik. Dia cakap ok, kakak maafkan adik sebab adik kecil lagi.


MW: Tak boleh bayangkan perasaan mak-mak melihat keadaan anak. Anak demam pun mak-amk tidur tak lena, apatah lagi dengan keadaan ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Sumber: Hanis Hafiz

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora