Penyakit Ini Tak Berjangkit, Jangan Takut Dengan Saya – Pak Tam

Share

Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun  Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.

Cerita ‘Jangan Takut Pada Saya…’ ini temubual yang dijalankan oleh wartawan Mingguan Wanita ketika membuat tugasan di Kedah.

Jangan takut dengan saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.”

Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha  dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.”

Kalau boleh Ramadan ini (ketika temu bual berlangsung umat Islam bakal menyambut Ramadan) saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.”

Bagi anda yang ingin menziarahinya boleh datang ke rumahnya, Kampung Sira Bawah, Baling atau salurkan sedikit sumbangan untuk Pak Tam meneruskan kehidupannya di akaun Bank Rakyat di nombor 22-004-120835-0 atas nama Ishak Che Endut

Ini Video Realiti Hidup Pak Tam

Published by
almaswa Haji Che Ros