Penunggang Ducati Jatuh Flyover Punya Keperibadian Mulia, Geng Rider Kongsi Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan

Share

Penunggang ducati jatuh flyover punya keperibadian mulia, geng rider kongsi Al-Quran tak pernah lepas dari tangan.

Sejak semalam tular di media sosial kejadian seorang penunggang motosikal Ducati meninggal selepas tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya  dari jejambat (flyover) di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ahmad Fadzil  Omar Azaddin dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, sebelum  terbabas dan terjatuh ke bawah jejambat tersebut dan meninggal di tempat kejadian.

Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan

Orang ramai ternyata marah dengan tindakan melawan arus sebuah motosikal lain hingga mengakibatkan orang lain hilang nyawa. Dalam pada itu, keperibadian allahyarham yang baik dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran setiap pagi dalam kehidupannya dikongsikan oleh geng-geng rider.

Geng Rider Kongsi Keperibadian Mulia Penunggang Ducati Meninggal Jatuh Flyover

Ia telah dikongsikan oleh Mohd Said Mohd Shariff di fbnya yang mana allahyarham adalah seorang dari anak murid Ustaz Ahmad Hasyimi  yang sering mengikuti pengajian agama  ustaz tersebut.

Jelas Mohd Said yang juga geng ride bersama allahyarham, Last perbualan kami…”Assalamualaikum “Brother u need to ride, we need to ride, its been a whilekan”..ok bang inshaAllah on..

Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadhan, sempat catch up, berpelukan melepas rindu “we plan to ride soon”…Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami. Sedang sibuk kerja tak sempat tengok hp..Dapat panggilan dr Abu Talhah utk pengesahan saya terus minta zaujah menghubungi zaujahnya…إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding..

Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang & menghormatinya, awal-awal riding sekitar 2016-2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang.

“No doubt ridingnya skill yang amat baik” boleh katakan seorang yang luar biasa bila mengendalikan jentera,..

Kerap juga kami ride bersama, cuma dia memag jenis tak guna hp so just tunggu same time rv point yang sama. Kerap kali dia akan cakap “Remind me if I’m going too fast” & ada kala dia komen cara saya riding or dia akan cakap u going too fast brother..tapi jarang-jarang sebab kebiasaan dia lead the way..

Inilah dia Abg Fadzil..perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, he’s past experience riding sort of models, general topics & pastinya perbincangan ilmiah al quran dan sunnah yang telah kami dpt manfaat bersama-sama, semuanya kami sepakat dalam hal agama Alhamdulillah sahabat semanhaj yang tulen..

Pernah kami melawak yang masih segar di ingatan..

Saya  kata pada dia “Bang “can u imagine, I’m gonna be late for changging my suit so i just go berjemaah with my racing suit with the knee slider everythng”. Dia reply “after solat they gonna call imam asking your solat valid or not”. Kami gelak terbahak-bahak..MashaAllah semoga Allah merahmatinya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :“Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan.” Kanak-Kanak Meninggal Jatuh Kondominium

Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu

Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang, Kabel Elektrik Punca Terjatuh

Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al quran setiap hari/pagi..

Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik utk berjemaah dimasjid..perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya..

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

“Ya Allah berilah ampunan kepadanya, sayangilah ia, jagalah ia dan maafkanlah ia..”

**InshaAllah esok solat jenazah diharap semua geng-geng yang kenal ride sama-sama ke Masjid Al Azim,inshaAllah akan dimaklumkan selanjutnya.

Ia turut dkongsi juga oleh Abu Talhah yang dalam hantaran terkininya bahawa jenazah allahyarham Tuan Haji Fadzil akan di solatkan di Masjid Al Azim Pandan Indah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana insya Allah selepas Zuhur seperti dikongsikan oleh anak allahyarham.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

Published by
Almaswa Haji Che Ros