Pentingnya komunikasi walaupun perkara kecil, manalah pasangan faham kalau tak berterus-terang. Selalunya rata-rata pasangan memendam rasa bila tak puas hati dengan pasangan.
Ada segelintirnya pula harapkan pasangan faham sendiri, padahal tak luahkan. Sebenarnya perkara sebegini tak boleh dibiarkan kerana mampu menjejaskan hubungan suami, isteri lama-kelamaan.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtarini dan hadam baik-baik iya:
“Saya balik rumah mesti tak gembira. Ada sahaja hal yang buatkan kami bergaduh. Kadang saya balik dah semangat nak buatkan isteri gembira. Tapi masuk je rumah, perasaan tu hilang. Rasa nak marah-marah yang ada.”
Itu luahan yang saya dapat semalam. Suami ini bekerja. Isteri suri rumah. Jadi suami ini harap bila dia balik, ada layanan lah daripada isteri.
Perkara ini nampak enteng tapi sebenarnya tidak. Kadang punca daripada perkara kecil, boleh jadi perbalahan besar.
Pentingnya Komunikasi Walaupun Perkara Kecil
Jadi saya pesan ke dia, komunikasi dengan isteri itu penting. Benda yang kita rasa-rasa dalam hati, kemudian kita harapkan isteri jadi begitu tapi kita tak sampaikan pun pada isteri, mana mahunya.
Ads
Takkan berlakulah sebab isteri tak tahu. Maka kena bercakap dan sampaikan.
Dia tanya pula apa yang dia nak sampaikan ke isteri supaya mereka boleh amalkan sama-sama. Saya pesan tips ini:
1. Sambut pasangan setiap kali pulang daripada kerja.
“Eh, ni pun nak kena bagitahu ke?” Dia tanya ke saya.
Iyalah. Dah kalau tak cakap, biasa tak buat. Tadi kata balik rumah saja rasa nak marah.
Lepas ini kalau asal balik saja isteri sambut depan pintu. Senyum dan sambut tangan untuk bersalaman, mesti lagi ok kan?
Ads
“Selama ni bila balik hari-hari isteri sambut tak?” Giliran saya pula tanya ke dia.
“Tak.” Pendek dia balas. Haa! Tu kan jadi punca. Jadi amalkan ini. Jadi pencetus kasih sayang saat suami balik dari kerja.
2. Beri pelukan dan beri ciuman sebelum pergi kerja.
Ini menambah semangat untuk suami yang keluar bekerja dan memberi energi untuk isteri bertenaga buat kerja di rumah.
3. Minta maaf dan memberi maaf.
Ini pun kena selalu buat. Ada 2 waktu yang utama untuk amalan ni. Waktu nak pergi kerja dan sebelum tidur.
Ads
Ramai dah kita tahu keluar pergi kerja, takdir Allah tak balik semula sebab kemalangan dan sebagainya. Sebab tu kena minta maaf sebelum pergi kerja. Kita takut itulah kali terakhir kita dan pasangan sempat bermaafan sesama sendiri.
Sebelum tidur pun penting. Kita nak minta maaf segala salah dan silap kita sepanjang hari tu.
4. Banyakkan berbincang dan musahabah bersama.
Ini paling penting. Apa yang suami rasa tak suka, nyatakan pada isteri. Isteri pun begitu juga.
Maka berbincanglah, cari persefahaman dan persetujuan bersama. Bila kita dan pasangan kerap berkomunikasi, pintu kepada perselisihan faham akan jadi kecil. Susah nak bertekak sebab kita dah pernah bincang dan faham apa yang pasangan kita sebenarnya mahukan.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Saya pun suami.
MW: Setiap kali mak dan ayah berdepan dengan masalah, cuma berkomunikasi agar punca masalah dapat diselesaikan segera. Jangan biarkan masalah-masalah kecil dalam rumah tangga menjadi kudis dalam hubungan suami, isteri.
Mungkin ramai yang masih keliru bahawa duit nafkah dan duit belanja pada isteri tu sebenarnya tak sama.Meskipun bukan satu kewajipan buat suami untuk memberi duit belanja namun tak salah kiranya bagi menghargai pengorbanan dan penat lelah isteri dalam menguruskan rumahtangga serta anak-anak.
Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin dan fahamkan betul-betul mengenai duit belanja buat isteri.
“Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak, guna la untuk apa yang patut…”
Duit belanja dan nafkah tak sama
Duit belanja.
Upah Untuk Isteri
Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah untuk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kepada suami, maka dia buat kerja-kerja tersebut.
Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yang solehah.
Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami boleh terus rehat..
So, suami tak payah buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa untuk melakukannya.
Duit Belanja Dan Nafkah Tak Sama
Kalau isteri yang selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami. Duit belanja dan nafkah tak sama, perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dalam duit belanja. Ini nafkah..
Duit belanja adalah untuk isteri, untuk dia gunakan beli apa yang dia inginkan yang selain daripada apa yang sepatutnya disediakan oleh seorang suami.
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya.
Ikut Kemampuan Suami
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami dan tiada nilai minimum yang patut diberikan kepada isteri…Bagi sekadar banyak mana yang ada, yang boleh bagi dan suami masih ada baki untuk kegunaan dirinya sendiri.
Buang duit tak bagi kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab untuk kita diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana.
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri.
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 untuk digunakan isteri…tapi dia tak gunakan sampai hbis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tengah sesak.
MW: Semoga para suami sedar dan faham akan hakikat ini bahawa bagi nafkah dan duit belanja buat isteri tak sama. Jangan kedekut dan lokek untuk memberi duit belanja buat isteri. Tak mampu bagi banyak, bagi sedikit pun jadilah.Berilah mengikut kemampuan diri dan percayalah rezeki itu takkan putus malah makin bertambah.
Lazimnya wanita yang bekerjaya tidak mahu berhenti kerja walaupun telah berkahwin dan memiliki anak. Rata-rata bimbang jika sesuatu berlaku pada suami atau lebih teruk ditinggalkan suami suatu hari nanti. Hingga ke situ fikirannya…
Sebenarnya bagi isteri yang bekerja, betulkan nawaitu untuk apa ada pendapatan sendiri. Jangan kerana takur ditinggalkan suami, mak-mak ambil keputusan untuk teruskan bekerja malahan suami lebih daripada berkemampuan dan anak-anak pula memerlukan perhatian.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan betulkan niat anda baik-baik:
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan…
Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan sekiranya ditinggalkan suami…
Ada pendapatan untuk meringankan bebanan suami… Ada pendapatan, untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri… Ada pendapatan, untuk dibuat simpanan, untuk beli aset, untuk kegunaan kemudian hari… Ada pendapatan, untuk dihulurkan kepada orang tua sendiri…
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta daripada suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab sudah ada duit sendiri…
Tidak Perlu Buat Persediaan, Allah Ada
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awak sudah pun buat perkara-perkara di atas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak sudah lebih daripada mampu untuk hidup tanpa seorang suami…
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut… Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga…
Allah SWT sudah berjanji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak itu… Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT…
Memang langit tak selalunya cerah, tapi selalukah kita berdoa untuk minta hujan turun di tengahari?
Perbaiki nawaitu, “Saya cari duit bukan sebagai persediaan untuk kehilangan suami…”
Insyallah, hidup kita akan baik-baik sahaja…
MW: Sebaiknya mak-mak betulkan niat bekerja untuk apa. Insyallah aturan Allah adalah yang terbaik, jadi bagi yang tak bekerja usah risau.
Buka pintu guna kunci, bukan guna emosi.Lumrah seorang wanita, tatkala keletihan menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak, disamping berfikir pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, membuatkan emosi sering memuncak dan tidak dapat dikawal. Tindakan seringkali tidak selaras dengan dengan apa yang difikirkan.
Perkara yang selalunya mudah dibuat seperti buka pintu rumah menggunakan kunci, pun boleh jadi benda paling sukar jika dibuat berlandaskan emosi. Perkara-perkara kecil beginilah sebenarnya para suami kena mainkan peranan dan ambil perhatian lebih terhadap isteri.
Perkongsian pengalaman dan catatan oleh Puan Izzah Rosli boleh dijadikan panduan buat para suami isteri agar lebih memahami diantara satu sama lain.
Perempuan dan Emosi
Dah dua tiga kali cuba buka pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak-hentak pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi Fahem tidoq, nak iron baju Fateh sekolah, pintu pun time-time nih la susah nak bukak.
Tetiba suami turun. Dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..Ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”Orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah-dah pi masuk rumah satgi abang setel barang-barang. Terus stabil emosi-emosi yang berkecamok tadi.
Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time-time nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.
Bila isteri lambat terkial-kial nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja-kerja dia. Contohnya “Ok sayang, kita nak pi kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak-anak”
Bila bagitau isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah-marah bila dia siap-siapkan beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat-buat cool tanya dekat isteri “ada apa-apa lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”
Lagi satu, bila isteri tengah belek tudung berjam-jam depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang-ulang dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu tak jadi-jadi esok abang beli tudung baru ja taw” wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot2 tadi..
*pintu hati sayang pun abang boleh bukak, apatah lagi pintu rumah..
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.