Memang ada benarnya penting bagi wanita zaman sekarang untuk mempunyai ilmu dan asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Ilmu ini sangat penting untuk wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumahtangga. Pengurusan kewangan sendiri dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu, serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Malah tidaklah kita sampai terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Ini antara perkara yang wanita boleh melakukan untuk menguruskan kewangan dengan baik.
1. Mengenali Sumber Pendapatan Anda.
Untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita wajar mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri. Wanita juga perlu belajar untuk menyimpan tanpa mengira bentuk hasil pendapatan, sama ada duit dari bekerja, berniaga kecil-kecilan, dividen pelaburan, bonus mahupun pemberian nafkah daripada suami.
Setiap ‘duit masuk’ atau pendapatan yang ada perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap bulan. Jika berkemampuan, ada baiknya juga untuk wanita mempelbagaikan simpanan mereka, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain.
2. Tahu Menguruskan Hutang & Harta Dengan Bijak
Asas dalam pengurusan kewangan yang baik ialah mengetahui cara menguruskan hutang dan harta dengan bijak. Berhutang itu tidak salah namun uruskanlah dengan bijak. Jangan kerana hutang yang ada, membuatkan kita terbeban dengan tanggungan yang tidak wajar.
Ads
Tak dinafikan ramai sebenarnya yang masih mengambil mudah dalam urusan melangsaikan hutang ini. Tak kiralah berhutang pada orang lain, pihak bank dan sebagainya.
Oleh yang demikian, penting sebenarnya bagi kita agar tahu menguruskan setiap hutang dan harta dengan bijak. Antaranya, tidak terperangkap dengan hutang jahat seperti membuat pinjaman peribadi pada ‘kehendak’ serta perkara bukan keperluan yang akhirnya boleh memakan diri sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Bagi wanita terutamanya, sebolehnya ‘tahankan’ hati untuk membeli pelbagai barangan yang diingini secara berhutang. Sebaiknya jika ingin membeli sesuatu dalam jumlah yang besar, buat simpanan khas dan beli secara tunai. Ia mungkin mengambil masa yang panjang, namun ia lebih selamat dan berbaloi, berbanding hutang.
Bukan itu sahaja, pelajarilah beberapa teknik pengurusan hutang yang boleh diamalkan antaranya ialah ‘Snowball Effect’. Teknik ini dapat membantu menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah atau ‘interest’ yang tinggi dulu, kemudian diikuti dengan hutang-hutang yang lain.
Ads
Semoga usaha kita untuk melunaskan semua hutang-hutang ini, dapat membebaskan diri dari bebanan, sedikit demi sedikit.
3. Tahu Menguruskan Perbelanjaan Secara Berhemah
Tahu menguruskan perbelanjaan secara berhemah merupakan antara perkara penting dalam menguruskan kewangan dengan baik. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Pastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri. Malah sangat penting dalam memastikan pendapatan yang diperolehi lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan yang perlu dilangsaikan.
Ads
Pada masa yang sama, selalulah mengenal pasti dan menganalisis tahap kewangan anda pada setiap 6 bulan, mahupun setahun sekali atau setiap kali gaji dinaikkan. Ini penting bagi memastikan tahap kewangan berada di tahap yang sihat dan digunakan secara berhemah.
4. Ada Matlamat Kewangan Yang Jelas
Akhir sekali, untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita juga perlu mengetahui dan mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Para wanita perlu bertanya, apakah tujuan wang simpanan tersebut dan apakah kegunannya? Wang simpanan adalah untuk digunakan pada hari tua, waktu kecemasan, pendidikan anak-anak, deposit pembelian rumah, menunaikan umrah/haji dan sebagainya, bergantung pada objektif setiap individu.
Dalam memastikan setiap matlamat simpanan tercapai, penting untuk mewujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, wanita perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji, juga sebagai persedian bagi menghadapi waktu yang sukar mahupun musibah yang boleh berlaku. Anggaran ini adalah supaya boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya apabila mengalami masalah sembelit, batuk mahupun gatal tekak boleh amalkan minum air rendaman buah kembang semangkuk ini. Ia merupakan salah satu remedi mudah dalam kaedah Perubatan Tradisional Cina yang mudah dan boleh kita cuba amalkan.
Bukan apa, kadang-kala macam-macam cara dah kita cuba, baik perubatan moden guna ubat hospital mahupun pelbagai petua lain. Boleh cuba remedi yang dikongsikan ini pula. Malah sesuai untuk anak-anak juga.
Baca perkongsian daripada Puan Syahida Nasutionini sebagai panduan.
Al Fateh batuk. Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak. Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anak ada masalah batuk atau sembelit boleh amalkan air rendaman buah kembang semangkuk ini. Semoga menjadi salah satu ikhtiar menyembuhkan penyakit.
Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi semestinya penampilan ingin serba serbi sempurna. Selain baju raya yang glamor digayakan, wajah juga ingin kelihatan cantik berseri-seri. Rias solekan anggun dan bergaya bagaikan selebriti pastinya penambah seri di Aidilfitri nanti.
Pada Hari Raya pula kebiasaannya waktu berkumpul seisi keluarga merupakan saat yang amat dinanti-nantikan. Malah sesi bergambar bersama-sama pada pagi raya pula pastinya menjadi satu ‘kewajipan’ untuk dijadikan memori manis untuk dikenang nanti. Di samping kunjungan ke rumah terbuka dan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.
Oleh yang demikian, solekan sempurna amat penting dalam melengkapkan lagi kemeriahan Hari Raya nanti supaya tampak lebih cantik dan tampil berkeyakinan diri.
Macam-macam barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri yang perlu digunakan setiap hari supaya selalu nampak cantik dan berseri-seri.
Namun sebagai wanita kena bijak merebut peluang, promosi dan pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan supaya lebih jimat dalam berbelanja. Lebih-lebih lagi zaman ekonomi serba mencabar ini.
Jimat Berbaloi Beli Di SaSa Dengan GrabMart
Sebenarnya pembelian jadi lebih mudah, pantas dan jimat apabila beli di SaSa menerusi GrabMart. Tak perlu lagi keluar rumah untuk beli barangan mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri, hanya perlu tekan-tekan dihujung jari.
Pilih barangan SaSa yang berkenan di hati dan boleh terus buat pembayaran secara ‘online’. Lebih menarik, pembelian barangan menerusi GrabMart akan dihantar dalam masa 30 minit.
Memang jimat dah berbaloi bila beli barangan mekap dan penjagaan diri di SaSa ni. Boleh nikmati banyak diskaun hebat. Ini antaranya;
1. Produk Solekan Mata
Dapatkan solekan alis mata menawan dan bulu mata lentik raya ini dengan penggaris mata dan maskara hebat.
Beli Cyber Colors-Ultra Stay Fine Liner(01 Jet Black) boleh jimat RM20.50 dengan diskaun 30%. Harga asal RM69 kini selepas diskaun hanya RM48.30.
Beli Cyber Colors Feather Tutu Magic Mascara (Black) dapat diskaun 30% boleh jimat RN37.50. Harga asal RM125 kini selepas diskaun hanya RM 87.50.
2. Produk Penjagaan Kulit Wajah
Lindungi kulit wajah dari sinaran matahari raya dengan krim tabir suria lengkap SPF raya ini supaya kulit kekal sihat dan bebas jeragat.
Beli Dr G Hydra Intensive Blemish Balm SPF 30 dengan diskaun 20% boleh jimat RM31. Harga asal RM155 kini selepas diskaun hanya RM124.
Seharian berjalan raya menziarahi sanak saudara dalam cuaca panas, lembabkan kulit wajah yang kering dengan ‘mask’ yang mempunyai kelembapan semulajadi supaya kulit lebih lembut dan anjal.
Beli La Estephe-Caulerpa Lentilifera Hydrating Mask dengan diskaun 50% boleh jimat RM54.50. Harga asal RM109 kini selepas diskaun hanya RM54.50. Memang paling berbaloi.
3. Produk Penjagaan Badan
Melegakan kulit kering mahupun kesan terbakar akibat sinaran matahari, pastikan gel aloe vera ini wajib ada raya nanti untuk disapu pada wajah mahupun badan.
Beli Soo Beaute-Aloe Vera99% Advanced Soothing Gel dengan diskaun 30% boleh jimat RM16.50. Harga asal RM55 kini selepas diskaun hanya RM38.50.
Hari raya nanti penampilan diri dan wajah pasti lebih berseri-seri apabila solekan anggun sempurna dengan menggunakan produk daripada SaSa ini. 5 pilihan barangan ini hanya perlu bayar RM352.80 berbanding jumlah harga asal keseluruhan RM522. Disamping diskaun sehingga RM3 untuk kos penghantaran jika melanggan GrabUnlimited. Memang untung kan!
Bukan itu sahaja, antara produk lain yang menarik dan menawarkan diskaun hebat di SaSa seperti.
4.Wangian
Penampilan diri raya ini pasti lebih sempurna dengan wangian semerbak harum sebagai pelengkap diri.
Dapatkan minyak wangi Tous-Love Me EDP 30ml dengan diskaun 20% boleh jimat RM50. Harga asal RM250 kini selepas diskaun hanya RM200.
Beli minyak wangi Tous-Love Me The Onyx EDP 30ml dengan diskaun 40% boleh jimat RM100. Harga asal RM250 kini selepas diskaun hanya RM150.
5. Produk Penjagaan Rambut
Raya ini pastikan rambut tetap harum, lembut dan bersih supaya lebih selesa bertemu sanak saudara nanti.
Dapatkan syampu rambut Flor De Man-Fresh Milk dengan diskaun 40% boleh jimat RM32.80. Harga asal RM82 kini selepas diskaun hanya RM49.20.
6. Pembersih Solekan
Setelah seharian mengenakan solekan di hari raya, jangan lupa bersihkan wajah kembali dari sebarang kekotoran kesan mekap.
Dapatkan Cyber Colors-Makeup Remover Wipes (Grapefruit) dengan diskaun 20% boleh jimat RM7. Harga asal RM35 kini selepas diskaun hanya RM28.
Memang penjimatan berbaloi-baloi apabila beli barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri di SaSa menerusi GrabMart ini!
Malah tak perlu lagi pergi beli sendiri, kena cari parking, bersesak atau beratur di kaunter. Bukan sahaja dapat banyak diskaun dan promosi hebat, malah barang-barang yang dah dibeli di SaSa menerusi GrabMart boleh terus sampai depan pintu rumah dengan khidmat penghantaran percuma menerusi langganan GrabUnlimited! Memang menarik, lebih jimat masa, tenaga, wang ringgit dan sangat berbaloi!
Tunggu apa lagi? Dapatkan barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri di sini:
Bila makan soto, sup atau pisang goreng, rasanya tak lengkap tanpa sambal kicap. Inilah yang membuatkan makanan itu jadi sedap dan menyelerakan.
Rasa sambal kicap yang pedas dan manis-manis sedikit boleh buat kita makin syok untuk cicah dengan pelbagai masakan yang sesuai. Bestnya, penambah selera ini boleh tahan lama dan dijadikan stok.
Tapi bagaimana nak pastikan sambal kicap ini tahan lama dan semakin sedap. Nak-nak kalu dah berhari, memang mabeless. Lagi pun bolehlah buat banyak terus untuk dimakan bila-bila mas, sesuai dengan makanannya.
Kali ini Afy Al Habibi berkongsi ibu sambal kicap yang paling sedap dan tahan lama. Rupanya, kena goreng dulu bawang putih dan cilinya.
Bahan:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Tip sambal lebih sedap dan tahan lama:
Goreng seketika cili padi hijau dan bawang putih.
Pastikan cili hijau dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan ( bawang putih dan cili padi yang telah digoreng) ke dalam bekas pengisar.
2. Masukkan kicap. Boleh guna jenama kicap yang disukai. Kuantiti kicap adalah dengan menutupi paras bahan tadi.
3. Masukkan 2 sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
4. Bagi menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lagi sedap dengan tambahkan 1/2genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng kisar. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya.
Hidang dalam bekas berasingan.
Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.
Mingguan Wanita : Buat stok sambal kicap, nak makan ambil saja. Sedap sangat, pelengkap makanan.