Tak dinafikan memang penting disiplinkan anak, tetapi mak ayah jangan ambil ringan bab-bab lain terutamanya adab. Dalam banyak-banyak perkara, baba dab perlu diberi perhatian.

Lagi satu, penting disiplin anak, tapi ikutlah kemampuan anak kita dan jangan jadikan anak orang sebagai penanda aras.

Ikuti perkongsian Khyer Hameed ini dan hadam baik-baik ya kerana lain anak lain caranya:

Penting Disiplinkan Anak

Ada orang berjaya disiplinkan anak dia supaya tak masuk dapur. Ada orang rumah kemas macam muzium walaupun ada anak kecil.

Kemudian tuduh orang lain yang rumah bersepah macam rumah aku ini adalah orang yang gagal nak disiplinkan anak.

Ada orang berjaya disiplinkan anak tidur asing dari umur 3 tahun. Ada orang berjaya ajar anak-anak membaca dari umur 3 tahun.

Baca Juga Di sini: 

Time Out Bukan Hukuman, Teknik Berkesan Disiplinkan Anak Selepas Buat Salah!

Ads

Berderai Air Mata Aku Bila Tengok Betis Anak Hampir Koyak Kena Rotan Dengan Cikgu Disiplin

Mak Ayah Patut Tahu Macam Mana Orang Jepun Didik Anak-anak Supaya Cepat Pandai & Disiplin

Disiplinkan Anak Ikutlah Kemampuan

Disiplinkan anak itu penting. Aku pun setuju. Tapi kita sebagai mak ayah pun kena ‘screen’ kemampuan anak kita.

Ajar anak untuk kemas mainan selepas main. Insyallah boleh dibuat slow-slow. Ajar anak basuh pinggan selepas makan. Pun boleh buat insyallah, perlahan-lahan.

Ads

Tapi semua pun ikut fasa kemampuan anak kita. Mungkin ada yang sudah faham arahan dari umur setahun lebih untuk kemas mainan lepas main.

Jangan Jadikan Anak Orang Penanda Aras

Dan anak kita pula sebaya tapi belum boleh lagi nak kemas selepas main. Kita jadikan anak orang itu sebagai penanda aras, kita akan stres.

Tak payah letak penanda aras pada anak orang. Terutama untuk perkara yang advance.

Yang penting adalah rujuk panduan keupayaan anak-anak yang Kementerian Kesihatan dan WHO sediakan. Pastikan anak-anak kita tak ketinggalan untuk keupayaan asas bagi kanak-kanak sebaya mereka.

Ads

Tak Perlu Ikut Cara Orang Disiplinkan Anak

Kita kalau tengok anak orang yang advance bijaksananya, kita yang akan stres. Macam anak Dr Sheikh Muzaffar tu. Kalau kau tak rajin macam dia, kau redha sajalah ajar dan disiplinkan anak-anak ikut cara kau.

Cuma pada aku, kalau anak kau hebat dan bagus dalam disiplin sampai rumah kau mampu kemas seperti muzium 24 jam.

Tak payah nak perlekehkan orang lain yang anak dia bebas keluar masuk dapur main bawang bawa ke depan ruang tamu dan godek-godek bawang dengan limau dalam loyang kek.

Kau dengan cara sendiri, orang itu dengan cara dia. Anak-anak berdisiplin yang mampu kekalkan rumah teratur 24 jam, mungkin sesuai masuk Cheong A Arts School. Penting Disiplinkan Anak, Tapi Ikutlah Kemampuan Jangan Jadikan Anak Orang Penanda Aras

Notakaki : Cuma paling penting, mak ayah kena ajar anak-anak adab dekat rumah orang. Jangan biar anak-anak buat perangai rumah sendiri di rumah orang. Bukan ajar mereka jadi “fake”. Tapi ini namanya adab.

MW: Didiklah anak mengikut acuan dan kemampuan anak masing-masing. Jangan terlalu meletak harapan terlalu tinggi pada anak. Apatah lagi membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, itu dinamakan menyusahkan diri.

Sumber: Khyer Hameed

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI