Jika ada sebarang penyakit berkaitan kulit, sebaiknya berjumpa doktor terlebih dahulu. Penting untuk ambil tahu jenis-jenis ubat krim yang disapu pada kulit badan, berbanding main beli sendiri je di farmasi. Ini kerana walaupun kebanyakkan ubat krim sapu warnanya sama, namun kandungan bahan yang ada untuk setiap penyakit adalah berbeza. Silap sapu, boleh beri kesan mudarat pula.

Baca Lagi Di Sini:
Doktor Ini Kongsi 14 Jenis Ubat-Ubatan WAJIB Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’!

Jangan Main Beli Je Krim Sapu Tanpa Preskripsi, Doktor Jelaskan Jenis Steriod & Kesan Sampingannya!

Baca perkongsian ilmu mengenai jenis-jenis krim sapu oleh Dr Khairul Faizie ini sebagai rujukan;

Saya kongsikan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

Secara jujurnya, jangan sewenang-wenangnya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapatkan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yang Allah pinjamkan ini.

Saya bahagikan krim kepada 6 jenis untuk mudah faham:

1. STEROID CREAM
2. ANTI FUNGAL CREAM
3. ANTIBIOTIC CREAM
4. COMBINATION OF CREAM
5. ANTI VIRAL CREAM
6. MOISTURIZING CREAM

Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:

1. OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit dan lebih kuat kesannya pada kulit ( more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel (lichenified skin area). Rujuk gambar untuk faham kulit yang sudah lichenfied.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

2. CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

3. LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu, juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.

Jadi, bila dapat “krim”, tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?

Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yang saya tulis kat atas, ada 6 jenis.

1. STEROID CREAM

Secara umumnya digunakan untuk merawat keradangan (inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal untuk merawat eczema.

Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu
(bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”.

IKLAN

Contoh:- Hydrocortisone – Clobetasone – Mometasone – Fluticasone – Betamethasone.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

Krim steroid ini ada kelasnya. Kelas satu paling kurang power dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar untuk kenali kelas-kelas krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Untuk kelas yang potency tinggi, tak sesuai disapu di kawasan yang sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yang dah menipis. Nanti kulit dapat komplikasi.

Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh disapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Untuk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin startkan rawatan steroid cream/ ointment guna yang kelas paling potent untuk 5 hari, kemudian diikuti dengan yang less potent untuk seminggu berikutnya.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama (prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen (hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu (allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection) dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dalam badan (systemic absorption).

2. ANTI FUNGAL CREAM

Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”.
Contoh:
– Miconazole – Clotrimazole – Econazole – Ketoconazole – Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yang nama saintifiknya Terbinafine
(brand name Lamisil)

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

Rujuk gambar untuk tengok contoh-contoh anti fungal yang biasa di pasaran Malaysia.

IKLAN

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

3. ANTIBIOTIC CREAM

Kita gunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yang buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak-agak tengok imej Google 😛 Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yang tajam. Doktor yang berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.

Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN”
Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

4. COMBINATION OF CREAM

Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yang biasa kita jumpa:

– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.

Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yang 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal).

* Rujuk gambar untuk contoh.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

IKLAN

Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap(fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

Ataupun kita ada eczema yang kronik. Garu punya garu sampai luka, lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

5. ANTI VIRAL CREAM

Krim jenis ni untuk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dengan lanjut tentang krim anti virus ini.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

6. MOISTURIZING CREAM

Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.

Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yang kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari untuk tempoh yang lama, Insya Allah no problem (tak macam krim steroid). Kita sarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga dicampur dengan steroid cream dalam nisbah tertentu (50 % – 50% , 60% – 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

Krim pelembab yang bagus antaranya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dalam bentuk mandian. Cakap pasal mandi, untuk orang yang kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati-hati guna sabun mandi yang berubat. Contohnya Dettol, Protex, sebab chemical dari sabun-sabun ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So guna kan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Untuk kulit yang super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah-basah / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area tu.

PENTING Ambil Tahu JENIS Ubat Krim Yang Disapu Pada Kulit Badan

So, please kenal krim yang anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya ” saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yang di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yang dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, anda berhak tahu kandungan krim itu (mesti ada label).

Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu “serasi” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.

MW: Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Paling penting jangan main sebarang beli dan sapu pada badan ubat krim ini. Ubat krim ada jenis-jenisnya, seharusnya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum digunakan.

Sumber: Dr Khairul Faizie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI