ubat batuk

Peritnya bila sakit batuk. Sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika bernasib baik, dua tiga hari dah pulih, namun jika sebaliknya ia boleh berterusan lebih dua minggu.

Penting untuk ambil tahu jenis-jenis batuk yang dialami. Malah penting juga untuk mengetahui jenis-jenis ubat yang bersesuaian untuk diambil. Barulah ia berkesan dalam merawat penyakit ini.Tak kiralah ubat yang diberi oleh doktor di klinik mahupun yang dibeli di farmasi berdekatan.

Jemput baca perkongsian daripada Farmasi Sabak Bernam ini sebagai panduan.

JENIS-JENIS BATUK DAN RAWATANNYA

1. Batuk Kering (Dry cough)

– Tanda-tanda batuk kering: tiada kahak, kegatalan pada tekak, suara bertukar menjadi garau dan boleh mengakibatkan hilang suara.
– Punca batuk kering: jangkitan virus di tekak, menghidapi asma/lelah,habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesansampingan ubat.

2. Batuk Basah (Wet cough)

– Tanda-tanda batuk basah: berkahak, rasa sesak dada (tight chest) bila batuk.
– Punca batuk basah: jangkitan bakteria di tekak, pneumonia, post-nasal drip.

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

JENIS-JENIS UBAT UNTUK MERAWAT BATUK

1. Expectorant (penyingkir kahak)
– Sesuai untuk batuk berkahak
– Contoh: DCM Expectorant, Mucolix

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

Ads

2. Antitussive (penghenti batuk)
– Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak
-Contoh: Copastin, Rasitin

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
– Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah malam)
– Contoh: Ventolin, Salmodil

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

4. Mucolytics (cair kahak)
– Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk.
– Contoh: Bromhexine, Stenac

Ads

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

5. Decongestant (ubat selsema)
– Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post nasal drip).
– Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.
– Contoh: Cough-EN, Sedilix

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

6. Antibiotic
– Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin mendapatkan antibiotic di farmasi luar)

Ads

7. Lozenge
– Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk.
– Contoh: Difflam, Strepsils, Sobenz

Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

*Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk. Contoh biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan bermacam-macam lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan.

MW: Jika mengalami sakit batuk, selsema dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor dan pastikan mendapat nasihat dahulu sebelum mengambil ubat batuk. Jenis-jenis ubat batuk ini berbeza dari segi jenis batuk yang dialami. Semoga apabila lebih mengetahui jenis ubatan yang diambil ia dapat merawat sakit batuk yang dialami dengan lebih berkesan.

Baca Disini: Cara Mudah & Berkesan Rawat Demam Selsema, Batuk, Sakit Tekak Dengan Air Garam!

Sumber:Farmasi Sabak Bernam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI