Bila anak-anak dah mula bersekolah, ‘kejadian’ hilang pensil warna ni, memang perkara biasa dan memang kerapkali berlaku. Sebagai mak ayah, memang geram juga bila pensil warna baru dibeli tapi cepat je anak-anak hilangkan entah kemana, sama ada tercicir atau tertukar dengan kawan-kawan di sekolah. Sebenarnya, ada cara kreatif yang mak ayah boleh atasi perkara ini dengan membuat sendiri Pengikat Pensil Warna.
Menerusi perkongsian ibu kepada enam orang anak yang menggunakan nama “Merpati Putih” di Facebook ini, beliau kongsikan langkah untuk menghasilkan Pengikat Pensil Warna yang mudah dan praktikal. Barulah ia tidak hilang, dan jimatlah duit poket mak ayah tak perlu asyik kena beli yang baru.
“Orang kata kalau dah nak hilang tu hilang jugakan.
Tapi sekurang-kurangnya ummi usaha untuk bagi lambat sikit hilang..haha
Abang tahun ni je 4 kali beli ‘kaler’ (pensil warna)..hahah
Semoga kaedah ni berkesan hingga hujung tahun.
Depends pada anak-anak kita juga..kalau yang jenis cermat dan pandai jaga barang,in shaa Allah tahan lama..tapi kalau yang jenis murah hati..itu ummi tak berani komen..haha
Apapun kita Mencuba
Projek sekolah untuk next year dah bermula..
kakak twin nak masuk darjah 1,abang darjah 2..
Modal Rm25 dapat 6 set.
1.Pensil warna saya guna Rm2 punya je tapi berkualiti warna terang dan pekat, depend mommy nak guna brand apa.
2.Saya buat 6 set untuk 3 orang, 2 set untuk setiap sesi..SRA & SRK maknanya seorang 2 set untuk 2 sekolah.
Pensil warna 6 box Rm12
Reben 2 saiz (saiz kecil 2 gulung rm2.50 x 2=rm5)
(saiz sederhana 1 gulung rm4.00)
Tag nama RM2
Gunting
Glue gun (kalau beli rm10..tapi saya memang dah ada..jadi tak keluarkan modal untuk ni)
1.Potong reben dalam 52cm.Potong 6 set ukuran yang sama.
(Saya guna colour 12 batang sahaja, jadi saya potong 6 reben sahaja sebab nanti bila dah lipat 2 akan jadi 12)
Contoh: Kalau mommy buat 20 batang,mommy kena potong 10 reben .
2.Saya potong siap-siap reben saiz kecil untuk lekat dihujung pensil nanti.
Potong dalam 4.5cm untuk lilitan pensil atau mommy boleh ukur dulu lilitan colour pensil yang digunakan.Potong reben mengikut jumlah batang pensil warna.
3.Susun 6 reben yang berukuran 52cm tadi seperti dalam gambar ikat disetiap hujungnya supaya tak bergerak dan sama rata.
4.Masukkan tag nama ditengah-tengah reben.
5.Lipat 2 seperti dalam gambar.Ikat sedikit dibahagian atas.(nanti kita akan kemaskan dengan reben).
6.Potong reben sepanjang 5.5cm untuk kemaskan bahagian atas tadi.Lilit dan gam dengan gluegun.
7.Selepas itu, Mommy boleh buka getah yang dibahagian bawah tadi.Kita akan memulakan proses cantuman pensil warna disetiap hujung reben.
8.Gam ribbon dihujung pensil warna, seperti dalam gambar.
9.Lilitkan reben yang kita siap potong kecil-kecil tadi dan gamkan 4.5cm untuk lilitan pensil warna. Gamkan disetiap 1 btg pensil dengsn 1 helai ribbon tu.Siapkan sehingga 12 batang pensil.
Maka siaplah pengikat pensil warna kita.
Saya masukkan dalam pensil box ni je..muat semua untuk 12 batang pensil warna.
Selamat mencuba & semoga bermanfaat!
Kongsikan juga kepada ibu bapa lain.
Sumber: Merpati Putih