Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang rangup macam jual di tepi jalan, ada resipinya bancuhan tepungnya yang tersendiri. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti. Bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati makan.
NI RESEPI SAYA NIAGA YE.
Goreng Pisang Krispy MEK ZURA. Saya halalkan dunia akhirat.Doakan saya pun di murahkan rezeki.Sihat pon rezeki juga aamin.
Saya sertakan resepi bancuhan tepung versi saya, terpulang lah nak goreng apa.
1 pek tepung beras yang 1/2 kilo (tak kisah brand apa)
1/2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 sudu besar marjerin
3 sudu kfc garam
1 sudu kfc kapur makan (dibancuh dengan setengah cawan air)
1 sudu teh serbuk kunyit (saya tak guna pewarna ye. Kalau nak letak pun boleh. Tapi saya lebih suka yang ori kunyit je)
1 cawan ais atau air sejuk
resepi ni saya tak letak gula, kalau nak letak terpulang
1. Campur semua dan bancuh macam nak buat lempeng tu, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Agak-agaklah rasa dah ok, goreng dalam minyak yang banyak ye. Tengok pada kuatiti banyak atau sikit yang nak goreng.
Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian ni dapat manfaat buat semua.
Mesti Baca:Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!
Baca Lagi Di Sini:
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang dibuat niaga. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga juga nanti.
Sumber: Azura Haron
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery