Penjenamaan Semula KL Sentral, Kini Dikenali Sebagai KL Sentral redONE

Share

Penjenamaan semula KL Sentral, kini dikenali sebagai Kl Sentral RedONE.

Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, Red ONE Network Sdn Bhd (redONE) secara rasmi mengumumkan perkongsian strategik dengan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) yang membabitkan penjenamaan semula stesen LRT KL Sentral yang kini dikenali sebagai  stesen LRT KL Sentral redONE.

Penjenamaan Semula KL Sentral

Dalam satu “pendedahan” kepada pihak media, penjenamaan semula  di antara RedONE Network Sdn Bhd dan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ini  melibatkan Hak Penamaan Stesen di antara kedua buah syarikat.

Ia satu kerjasama strategik selama lima tahun untuk meningkatkan kehadiran jenama rangkaian mudah alih, redONE kepada berjuta pengguna yang menggunakan hub pengangkutan popular ini.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, perkongsian ini membolehkan redONE memajukan jenama mereka dengan lebih jauh kepada berjuta-juta pengguna yang menggunakan stesen itu setiap hari.

” Perkongsian ini membolehkan kami memajukan jenama kami dengan lebih baik selain menyokong penggunaan pengangkutan awam yang mana ia mampu mengurangkan kos sara hidup pengguna hari ini.

Kini Dikenali Sebagai KL Sentral redONE

“Kami memutuskan untuk menumpukan lebih banyak usaha dengan mewujudkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan kami terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang lebih bergantung kepada pengangkutan awam. Atas sebab itu juga kami menyediakan plan pasca bayar serendah RM8 sebulan,” katanya pada penjenamaan semula stesen LRT KL Sentral, hari ini.

Turut hadir di majlis bersejarah ini ialah Pengerusi Pengerusi redONE Network Sdn Bhd, Tan Sri Goh Tian Chuan; Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Fa’izah Khairuddin.

Farid (dua dari kiri) Fa’izah dan Jamaludin  serta barisan pengurusan redONE di majlis penjenamaan semula stesn KL Sentral kepada Kl Sentral redONE untuk tempoh lima tahun ini.

Sementara itu Fa’izah berkata, kerjasama dengan redONE menekankan keupayaan syarikat dalam menyediakan golongan sasar dalam menjayakan kempen lebih inovatif menerusi perkongsian jangka masa panjang.

“Gabungan redONE dan Prasarana akan mampu meningkatkan pengalaman berjuta-juta pelanggan menerusi penglibatatn MVNO terbesar di Asean ini. Malah kita juga yakin ianya mampu membentuk landskap masa depan pengangkutan wam yang lebih efisen di Lembah Klang,” ujarnya.

BACA ARTIKELMENARIK DI SINI :– Wanita Ini Kongsi ‘BACKPACK’ Dengan Anak Kecil Ke Penang, Elak Buat Perangai, Ciptalah Memori

Bagi Yang Nak Merasa Ke Langkawi Naik TREN ETS, Wanita Ini Tunjuk Cara Travel 2 Hari 1 Malam Dengan Anak Kecilnya

Wanita Ini Kongsi ‘Trip’ Ke Thailand, ‘Lepas Gian’ Menaiki KERETAPI, Lebih Berbaloi & Jimat

Kongsi Trip Ke Kluang Naik Keretapi Hanya RM26 Pergi Balik, Banyak Tempat Menarik!

Pada tahun 2022, redONE memperkenalkan kempen redRIDER kerjasama dengan Rapid KL untuk mengalakkan pengangkutan awam.

Menerusi kempen berterusan penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE setiap bulan.

Penumpang bertuah menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token keretapi redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah menarik.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Awal dan Scha Pening Dengan Perangai Anak Kedua..

Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya?  Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros