Penjenamaan semula KL Sentral, kini dikenali sebagai Kl Sentral RedONE.
Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, Red ONE Network Sdn Bhd (redONE) secara rasmi mengumumkan perkongsian strategik dengan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) yang membabitkan penjenamaan semula stesen LRT KL Sentral yang kini dikenali sebagai stesen LRT KL Sentral redONE.
Penjenamaan Semula KL Sentral
Dalam satu “pendedahan” kepada pihak media, penjenamaan semula di antara RedONE Network Sdn Bhd dan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ini melibatkan Hak Penamaan Stesen di antara kedua buah syarikat.
Ia satu kerjasama strategik selama lima tahun untuk meningkatkan kehadiran jenama rangkaian mudah alih, redONE kepada berjuta pengguna yang menggunakan hub pengangkutan popular ini.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, perkongsian ini membolehkan redONE memajukan jenama mereka dengan lebih jauh kepada berjuta-juta pengguna yang menggunakan stesen itu setiap hari.
” Perkongsian ini membolehkan kami memajukan jenama kami dengan lebih baik selain menyokong penggunaan pengangkutan awam yang mana ia mampu mengurangkan kos sara hidup pengguna hari ini.
Kini Dikenali Sebagai KL Sentral redONE
“Kami memutuskan untuk menumpukan lebih banyak usaha dengan mewujudkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan kami terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang lebih bergantung kepada pengangkutan awam. Atas sebab itu juga kami menyediakan plan pasca bayar serendah RM8 sebulan,” katanya pada penjenamaan semula stesen LRT KL Sentral, hari ini.
Ads
Turut hadir di majlis bersejarah ini ialah Pengerusi Pengerusi redONE Network Sdn Bhd, Tan Sri Goh Tian Chuan; Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Fa’izah Khairuddin.
Farid (dua dari kiri) Fa’izah dan Jamaludin serta barisan pengurusan redONE di majlis penjenamaan semula stesn KL Sentral kepada Kl Sentral redONE untuk tempoh lima tahun ini.
Sementara itu Fa’izah berkata, kerjasama dengan redONE menekankan keupayaan syarikat dalam menyediakan golongan sasar dalam menjayakan kempen lebih inovatif menerusi perkongsian jangka masa panjang.
“Gabungan redONE dan Prasarana akan mampu meningkatkan pengalaman berjuta-juta pelanggan menerusi penglibatatn MVNO terbesar di Asean ini. Malah kita juga yakin ianya mampu membentuk landskap masa depan pengangkutan wam yang lebih efisen di Lembah Klang,” ujarnya.
Pada tahun 2022, redONE memperkenalkan kempen redRIDER kerjasama dengan Rapid KL untuk mengalakkan pengangkutan awam.
Menerusi kempen berterusan penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE setiap bulan.
Ads
Penumpang bertuah menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token keretapi redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah menarik.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini memasuki hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dan berkali-kali anda diingatkan agar jangan bergerak dan berada di rumah sepanjang masa kecuali kecemasan. Usaha ini diambil semata-mata untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Sebenarnay Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berjaya jika semua pihak bekerjasama dan memilih masa untuk berada di samping keluarga. Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya telah merayu kepada seluruh rakyat supaya duduk diam-diam di rumah dalam tempoh 14 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac.
Jika usaha ini masih gagal, mungkin tempoh perintah ini akan dipanjangkan dan akan menjejaskan semua pihak. Selain itu, jika masih ramai gagal mematuhi arahan ini, mungkin tentera akan digunakan kerana pada hari pertama hanya 60 peratus sahaja yang berjaya mematuhinya.
Tentera Dikerah Jika Gagal
Kerajaan mungkin akan menggunakan khidmat anggota tentera untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ismail Sabri, hanya 60 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan pada hari pertama ia dilaksanakan.
“Jika keadaan masih tidak dapat dikawal sepenuhnya, kemungkinan besar tentera akan digunakan.
“Saya percaya tidak perlu, tetapi jika tidak ada pilihan — pematuhan masih kekal setakat 60 peratus ke 70 peratus — saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.
Ismail Sabri memaklumkan untuk memastikan rakyat mematuhi peraturan tersebut pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara pada hari pertama perintah tersebut dijalankan.
Beliau menjelaskan sebanyak 504 sekatan jalanraya telah dilaksanakan pada Rabu untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
“Setakat semalam sebanyak 504 sekatan jalan raya telah dilaksanakan oleh polis di seluruh negara dan sebanyak 6,135 kenderaan diperiksa.
“Setakat hari ini, pihak polis telah mengambil tindakan berhemah dengan menasihati sahaja dan saya percaya kalau pematuhan ini masih tidak meningkat saya percaya pihak polis terpaksa gunakan undang-undang dan mengenakan tindakan yang lebih tegas lagi.
“Saya rasa perkara ini tidak perlu dilakukan kalau pematuhannya meningkat dari masa ke semasa,” katanya lagi.
Bermula Hari Pertama
Ismail Sabri memberitahu sejak hari pertama perintah tersebut dilaksanakan semua ketua-ketua polis daerah diarahkan untuk mengambil tindakan untuk memastikan rakyat mematuhi perintah tersebut.
“Peringkat awal ini adalah untuk mengadakan pengumuman supaya semua berada di rumah dan juga mengadakan hebahan,” katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet pada Rabu memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Jawatankuasa Khas ini yang melibatkan 19 Kementerian, 19 Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Kesemalatan Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha setiap kementerian terlibat.
Sumber: Astro Awani
MW: Jika anda tidak mahu tentera digunakan dan keadaan menjadi semakin ketat hingga mak, ayah tak mampu keluar rumah. Duduklah di rumah diam-diam dan jangan bahayakan diri anda dan keluarga. Semoga kita semua semakin peka dengan keadaan semasa dan mengambil langkah kebersihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, yang akan dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.
Sebagai bapa sememangnya sangat terharu apabila dihargai. Apatah lagi selepas pulang ke rumah dalam keadaan penat, hadiah dari anak-anak sangat membahagiakan.
Seperti yang ramai ketahui Alif Satar sering berkongsi kisah tentang anak-anaknya malah ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak
Alif dan isteri, Shadila Halid yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.
Sebagai bapa semestinya Alif terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya yang menghadiahkan pesanan istimewa.
Seperti perkongsiannya menerusi akaun Instagram, Alif mendapat ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya. Alif juga menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,” katanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,” jelasnya.
Sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan, mereka belajar dulu dalam kelas taska, tadika mahupun pra sekolah. Guru tadika lah yang anak-anak ini kenal dulu.
Sayangnya, kata lelaki ini, Mohd Razli Jalil, tak semua orang memandang tinggi terhadap kerjaya pendidik dari kalangan guru-guru taska mahupun tadika.
Hakikatnya, inilah yang mak ayah perlu tahu apakah kebenaran yang berlaku pada seorang guru tadika.
Paling Seronok Tengok Anak-anak Menjadi
“Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak.”
“Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je.”
“Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak.”
Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.
Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.
Apa Hebatnya Jadi Guru Tadika Ini
Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:
1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.
2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.
3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Terutamanya Kelas Baby Rose.
4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.
5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.
Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.
MW : Sememangnya tak ramai di kalangan lelaki yang berani menceburi kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak. Jumlahnya boleh sangat dihitung jika dibanding perempuan. Usaha yang anak muda ini lakukan, sewajarnya perlu dipuji dan dihargai.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...