Penjan Ubi Kayu. Ini adalah salah satu makanan tradisi di negeri Perak. Tak susah untuk buatnya. Apa yang penting kita perlu ada ubi kayu sebagai bahan utamanya.
Bahan-bahan untuk membuatnya juga tidak banyak. Guna 4 bahan sahaja sudah cukup.
Penjan ini sedap dimakan ketika masih panas-panas. Sambil makan penjan sambil itu boleh minum kopi atau teh. Mesti tak cukup sepotong.
Boleh Cuba Resipi Penjan Ubi Kayu Yang Dikongsikan Oleh Julia Aleen Aireish Ini.
“Orang Perak mesti tau ni. Makanan tradisi. Terbuat sebab hero no.3 nak rasa. Dia tak pernah makan. Jom buat. Boleh follow fb & see first untuk next resipi merecik.”
1 mangkuk sederhana ubi kayu (anggaran 2 tongkol ubi kayu)
2/3 cawan gula pasir
2/3 cawan air panas
1 helai daun pandan
Baca Sini Juga:
Kek Carrot Bajet, Letak Topping Cream Cheese, Ikut Sukatan Cawan Buatnya!
Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!
1. Buang kulit, potong & cuci bersih, rebus ubi kayu hingga empuk. Letak secubit dua garam halus semasa merebus.
2. Dalam periuk lain masak karamel gula hangus, gula dah cair masukkan air panas.
3. Letak daun pandan, masukkan ubi rebus tadi gaul sekata dan masak hingga sedikit likat. Siap, sedap sangat padan kan dengan kopi O lagi umphhh.
MW: Pastikan ubi kayu itu empuk barulah sedap dimakan. Dan gula caramel itu kalau hendak banyak boleh gandakan sukatan bahannya. Selamat mencuba!
Sumber/Foto: Julia Aleen Aireish
Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita