Penjan Ubi Kayu. Ini adalah salah satu makanan tradisi di negeri Perak. Tak susah untuk buatnya. Apa yang penting kita perlu ada ubi kayu sebagai bahan utamanya.
Bahan-bahan untuk membuatnya juga tidak banyak. Guna 4 bahan sahaja sudah cukup.
Penjan ini sedap dimakan ketika masih panas-panas. Sambil makan penjan sambil itu boleh minum kopi atau teh. Mesti tak cukup sepotong.
Boleh Cuba Resipi Penjan Ubi Kayu Yang Dikongsikan Oleh Julia Aleen Aireish Ini.
“Orang Perak mesti tau ni. Makanan tradisi. Terbuat sebab hero no.3 nak rasa. Dia tak pernah makan. Jom buat. Boleh follow fb & see first untuk next resipi merecik.”
Resipi Penjan Ubi Kayu
Bahan-bahan
1 mangkuk sederhana ubi kayu (anggaran 2 tongkol ubi kayu)
2/3 cawan gula pasir
2/3 cawan air panas
1 helai daun pandan
Cucur Badak antara kuih tradisi kegemaran ramai. Tapi tak ramai yang pandai buat kuih ni jika tak ikut cara yang betul. Selalunya kulitnya kurang rasa keledek, keras sebab terlebih tepung. Malah intinya juga sedikit. Rupanya antara tip nak buat kuih cucur badak yang sedap, gebu dan lembut kena guna ubi keledek oren yang dikukus. Malah letak tepung sikit sahaja.
Ilmu buat kuih cucur badak ini dikongsikan oleh Puan Zuraida Abdullah sendiri. Ia merupakan resipi arwah ibunya, yang dibuat jualan. Jadi buat mak-mak yang nak buat makan sendiri, mahupun berniaga kuih ni boleh ikut tip dan ilmu yang dikongsikan.
Berikut perkongsian tersebut;
Jom kita kongsi step by step tutorial buat kulit cucuq badak versi kak aida versi arwah mak kak aida berjualan zaman dulu-dulu. Bahannya mudah ringkas.
Selalu pembantu kak Aida yang buat hari ni special, kak Aida yang turunkan tutorial kulit badak. Tak ada ilmu tersembunyi.Semoga bermanfaat.
“Alhamdulillah, mintak ahli group mendoakan arwah mak kak Aida di sana. Semoga rezeki kita semua yang berniaga kuih muih tradisi dilimpahkan Allah swt. Semoga pahala kebaikkan ilmu sampai kepadanya arwah Azizah Binti bakar.Amin.”
Resepi kulit cucur badak gebu lembut dan mudah.
Bahan-Bahan:
(Sukatan Makan Sendiri)
Sekilo ubi keledek oren (dikukus)
200 gram tepung gandum jenama apa-apa pon boleh
Secubit garam
(Sukatan Berniaga)
10 kilo ubi keledek oren (dikukus)
2 kilo tepung gandum
Sesudu bukit garam
Cara Membuat:
1.Kukus ubi keledek (sifat ubi keledek oren serap air, tak boleh rebus nanti asyik tambah tepung pun tak akan cantik adunan malah bertambah lembek).
3. Dah siap uli sebati boleh lah masukkan inti. Bulat-bulatkan macam kat pic tu.Kak Aida halalkan ilmu ni untuk semua mencuba buat makan atau bisnes.
Untuk inti resepi dah dikongsikan sebelum ni. Bahan sama ja kalau google resepi inti cucur badak utara pedas manis.
Bahan-Bahan (Inti):
Cili (singgit)ikut suka pedas
Halia besar ibu jari
10 batang serai
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
4 sudu Jintan manis
Serbuk kunyit ikut suka
Udang geragau atau kering boh lebih
2 biji Kelapa parut
Garam ,perasa dan gula
Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan-bahan, cili kering,serai, halia, bawang besar, bawang putih, jintan manis dan serbuk kunyit sehingga halus.
2. Kemudian tumis dan manuskkan udang geragau serta kelapa parut.
3. Masukkan pula gula, garam dan perasa.Kacau sebati. 4.Kalau ada air kelapa boleh gunakan untuk inti kalau tak ada air biasa jee.
Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Semasa menguli untuk masukkan inti, pastikan basahkan tangan kita dengan minyak agar mudah dibulat-bulatkan dan doh tak melekat.
Memang gunakan tepung sikit sahaja, agar kuihnya tak keras dan rasa keledek.
MW: Terima kasih berkongsi ilmu dan tip buat kuih tradisi cucur badak ni. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri tak kira buat untuk keluarga atau berniaga, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Bermula bulan April, bagi negeri di pantai timur memang meriah dengan aktiviti mencandat sotong. Bila musim sotong ini bermula, salah satu menu kegemaran ramai ialah Sotong Celup Tepung. Namun nak buat sotong celup tepung yang rangup dan tepungnya elok melekat ada caranya yang tersendiri. Malah lebih jimat berganda bila buat sendiri berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lella Mohamad ini sebagai rujukan;
“Di sebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepung kan. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah makan kat kedai kan, lagi jimat”
Ni cara saya buat sotong celup tepung
Bahan-Bahannya:
Tepung beras (pastikan pakai tepung CAP GAJAH!!)
telur sebiji
air kapur sikit
garam
pewarna(kalau takde pakai serbuk kunyit pun takpe)
Cara Membuat:
1. Pastikn sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya.
2. Gaul sebati semua bahan-bahan.Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Saya guna garfu supaya senang nak ambil sotong satu persatu masuk dalam kuali.Goreng hingga kekuningan.
4. Ok dah siap..yang pasti kriuk krappp gitu.
Tips Ekstra!
Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja.Anggaran dalam 1 sudu macam tu la supaya bancuhan tepung melekat kat sotong bila goreng nanti ya!
Pastikan minyak biar betul-betul panas baru masukkan sotong.
Selamat mencuba!
Semoga resepi daripada mak saya ni bermanfaat untuk semua.
MW:Menarik resipi dan tips yang dikongsikan ini. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...