Penjaga cuai akan didenda. “Sesaat hilang dari pandangan ibu, anak meninggal terjerut tali bidai.’ Kes sebegini kerap terjadi kerana malang tak berbau.
Kadang-kadang dalam berjaga-jaga sekalipun, berlaku juga kemalangan di kalangan kanak-kanak. Parahnya hingga meragut nyawa seperti yang dilalui oleh bayi berusia setahun ini.
Artikel Berkaitan: “Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan.” Kanak-Kanak Meninggal Jatuh Kondominium
Sesaat hilang dari pandangan ibu, anak berusia setahun menemui ajal ketika sedang leka bermain di dalam bilik.
Itu kejadian berlaku baru-baru ini di Oldham, Greater Manchester.
Menurut laporan Mirror, anak kecil itu dikatakan sedang leka bermain
bersama abang yang berusia tiga tahun di dalam bilik tidur di rumah keluarga mereka.Menerusi perbicaraan di Mahkamah Koroner Rochdale, dilaporkan ketika kejadian tragis itu berlaku, ibu mangsa meninggalkan bilik terbabit hanya seketika.
Namun apabila kembali semula ke bilik tersebut, si ibu mendapati mangsa sudah tiada dalam bilik berkenaan.
Dengan tangkas si ibu mencari, namun alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai anak lelakinya itu sedang terjerut pada bidai di bilik hadapan.
Baca Juga Di Sini:
Terlepas Pegangan Tangan, Anak Meninggal Dilanggar Kereta Depan Mata Ayah
Anak Meninggal Di New Zealand, Mak Redha Allah Pinjamkan Buat Seketika
Bapa Terlupa & Terus Ke Pejabat, Anak Meninggal Dalam Kereta Selepas 4 Jam
Berhadapan dengan situasi cemas itu, wanita berkenaan terus memanggil suaminya dan bergegas mendapatkan jiran mereka yang merupakan seorang jururawat.
Difahamkan, jirannya itu sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sehingga pasukan kecemasan tiba sebelum dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Manchester.
Pun begitu, kanak-kanak terbabit disahkan mengalami kerosakan otak dan atas nasihat doktor rawatan diberhentikan, mangsa meninggal dunia.
Selepas inkues tersebut, ibu mangsa memberi pernghormatan terakhir kepada anaknya dan menasihatkan ibu bapa agar menyedari risiko tali bidai terhadap kanak-kanak.
Wanita itu juga berharap agar orang ramai sedar bahawa bidai adalah sangat bahaya. Dia tidak mahu keluarga lain turut melalui insiden tragis pada Februari lalu seperti keluarganya.
Sementara itu, kepada ibu bapa, tolonglah lebih berwaspada ya, perhatikan anak-anak kecil.
Di negara kita, ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kesalahan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Jika disabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Mingguan Wanita : Jadikan kisah ini sebagai pengajaran terutama mak ayah yang memiliki anak yang masih kecil kerana bahaya ada di mana-mana.
Sumber : Sinar Plus
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita