Penipuan dr Iqbal Hamdi terbongkar lepas scam 1 Malaysia, guna gambar google tarik simpati ramai.
Sejak semalam nama Dr Iqbal Hamdi viral di media sosial. Perkongsiannya mengenai kisah sedih dialami termasuk kehilangan anak dan isteri membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Pemilik akaun ini berjaya menarik simpati rakyat Malaysia yang mudah tersentuh hati dengan posting tersebut dan selepas berjaya meraih beribu syer, like dan komen, tembelangnya mula terpecah selepas seorang pensyarah dan penulis, Dr Syahr Musafir membongkar siapa di sebalik pemilik akaun Dd Iqbal Hamdi ini yang berjaya membuat ramai menangis.
Hati-hati kerana hari ini scammer akan menggunakan apa saja cara untuk menarik simpati orang dan satu darinya adalah “permainan emosi” begini. Bila ramai percaya, mudah untuknya terus menipu.
Ini yang dibongkarkan oleh Dr Syahr Musafir siapa sebenarnya “Dr Iqbal Hamdi”. Begitu juga dibongkar oleh individu lain yang meminta orang ramai berhati-hati dengan taktik “love scammer” ini.
Kisah seorang Dr ini sedang viral sekarang. Saya baca posting dia, siap saya menangis sekali.
Tetapi disebabkan dia menyebut tentang “Adelaide” yang merupakan tempat saya belajar, tinggal, kerja, kahwin, dapat anak-anak dan membina keluarga selama lebih 8 tahun, dan saya pun pernah menjadi staf di Royal Adelaide Hospital itu, saya terpaksa cari maklumat tentang siapakah Dr Iqbal Hamdi yang menulis cerita tersebut.
Saya buka profilnya dan saya screenshot gambarnya. Terus cari di Google Lens.
Gambar bernama Dr Iqbal Hamdi itu sebenarnya gambar Hengky Lim, warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles.
Saya terkejut.
Terus screenshot cover photo pula. Ada gambar anak-anak yang diceritakan sebagai Melissa dan arwah Rayyan.
Hasil carian Google Lens, itu adalah gambar kanak-kanak dari Pixabay dot Com.
Kalau pun “Dr Iqbal Hamdi” itu benar dan wujud, nampaknya dia guna gambar palsu.
Kalaupun kisah “arwah isteri dan arwah anak lelaki” itu benar, nampaknya gambar anak-anak yang dipaparkan itu adalah palsu. Bukan gambar arwah Rayyan yang disimpatikan oleh ribuan orang.
Aduhhhh kenapa perlu tipu gambar.
Aduhhhhh dunia ini dunia tipu-tipu.
Kalau video pun boleh ditipu.
Kalau gambar boleh ditipu, guna AI.
Kalau teks pun boleh ditipu, guna ChatGPT.
Sungguh semuanya tipu-tipu.
Habis apa lagi nak dipercaya?
Saya harap jika benar orang dan kisah ini, tolonglah jangan berselindung di sebalik gambar-gambar palsu.
Saya harap jika kisah itu kisah palsu, moga orang ramai tidak terpedaya dan ditipu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:– Pelukis Mural Kena Scam Dengan Cikgu, Janji RM1000 Bila Siap Bertekak Nak Bayar RM300 Saja
Kena Scam, DAIL CEPAT 997. NSCR Berjaya Sekat Duit Dikeluarkan Kurang 4 Minit Dari Mangsa Hubungi
Terima WhatsApp Dari No Tak Kenal, Peniaga Sedih Kena Scam Duit Tinggal RM1.97 Sen
Datuk Seri Vida Sampai Sakit Kepala Hampir Kena Scam RM30,000
Hal sama dibongkar oleh individu lain yang meminta rakyat Malaysia berhati-hati dengan doktor palsu ini. Dan lebih teruk walau sudah dikongsi Dr Iqbal ini palsu, ramai yang masih percaya dirinya wujud.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.